Salam semua…
Mahukah anda sekiranya anda bagi seseorang yang saya mahu sebanyak RM 10 dan sebagai pulangan, saya akan gantikan dengan RM100? Sekiranya anda tidak keberatan, sila jawab undian di bawah.
Siapa yang tak nak pulangan yang lebih dengan modal yang sedikit, kan? Betul tak? Saya yakin, kebanyakkan daripada anda mesti mahukan pulangan yang lebih daripada yang telah dilaburkan. Jadi, bagaimana pula sekiranya ada yang lain mampu memberikan anda lebih daripada apa yang saya berikan sekiranya anda memberikan RM 10 kepada orang yang dikehendaki? Nilai yang bakal diberikan lebih daripada RM 100! Makin bersemangat untuk anda melaburkan RM 10 anda, kan?
Jadi, sila baca kenyataan saya dengan teliti :
SEDEKAHKAN RM 10 kepada saudara kita yang sedang kesusahan dan Allah S.W.T akan berikan ganjaran pahala yang tidak ternilai banyaknya kepada anda di akhirat nanti. InsyaAllah.
Ganjaran yang diterima di dunia, alam persinggahan sementara, iaitu wang ringgit, mungkin akan kehabisan. Tetapi ganjaran pahala yang dikurniakan oleh Allah S.W.T boleh dijadikan bekal di akhirat kelak, sebagaimana yang kita tahu, akhirat adalah alam yang kekal abadi.
Jadi, di sebalik kita sedang bersuka ria, ada saudara kita yang sedang berduka. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu sesama muslim. Jangan kita lupa bahawa sebahagian daripada rezeki atau harta yang kita perolehi, di dalamnya terkandung, mungkin satu per empat bahagian untuk saudara kita yang susah. Lebih-lebih lagi, sedekah dan zakat merupakan tunjang keberkatan rezeki yang kita perolehi.
Di sini, sekiranya anda tidak keberatan, saya memohon untuk membantu meringankan beban saudara kita, saudara Megat, yang sedang menghadapi masa-masa sukar dalam kehidupan beliau. Mungkin bantuan daripada kita dapat meringankan beban beliau sekeluarga atau juga mungkin beliau menjadi peluang untuk kita ‘berebut’ demi mendapatkan keberkatan rezeki.
Anda boleh membaca entri selanjutnya di blog beliau sendiri :
Megat.net : Tangisan Aku, Isteri dan Anak-Anak







thanks for the notice.. Ustazah saya juga pernah cakap mcm ni mase sekolah dulu..
Ustazah cakap camni? Camne tu Adney?
Salam Fatin. Lama tak jenguk Fatin kat sini. Kalau tak keberatan nak link exchange dengan Fatin.
Salam
Boleh, tak de masalah. Ok, saya dah masukkan link awak.
mmg dgn menderma, kita xkn jth miskin tp rezeki akan makin bertambah
Ustazah sy ckp mase skolah2 dulu..Kalau kite selalu belanaj orang,Allah akan belanja kite ganjaran yg lebih dari kite belanja orng tu:)
tue dari segi pahala.. kalau dari segi dosa, RM10 kita curi… balasan tuhan mahu RM1000 kita hilang he…23x
Itu juga betul.
Kwn saya plak cakap…kalu sesapa blanja makan, dia tu memang baik hati…he3x
Dermalah kalau anda mampu…
dgn derma mmg kita xkn akan jatuh miskin, sbb makin dpt byk rezeki dr tuhan
macam skim cepat kaya je.sebenar tidak.tersilap tak baca sampai habis.
terima kasih atas ingatan tulus dan ikhlas tu.. appreciate it~
kalau bagi RM1o tadi pada hari jumaat, insya allah lagi banyak yang kita akan dapat balik.
Tak rugi pun bile kite ikhlaskan hati untuk bersedekah ni kan sebenarnya
hehe.
sungguh insaf kanns,
nice blog,
salamm,
kalau nak bagi dulu!
Sebab itu..perbanyakkan sedekah..maniskan senyuman
bantu membantu… apatah lagi sesama bangsa dan agama…
Salam..
saya dah tengok entry En.Megat tu..
thanks sebab entry awak dah lead saya pergi blog beliau..sedang br-blogwalking