Assalamualaikum semua…
Terima kasih kerana masih setia untuk membaca post-post terkini di blog saya yang tak seberapa ni.
Pada kali ini, saya akan memberikan sedikit tip bagaimana untuk menjaga pola pemakanan anda. Saya tahu ramai di luar sana yang menginginkan tubuh badan yang sempurna dan kesihatan yang baik. Oleh itu, anda perlu menjaga pola pemakanan anda kerana pemakanan yang seimbang merupakan kunci utama untuk mendapat kesihatan dan tubuh badan yang ideal.
Saya akan mulakan dengan asas yang paling penting diperlukan oleh tubuh badan kita. Anda perlu minum banyak air putih, air masak, air kosong atau apa jua yang berkaitan dengan air paip yang dimasak sendiri. Minum air putih 8 hingga 10 gelas sehari. Anda memerlukan banyak air untuk membuang toksik daripada tubuh. Dan yang paling penting, air tidak mempunyai kalori.
Selain itu, dapatkan nasihat dari pakar pemakanan yang bertauliah berkenaan dengan program diet yang benar-benar sesuai dengan tubuh anda. Ini adalah kerana setiap individu mempunyai kaedah tersendiri untuk menurunkan berat badan. Jangan lupa untuk bertanyakan padanya tentang perkara yang boleh merosakkan diet anda supaya anda dapatĀ mendisplinkan diri ketika berdiet dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara tersebut.

Untuk pengetahuan anda, pembakaran kalori banyak berlaku ketika siang hari. Jadi, jangan lupa untuk bersarapan pagi. Tentukan jumlah kalori yang anda akan ambil setiap hari. Kemudian sesuaikan ia dengan jumlah tenaga atau kalori yang telah anda keluarkan ketika melakukan sebarang aktiviti. Sekiranya jumlah kalori yang anda ambil melebihi kalori yang terbakar, cuba kurangkan ia secara perlahan-lahan. Anda boleh mula mengambil makanan yang rendah kalori.
Minum dua gelas air 30 minit sebelum anda makan. Tujuannya adalah untuk mengurangkan nafsu makan yang berlebihan. Tambahan pula, dengan cara ini juga anda akan berasa cepat kenyang. Saya tahu ramai di antara kita yang kadangkala minum selepas makan dan juga makan yang diselangi dengan meminum air. Ia tidak baik sekali untuk kesihatan dan sekiranya perkara ini dilakukan secara berterusan, pelbagai penyakit akan menyerang anda dalam jangka masa yang panjang. Jadi, berhati-hati dari sekarang.
Selain itu, susu merupakan minuman terbaik untuk tubuh! Selain mengandungi banyak mineral, susu juga banyak mengandungi lemak. Untuk itu, pilihlah susu yang mempunyai lemak yang rendah. Begitu juga sebarang makanan yang berasaskan susu. Dan lagi, banyakkan berjalan kaki. Selain berolahraga, berjalan kaki juga merupakan senaman ringan yang baik untuk tubuh. Lakukan secara teratur dan anda akan merasa kelainannya.
Sedarilah! Kejayaan anda bergantun gkepada kemampuan dan keyakinan diri sendiri. Walaupun anda telah menghabiskan ribuan ringgit di pusat-pusat diet, semuanya mungkin tidak akan berkesan tanpa keyakinan dan usaha dari diri anda sendiri. Miliki sifat dan sikap yang positif serta jangan patah semangat untuk meneruskan usaha murni anda ini. Good Luck! Gambatte Kudasai!







apa guna kete kalu jalan kaki… penat2 je org cipta kete.. hahahahaha
betui..betui..betui..betui
bkan org yg cipta kite…….tp ALLAH s.w.t….kan??
nice and beautifull lor..:D
Yang minum, paling kurang mst 8 gelas setiap hari…kdg2 kita nie amik ringan aja…kalau kena sakit buah pinggan baru teraba nak capai air perigi plak nnt. renung2knlah
Haha. Tiru cara KampungBoy. Hemo3.
saya xleh mnum susu. xleh bau dia.. wekkk…muntah laaa… ha…cmne?
try susu badan.. gua rase lu ok je bab tu… hahahha….
hehe.
Tak yah la minum. Haha
Saya setuju dengan pola pemakanan tu,
Thanks, Nurra. Actually, that’s the basic thing kalau nak jaga pola pemakanan dan ia sangat susah nak dilakukan kalau kita tak berdisiplin dalam pemakanan.