http://blog.wanitaemall.com

Bagaimana Untuk Mendapatkan Duit Percuma?

17

Assalamualaikum w.b.t….

Undian telah dibuat di antara pendapat-pendapat usahawan internet dengan para newbies mengenai tajuk di atas. Dan hasilnye, dipaparkan dalam quote berikut :

Newbie :

  • Berminat nak tahu lebih lanjut.
  • kepala h*t*k anda mahu dapatkan duit secara percuma sedangkan duit bukanlah suatu bende percuma yang boleh didapati sewenang2nya di pasaran malah sukar dicari walaupun dengan menggunakan sepenuh tenaga dan upaya manusia sejagat
  • Tipu
  • Konfem nak tahu
  • Sekarang mana ada duit percuma
  • Tertanya-tanya dan bagaimana

Para Usahawan Internet :

  • Paid Survey
  • Score 230
  • Tak ada duit percuma dlm dunia ni

Itu sahaja yang dapat saya kutip dari pendapat para usahawan internet. Mungkin mereka agak sibuk untuk membalas mesej saya. Hehe. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada mereka yang terlibat dan bekerjasama memberi pendapat mengenai tajuk di atas. Sebelum itu, biarkan saya mendefinasikan mengenai duit percuma berdasarkan pendapat saya sendiri. Bagi saya, perkataan duit percuma ini bermaksud anda memperolehi wang pada sesuatu masa disebabkan usaha anda sendiri dan tanpa perlu anda melaburkan sejumlah wang untuk mendapatkan duit tersebut. Kenapa saya membentangkan tajuk ini pada kali ini?

Apa yang saya ingin ulas pada hari ini ialah mengenai pemasaran affiliate. Jangan hairan jika saya katakan masih ramai lagi pengguna internet yang masih belum mengetahui apa itu pemasaran affiliate. Bagi saya, salah satu sumber yang memberikan anda duit percuma ialah melalui pemasaran affiliate. Mungkin ada yang setuju dan mungkin ada yang tidak. Dan ini adalah pendapat peribadi saya sendiri.

Sekiranya seseorang newbie baru sahaja mengetahui mengenai pemasaran affiliate, mereka akan mula mendaftar sebarang program affiliate yang terdapat di internet dan mula mempromosikan link affiliate mereka di mana-mana tempat sahaja dan tempat yang paling glamour ialah blogspot dan juga forum. Jelas di sini, mereka hanya menggunakan sepenuhnya usaha mereka untuk memasarkan produk affiliate mereka. Usaha semata-mata tanpa mengetahui sepenuhnya ilmu dan kaedah yang betul untuk mempromosikan produk affiliate mereka.

Berbeza pula dengan pemasaran affiliate yang dilakukan oleh para usahawan internet. Mereka akan melaburkan sejumlah wang untuk mempromosikan produk affiliate mereka dengan membina landing page, membuat video, mengupah orang untuk berforum, membina laman opt in, melanggan autoresponder dan sebagainya. Banyak yang mereka laburkan untuk mendapatkan hasil yang maksimum dalam pemasaran affiliate.

Apa yang diperolehi oleh newbie dan usahawan internet adalah pada kadar yang sama tetapi jangka masa yang berbeza. Kadar yang sama bermaksud usaha sedikit, hasil yang sedikit. Usaha yang banyak, hasil yang banyak. Manakala, pelaburan yang dilakukan oleh usahawan internet memberikan kesan pendapatan dalam jangka masa yang lama berbanding zero investment yang dilakukan oleh para newbie.

Oleh itu, saya sarankan bahawa para newbie perlu mempelajari kaedah untuk melakukan pemasaran affiliate dengan lebih tepat kerana saya yakin tidak semua usaha yang dilakukan oleh anda membuahkan hasilnya dan mulalah timbul rengusan bahawa internet marketing adalah tipu/bohong semata-mata. Oleh itu, untuk mengetahui segalanya tips dan panduan mengenai pemasaran affiliate atau affiliate marketing, sila download Majalah IM ke-12 di portal Majalah IM sekarang juga!

majalah-im-12 affiliate marketing

Download Di Sini Sekarang!

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (17)

ahaaaa…btol la fatin…sape2 yg tak tahu dgn affiliate ni leh la belajar2 dr skrg…
ramai dh generate income dgn affiliate je…
leh dikatakan affiliate ni kalu kene cara leh jadi lubuk duit…

huhu. tau xpe. lubuk duit percume. huhu.

Artikel yang menarik….=) Biasanya newbie buat pemasaran affiliate dengan cara macam tu mungkin disebabkan kekurangan budget.

haha…aku pun tergolong dalam golongan newbie gak la…kena usaha lagi nie…

@blinkky: betul la tu. tapi, baik wat pelaburan skit. baru berbaloi. tul tak? hehe
@active blogger: huhu. aja2!

yup, betul tu admin…kalau pelaburan sket2, apa salahnya…cuma jangan terlampau lebih aje…=)

pelaburan terhadap diri sendiri akan memberikan faedah yg tidak ternilai………..
dari situ bila dh mula join prog affiliate dgn menggunakan tips2 yg betul barulah dtg duit percuma……
chaiyok2….kita semua cari duit percuma……hehehe…..

Wah…tips yang berguna utk newbie. Nway, author ni mcm penulis MajalahIM jer. Yeke? :p

Boleh tahan jugak ya undian yang dijalankan tu, ia menunjukkan “luahan hati” individu yang percaya dengan internet buat duit vs. orang tak percaya wat duit dengan internet.

Dulu2 saya agak sangsi dengan pendapatan melalui affiliate, bila first time dapat tu,memang seronok sangat.Namun, seperti yang admin cakap, tirulah teknik pemasaran affiliate yang dilakukan para otai(IM), convertion rate salesnya sangat tinggi!

Selain dari affiliate, cara lain boleh dilakukan seperti jadi reseller untuk produk2 pilihan dan juga ubahsuai produk PLR yang terbukti dapat jana income.

@asraffruslan : aja2! haha.
@Amir Izwan : Ye ke? Silap orang kot. kekeke.
@Rizal KomenEbook : Mungkin newbie patut dptkan tips dari Rizal. Rizal da ade pengalaman, so leh jd rujukan yang baik.

duit percuma.org suke menda ni.excited dgn menda free.even tak mustahil utk mendapt 1 usd yg pertama.kena tahu teknik yg betol.plng hot org promosi PPL.

Ha..Dengar tu pendapat orang yang pernah merasai duit percuma. huhu. bagus2. Good Luck!

Untuk membuat pelaburan tersebut kena cari duit dulu.So nak cari duit newbie pun try ajer lah cara free…macam freeautobot,blogspot,wordpress.com, dan forum.Bila cukup modal guna cara otai pulak.

rbc’s last blog post..Rahsia Mudah Membina Squeeze Page

Erm, tip yang sangat baik utk dikongsi. TUmpukan utk kumpul modal dulu, then baru mula bertindak macam otai! Thanks, RBC!

tiada yang percuma dalam dunia…
segala2nya pun mesti mau usaha..
jawab survey pun, kena pakai otak jgk kn?hehe

spatt’s last blog post..A Long Hidden Potential…

Betul la tu, Spatt. Tapi tu melibatkan otak la. Bukan duit. But, you opinion is great too. :)

“Sesungguhnya dengan ilmu….kita mampu merubah kehidupan kita..”

Nyatakan Pendapat Anda: