Salam semua…
Persoalan yang saya mulakan untuk post kali ini ialah ‘Adakah Niagakit gagal memenuhi keperluan pengguna?’. Kalau diikutkan emosi, terlalu banyak yang saya ingin dedahkan tetapi biarlah saya terangkan sedikit sebanyak kepada yang masih belum memahami ‘apa itu niagakit’. Mungkin ada di antara pembaca yang masih kabur mengenai Niagakit yang saya sedang sebutkan dari awal tadi.
Niagakit adalah nama organisasi yang menyediakan/menjual laman web yang berkonsepkan sistem edagang (ecommerce). Kedai online utama saya sendiri menggunakan Niagakit seperti di WanitaeMall.com. Jadi, sebagaimana saya salah seorang pengguna Niagakit, saya rasa saya orang yang paling layak untuk menjawab persoalan samada Niagakit dapat memenuhi keperluan pengguna ataupun tidak.
Tetapi, terlebih dahulu, biarlah saya tunjukkan sendiri ciri-ciri yang terdapat di dalam Niagakit dan saya yakin, setelah itu, anda sendiri dapat menentukan samada Niagakit benar-benar gagal memenuhi keperluan pelanggan ataupun tidak. Sekarang, saya akan MENDEDAHKAN ciri-ciri sistem kedai online Niagakit satu persatu.
1) Mengenai Rekabentuk
Saya yakin, anda sendiri tahu bahawa rekabentuk memainkan peranan penting dalam membuatkan pelanggan anda tertarik untuk membeli di kedai online anda. Lihatlah apa sahaja yang mampu Niagakit berikan dalam rekabentuk mereka.
Ini… Kedai jual modem…
Ini… Kedai jual minyak wangi
Ini… Kedai milik Kartunis Ubi
Dengan menyediakan design seperti ini, adakah anda rasa Niagakit telah gagal memenuhi keperluan pelanggan? Jangan jawab dulu, masih ada banyak perkara yang saya ingin dedahkan!
2) Harga Niagakit
Harga Niagakit ialah RM 999.00 dan apa yang saya perolehi dengan harga ni ialah :
- Sistem Niagakit
- 10 Warna Tema iaitu hitam, biru, kelabu, hijau, hijau cerah, ‘maroon’, oren, merah jambu dan kuning.(Dah lebih dari cukup!)
- Logo bank tambahan
Semua ini saya boleh muat turun secara terus dari akaun pelanggan Niagakit saya sahaja. Semudah ABC!
3) Pengurusan Harga Dengan Bebas
Dalam proses jual beli, anda perlu mempunyai strategi sendiri dalam memastikan produk yang anda jual itu laku sepenuhnya. Oleh itu, kadang kala, saya akan menawarkan diskaun kepada pelanggan saya. Dengan Niagakit, saya tidak perlu mengubah satu persatu harga yang saya ingin letakkan diskaun. Saya hanya perlu hasilkan kod diskaun saya sendiri, tetapkan pada sistem Niagakit dan setelah itu, tinggal Niagakit sahaja yang menjalankan tugas mereka. Sangat mudah!
Contohnya :

Menggunakan borang yang disediakan di dalam bahagian Admin Niagakit, saya boleh menghasilkan kupon diskaun saya sendiri, menetapkan nama kupon sendiri, berapa peratus harga diskaun, bila tarikh mula dan berakhir kupon dan sebagainya. Hanya klik “Submit”, tinggal sistem Niagakit sahaja yang menguruskan perniagaan saya!
4) Satu Produk, Pelbagai Variasi
Dengan hanya memuat naik satu gambar sahaja, saya tidak perlu sibukkan diri untuk menaip dengan lanjut mengenai maklumat produk. Saya hanya perlu menetapkannya pada bahagian “Variant”. Contohnya, baju yang saya jual mempunyai dua warna. Jadi, setelah menghasilkan ‘variant’ warna tertentu, saya hanya perlu memilih warna yang terdapat untuk baju tersebut dan saya juga boleh menambah harga mengikut warna baju tersebut.

Selain itu, saya boleh juga menambah gambar bagi baju sama tetapi berbeza warna. Jadi, saya tidak perlu melakukan kerja dua kali. Saya hanya perlu memuat naik gambar yang berlainan pada nama produk yang sama.

5) Tetapan Kaedah Pembayaran
Niagakit memberikan pelbagai saluran kaedah pembayaran yang memudahkan pelanggan. Pembayaran melalui kad kredit juga boleh!


6) Menjejaki dan Mengkaji Jualan
Di dalam Niagakit juga, terdapat bahagian yang membolehkan saya untuk menjejaki dan mengkaji hasil jualan mengikut bulan-bulan tertentu.

7) Penghantaran Invois Kepada Pelanggan
Satu lagi bab mudah menggunakan Niagakit untuk berurusan dengan pelanggan ialah penghantaran invois hanya pada satu klil. Contohnya seperti di bawah :

Dengan hanya memasukkan maklumat bungkusan pelanggan bersama ‘tracking nombor’ bungkusan tersebut, saya boleh menghantar maklumat ‘tracking nombor’ kepada pelanggan hanya dengan menekan butang ‘Mark As Shipped’. Selain itu, sekiranya terdapat sebarang tempahan yang dibuat oleh pelanggan tetapi pelanggan masih belum membuat pembayaran, saya hanya perlu menekan butang ‘Reminder’ untuk menghantar pesanan kepada pelanggan tersebut. Semudah makan kacang!
Sebagai pengguna Niagakit, masih banyak lagi yang saya ingin dedahkan mengenai Niagakit. Tetapi, saya pasti dengan 7 perkara yang saya telah dedahkan, anda pasti sudah dapat menjawab dengan pasti bagi persoalan ‘Adakah Niagakit Gagal Memenuhi Kehendak Pelanggan?’
Walaupun baru beberapa bulan saya menggunakan Niagakit bagi WanitaeMall.com, jawapan saya bagi persoalan di atas ialah Tidak! Niagakit tidak gagal memenuhi kehendak pelanggan. Niagakit berjaya memenuhi kehendak pelanggan yang menginginkan sebuah kedai online sebenar bagi memajukan perniagaan mereka. Sesiapa yang pernah mengimpikan untuk mempunyai kedai online sendiri yang mempromosikan produk anda, Niagakit adalah jawapannya!
Sekiranya anda mendapatkan Niagakit pada hari ini juga, saya berbesar hati akan memberi segala bantuan yang anda perlukan untuk menguruskan Niagakit. Bantuan yang terbaik adalah daripada orang yang pernah menggunakan produk itu sendiri.
Sekiranya anda berminat untuk membeli Niagakit, sila hubungi saya di 0179674803.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi saya melalui borang hubungi.
Selamat memiliki perniagaan dan kedai online anda sendiri!










wah, pic yg last tu sexy la..huhu
great stuff. thanks for sharing
sgt bgs la info ni fatin..mmg ramai yg meragui niagakit ni..sbb mereka xde info mengenai niagakit ni,lgpon niagakit skng makin bnyk..lps satu,timbul yg len plk…hehehe..
Owh ic. Actually, Niagakit ada dua version buat masa ni. Jadi, yang sekarang ni, dah masuk Version 2 la.
wahh. satu review yang hebat dari pengguna niagakit.
thanks.
Semua dah ada ciri-ciri yang diinginkan oleg pengguna =)
Yup, betul tu, Blinkky. Lebih2 lagi, boleh dapat semua ni pada harga yang murah.
Nada suara dari seorang wanita yang agak emosi dengan niagakit.nak suruh Kak cun beri amaran kepada mereka ke.
Boleh je Kak Cun. Dipersilakan.
Tempoh hari dah beli produk dri salah seorang pelanggan niagakit.. ia mmg mudah.. membeli di sane semudah makan kacang.. hehe
Mungkin lebih mudah dari kacang. Thanks for the compliment, Adney.
gambar sexy je letak..hehehe..
saya pernah mencuba demo Niagakit ni dan mendapati user navigationnya tidak begitu friendly, ada yang kekurangan seperti ‘back’ button di sesetengah tempat dan sebagainya.
dan yang paling nampak sekali, Niagakit ni terlalu overpriced. jangan beritahu saya yang ini harga ’standard’ untuk ecommerce website. i’ve seen & use many paid ecommerce system dan mereka start dengan harga yang rendah dan menaikkan harga mengikut update bersuaian dengan fungsi tambahan baru mereka.
saya nampak Niagakit mempunyai potensi yang besar tapi ianya masih perlukan banyak lagi peningkatan. jangan hanya berharap pada design, user controls adalah amat penting sekali.
Boleh saya tau nigakit ni menggunakan platform ape
Joomla or sebagainya..
ooo… cam tu kaa, nak cuba try beli, kumpul duit dulu, harga niaga kit dah RM900 ke atasss woo. Tapi nampak macam berbaloi… anyone yang dah beli boleh bagi respond sikit