http://blog.wanitaemall.com

Bersikap Normal Dengan Gelombang Minda Beta

35

Assalamualaikum…

Wah! Lama betul saya tak update blog saya. Buat beberapa minggu ni, saya sibuk sikit dengan kerja-kerja servis online saya yang baru je berkesudahan beberapa hari baru ini. Nampak gaya, ramai yang tidak sabar-sabar menunggu untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai gelombang minda yang seterusnya. Baiklah, pada kali ini, saya akan membincangkan mengenai Gelombang Minda Beta.

Gelombang Minda

Gelombang minda beta dikategorikan sebagai aktiviti gelombang minda segera.Gelombang ini berada pada kitaran 12-38 HZ dan kebiasaannya dihasilkan pada bahagian kiri otak. Ia biasa terjadi apabila seseorang itu berada dalam keadaaan pemikiran yang logik, rasa tertekan, kebimbangan dan kebiasaannya pada waktu dalam keadaan mata kita terbuka. Tidak seperti gelombang minda alpha yang dominannya terhasil pada waktu mata kita sedang tertutup.

Gelombang minda beta dianggap sebagai sejenis gelombang yang normal. Ia adalah corak gelombang yang normal untuk minda orang dewasa. Manakala, kebanyakan daripada kanak-kanak dan remaja dominan gelombang minda theta dan alpha. Jadi, gelombang minda terhasil bukan sahaja dari aktiviti yang kita lakukan, tetapi ia juga berkait dengan faktor umur seseorang.

Mari kita lihat, apakah kelebihan peningkatan gelombang minda beta dalam otak kita?

  • Kebolehan berfikir dengan cepat
  • Mempunyai daya fokus yang tinggi
  • Meningkatkan IQ
  • Dapat menulis dengan cepat dan mudah (Ye la. Mata tertutup, memang la payah nak menulis, kan? ;) )
  • Berfikiran positif
  • Merasakan tubuh lebih bertenaga

Gelombang Minda Beta

Walaubagaimanapun, terdapat keburukannya sekiranya tahap gelombang minda beta berada pada paras yang tinggi dalam otak kita. Berikut ialah akibat daripada keadaan tersebut :

  • Perasaan bimbang dan risau yang melampau
  • Tertekan
  • Paranoia
  • Ketegangan otot
  • Insomnia
  • Berfikir perkara yang bukan-bukan (Unwanted thought)

Jelas sekali, setiap gelombang mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Asalkan kita tahu bahawa kelebihan yang diberikan kepada otak kita dapat dimanfaatkan, mungkin kekurangan dapat diatasi secara automatik. Jadi, terdapat beberapa cara untuk meningkatkan gelombang minda beta.

  • Membaca buku
  • Melakukan kerja rumah
  • Menyelesaikan soalan pengiraan/matematik
  • Minum kopi
  • Hiburan untuk minda
  • Pengambilan pil diet
  • Minum Redbull
  • Merokok

Jika kita lihat di atas, terdapat juga cara yang tidak sihat dalam meningkatkan kadar gelombang minda beta. Cara yang tidak elok akan memberikan kesan yang tidak baik. Contohnya, jika anda menelan pil untuk meningkatkan gelombang beta, ia mungkin mengakibatkan anda mengalami perasaan tertekan, paranoia dan apa jua kesan buruk. Pendek kata, lakukan cara yang sihat dalam meningkatkan gelombang minda beta dan hasilnya akan positif. :) Adakah anda merasakan gelombang minda beta sekarang?

Tak Nak Terlepas Post Seterusnya? Sila Masukkan Email Anda Di Sini :

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (35)

Memang menakjubkan kuasa yang ada pada gelombang ni.

pergh. merokok pun boleh tingkatkan kuasa minda? huhu.

baik aku buat soalan matematik. hehe.

alone’s last blog post..I Love PES2009!

Wah, Alone sedang meningkatkan gelombang minda beta sekarang! haha

Fatin Pauzi’s last blog post..Bijak Memanipulasi Kelebihan Diri Sendiri

Minum kopi baru best, supply caffeine yang cukup perlu untuk Jana Wang banyak, ha ha.

Last skali sakit urat, (pinggang)

Aduhh..

MoShed’s last blog post..Peluang Cahaya

Haha. Perli status aku kat YM la tu ek? ;)

pergh artikel hebat

Tenkiu!

jgn berfantasi bt gelombang lain sdh…
fatin..comment anda yg terbaru di blog aku xdpt diselamatkan due to my database error..huhuhu..

fazreen’s last blog post..Damn, Missing Category and Tags

Aku rasa ko kene tukar thme kot. huhu

bkn psl theme. server aku tgh migrate and upgrade 2 yg database mess up..tp dh ok dh cuma 2 la 2 komen xdpt dselamatkan…hahaha

fazreen’s last blog post..Blogging Like Problogger

Fatin… pheeeww… banyak lagi yang aku kena study pasal gelombang nih…

Yang aku tau gelombang cinta je… hahahahahah

Haha. ko ni ijad. Tau la tengah angau. haha ;)

dia angau nora danish tu. heheh.

alone’s last blog post..I Love PES2009!

Hehe. tau tu. Nora Danish single da sekarang. hehe

Fatin Pauzi’s last blog post..Bijak Memanipulasi Kelebihan Diri Sendiri

huhu aku skang nie tgh ambil tahu tentang cara meningkankan keyakinan diri…

info nie memang berguna…

Jangn bagitahu dgn org yg merokok…nanti makin galak pulak dia orang nie :-)
Active Blogger’s last blog post..Kenali Diri Sendiri Dari Bulan Kelahiran

Haaaa…Ko isap rokok tak? :P

hoho….. menghisap rokok boleh meningkatkan gelombang alfa? kool….. tapi time muda jer la kot rasa kool. mungkin sebagai alternatif adalah dengan menghisap shisa? hehe….

aiereast’s last blog post..Koleksi Karya Remajaku

Alamak, silap la, aiereast. Sebenarnya, meningkatkan gelombang beta tu. silap taip. tapi dah tukar.

Fatin Pauzi’s last blog post..Bijak Memanipulasi Kelebihan Diri Sendiri

oo…ok, tapi kool lar pasal kajian gelombang otak nie. tak pernah terfikir plak aih :-)
aiereast’s last blog post..Istimewa Peminat Lukisan Anime

Byk kebolehan otak kita ni.
So rajin2 lah teroka ye…

betu, otak kita nie lagi power dari komputer, tu la kehebatan ciptaan tuhan yg esa…

adol’s last blog post..TERAPI ELEKTROSTATIK

aku penah baca pasal nie, kat buku mana entah aku x ingat… betul la apa yg dalam post nie, nice info

So, Adol..Stay tuned untuk post yang seterusnya ye! :D
Fatin Pauzi’s last blog post..Bijak Memanipulasi Kelebihan Diri Sendiri

1-1=
1+1=
realiti dan logikal..

Muhd Suhaily’s last blog post..Elak Pesaing anda!

1-1=0
1+1=2
realistik dan logistik.

Fatin Pauzi’s last blog post..Bijak Memanipulasi Kelebihan Diri Sendiri

1-1=0
1+1=2
realistik dan logistik. >>>> ok…

senang = senang
senang = susah!
1-1=
1+1=

Muhd Suhaily’s last blog post..Elak Pesaing anda!

Artikel hebat! Terima kasih. Tambah ilmu lagi hari ini.

tahniah..penulisan yg mengagumkan.. TQ

azreen’s last blog post..MAIN DOKTOR-DOKTOR…

pergh…bagus ni info ni…tak terfikir dek aku..dulu ada dengar tapi buat dek je..maybe dengar ni kurang best…masuk telinga kanan keluar telinga kiri..penulisan ni masuk terus ke otak…gelombang oh gelombang…owhhh

camana kalau bersikap tak normal plak..

titan’s last blog post..Triond June Cashout: Make Money Online with Triond

Yang tu gelombang minda theta. Keadaaan separa sedar. :P
Fatin Pauzi’s last blog post..7 Penipuan Terhebat Dalam Perniagaan Networking

Erk.. merokok? huhu

oh..kalau gelombang kame hame ha??

DA dua orang ty sal gelombang ni. haha

gelombang otak ade 3 rasenya..beta,alpha dan lg satu da x ingat..haha

Nyatakan Pendapat Anda: