Salam…
Maafkan saya jika saya tidak dapat selalu mengemaskini blog ini kerana beberapa minggu ni, saya teramat sibuk dengan assignment, kuiz dan test di fakulti. Untuk merehatkan minda sikit selepas baru sahaja menyelesaikan assignment tadi, saya ingin mendedahkan satu info yang saya yakin tak ramai orang ketahui. InsyaAllah, saya akan cuba yang terbaik untuk sentiasa memberikan anda informasi-informasi terkini di blog ini untuk dijadikan panduan dalam kehidupan anda.
Adakah anda seorang penggemar satay? Tak kira la satay ayam ke, satay daging, satay landak ke or apa jua jenis satay, asalkan ia sesuatu yang dibakar atau dipanggang secara langsung di atas api. Adakah anda juga seorang pengguna aktif gincu? Senang cerita, sekiranya anda keluar rumah tanpa mengenakan gincu atau lipistik, anda merasakan diri anda seolah-olah tidak lengkap tanpa ‘alat bantuan pernafasan’ wanita ini. Saya sendiri merasakan demikian. Hehe. Tanpa gincu atau pelembap bibir, tak timbul keyakinan untuk saya berhadapan dengan orang ramai. Haha. Satu lagi item yang wajib ada ketika saya keluar ialah eyeliner atau celak. They are my confident! Haha.

Ehem, berbalik kepada topik asal. Kenapa saya mengatakan “AWAS!” kepada penggemar satay dan pengguna gincu? Tahukah anda, kedua-dua golongan di atas berisiko menghidap kanser berpunca daripada satay dan gincu. Bagi penggemar satay, punca kanser yang akan menyerang mereka ialah datang dari hasil pembakaran satay yang dilakukan secara langsung di atas api. Jika anda memakan satay yang mengandungi karbon yang terhasil daripada proses pembakaran satay tersebut akan mendatangkan kesan karsinogen di dalam tubuh!
Begitu juga dengan penggunaan gincu. Sesetengah gincu mengandungi plumbum yang juga boleh mendatangkan kesan karsinogen di dalam tubuh. Untuk mengetahui samada gincu tersebut mengandungi plumbum ataupun tidak, berikut ialah antara langkah-langkah yang perlu anda ambil :
1- Sapukan satu lapisan nipis gincu pada tapak tangan anda.
2- Gosok kesan gincu yang terdapat pada tapak tangan anda dengan apa jua bahan yang berasaskan emas. Anda perlu gunakan emas tulis, bukan emas ciplak atau yang tidak asli.
3- Gosok sehingga kesan gincu tersebut hilang pada telapak tangan.
4- Perhatikan samada terdapat kesan yang berwarna kehitaman. Jika ada, kesan hitam itu menunjukkan bahan kimia plumbum yang digunakan di dalam gincu tersebut.
Sebenarnya, terdapat banyak gincu di pasaran yang telah saya uji dan terdapat kandungan plumbum di dalamnya. Tetapi, lebih baik jika saya dedahkan jenis gincu yang tidak terbukti tidak mempunyai karsinogen seperti gincu keluaran Mayfirst.
Mungkin ada di luar sana yang tidak mengetahui apa itu karsinogen. Mengikut aspek patologi, karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah atau kanser dalam tisu hidup. Antara contoh-contoh karsinogen yang ketara ialah abestos dan asap rokok. Agen-agen radioaktif juga boleh diklasifikasi sebagai karsinogen seperti gelombang gama atau partikal alpha yang dikeluarkan. (Sumber: Wikipedia)
Jadi, mungkin sudah sampai masanya untuk anda mula mengurangkan atau lebih baik tidak mengamalkan langsung memakan satay dan juga menggunakan gincu. Ah, mustahil! Jadi, sekiranya anda masih ingin menikmati satay yang sedapt itu, beli satay segera dan masakkannya di dalam microwave. Tak tahu la saya kalau pembakaran satay di dalam microwave akan menyebabkan kejutan eletrik pula sebab pembakaran menggunakan elektrik.
Bagi pengguna aktif gincu, anda perlu memilih dan menguji terlebih dahulu kandungan gincu tersebut. Semoga hidup anda lebih sihat dan semakin baik. Aamin…








pasnie kena kurangkan makan satay ar camnie…huhu
Hehe. Cian Aman. Bakar sendiri la, Aman. Guna microwave.
microwave pon ada kesan sampingan yang lebih bahay…:)
HUhu. betul gak tu. Ia mungkin melibatkan ion-ion yang terdapat dalam arus elektrik yang bertindak ke atas sel-sel yang terdapat di dalam tubuh badan kita.. Thnks for your opinion.
ya penting perlu berjaga-jaga dalam hidup anda
Erm mungkin ramai yang tak sangka perkara ni. Tapi orang dulu2 (yang mereka cipta satay ni lah), lebih advance daripda kita.
Tahu tak kenapa bila beli satay, penjual bagi kita timun sekali ?
Selain faktor “kebiasaan”, faktor lainny ada kaitan dengan karsinogen. Bila makan timun selepas makan satay, ianya dapat neutralkan kesan karsinogen ke atas badan.
Selain satay, makanan yang dibakar terus menggunakan arang juga, mempunyai karsinogen yg tinggi.
Jadi, kalau nak makan satay banyak2 boleh, tapi jangan lupa ambil timun juga.
Thanks, RK. Satu tip yang menarik tu.
makan gincu ngan satay… satay gincu daaa…
gincu kite x pakai kire selamat la tp tang sate ni erm… susah nk elakkan… sekali sekala nk pekena gak sate nih… kalu nk kire byk lg faktor penyebab kanser selain dua nih kn..
envirement kite skang pun dh ditahap membimbangkan…
ermmm senang cite.. lu pikir la sendiri…
bahaya betul, makan satay dengan gincu?
@fxniche : A’ah, tul tu, fxniche. Pk la sendiri mana baik n mana buruk.
@LadyGlamer : Erk, makan satay ngn gincu? Haha.
Balik nie aku kena terus report kat mak aku. Maybe yang ada plumbum tu Gincu jenama X kot???
Wah, bagus la ko. Jangan salah faham camtu. Tak semestinya. Cbe ko check balik, yang berjenama tu la kebanyakkannya mengandungi plumbum.
ni kalu report kat penjual satay mahu melenting diorang…
mujur la ade tips lepas makan satay kene makan timun…
kalu tak teruk hang kene belasah…
Hehe. InsyaAllah die org tak jadi belasah.
Nanti die org akan quit jual satay and involve ngan IM.
kihkihkih
fuh.. nasib baik aku jarang makan satay
Takpe la kalau selalu makan pun, Richie.
Telan timun banyak2 lepas makan. kihkihkih
terserah pada setiap individu tu masing-masing. tak selalu kita akan makan satay. mungkin sebulan, 2 bulan or setahun. satay adalah salah satu makanan tradisi orang malaysia. tidak boleh dipisahkan lagi.
kalau nak makan satay60 saya, datang la ke klang.
sungguh enak dan sedap hingga menjilat lidi.
kalau nak order pun boleh, please contact 0132828065
Klang kat ne tu? kihkihkih. order kawan2. jangan tak order. ngee..
mmg ada bahayanya, tp org ramai x amik kisah pun. main bedal je la. hehe
sebab itu jika makan sate dihidangkan bersama timun.di ibaratkan sate itu racun dan timun itu penawarnya.karbon dari pembakaran sate akan di nyahkan oleh timun.
Betul tu, Arakian. Seperti yang diberitahu oleh Raja Kamil kat atas.
salam..
cancer bcoz of asap2 ni name dia NPC, NASOPHARYNGEAL CARCINOMA..memang teruk la klu dah dpt kan…kan….
bila time dorg dtg kat clinic. kitorg rase sgt kesian… n dia gak leh rebak ke byk organs lain..
jgn lupa juga, NPC ni bukan sebab bende2 BBQ ni je, selain tu..org yg suka bende mkn masin2 yg terlampau juga sgt la high risk to get this cancer….sekian..klu nak tnye ape2 sila… sy dak medic..insyaAllah leh citer sket2… klu nak tahu..NPC sgt common terutama dikalangan cina n bidayuh… jgn sampai yg pi ke otak metastasize nya…amat bahayaaa..