http://blog.wanitaemall.com

Cara Terbaik Mengecilkan Liang Pori Pada Wajah

29

Salam hormat semua…

Semua orang, bukan sahaja wanita, mengimpikan wajah yang tampak sempurna tanpa kecacatan dan kerosakan pada kulit. Lebih-lebih lagi wanita, mereka mengimpikan kulit yang tampak halus, mulus dan bebas dari cela. Walaupun kulit seseorang bersih dari jerawat, parut jewarat, jeragat dan sebagainya, masih ada satu lagi unsur yang membuatkan seseorang masih kelihatan kusam dan tidak bermaya, iaitu liang pori pada wajah yang sangat kelihatan.

Untuk memastikan wajah kelihatan halus, kita perlu memastikan liang pori pada wajah kurang kelihatan. Jadi, bila saya bercakap mengenai liang pori dalam post ini, saya mengkhususkan kepada liang pori wajah kerana seperti yang anda tahu, liang pori terdapat di seluruh tubuh badan kita. Sekiranya liang pori pada wajah menjadi luas dan terlalu kelihatan pada wajah, wajah kita akan kelihatan agak kasar dan sebarang make up yang dikenakan tidak tampak kemas dan licin.

Jadi, di sini saya ingin menyediakan beberapa tips untuk mengecilkan liang pori supaya ia kurang kelihatan. Saya mulakan dengan penjagaan selepas mencuci wajah. Selepas seseorang mencuci wajahnya, liang pori akan terbuka untuk seketika. Pada waktu ini, sapukan penyegar (toner) pada wajah menggunakan tisu muka. Pilih penyegar yang berunsurkan ’sejuk’ atau yang bertindak sebagai pengecil liang roma (pore minimizer). Kebiasaannya, penyegar yang berasaskan mentimun adalah penyegar yang terbaik.

Kemudian, mengenai ’scrub’ muka. Pastikan anda ’scrub’ muka anda 2 atau 3 kali seminggu. Ini untuk membuang sel-sel kulit mati bagi mengelakkan ia berkumpul dan menjadi jerawat atau jeragat pada wajah kita. Pemilihan ’scrub’ juga amat penting. Pastikan anda membeli ’scrub’ muka yang mengandungi ‘micro-scrubber’ di dalam kandungan ’scrub’ tersebut kerana peranan ‘micro-scrubber’ amat penting dalam menanggalkan sel-sel kulit mati. Saya sendiri menggunakan Facial Scrub Nivea Visage Sparkling White kerana ia mempunyai ‘microscrubber’. Begitu juga dengan Facial Scrub Clearasil. Jangan lupa, masa terbaik untuk melakukan ’scrub’ muka adalah pada waktu pagi selepas anda bangun dari tidur. Jadi, pada waktu ini, anda bukan mencuci muka menggunakan pencuci muka, sebaliknya menggunakan ’scrub’.

Setelah wajah anda dibersihkan dengan ’scrub’, pakai ‘topeng’ wajah untuk bertindak sebagai pengecil liang roma setelah melakukan ’scrubbing’. Topeng wajah terbaik ialah Pond’s Pore Care. Ia bertindak sebagai pengecil liang roma yang mempunyai ekstrak hazel dan pelembab. Ia juga bertindak sebagai pencuci muka dan juga ‘mask’. Pakai selama 5 minit dan kemudian bilas. Setelah pemakaian produk ini, anda akan merasakan kulit anda lebih halus dan liang roma lebih kecil. :)

ponds-pore-care-foam-mask

Jadi, apa yang dapat saya simpulkan, untuk memiliki kulit wajah yang halus, produk asas yang perlu anda miliki ialah pencuci muka, penyegar, ’scrub’ dan juga ‘mask’. Amalkan secara berdisiplin. Contohnya, cuci muka pada setiap pagi dan malam, sapukan penyegar selepas setiap kali mencuci muka, ’scrub’ muka setiap pagi Selasa dan Jumaat, jika masih ‘free’ selepas ’scrubbing’, terus pakaikan ‘mask’ muka atau anda juga boleh pakai pada waktu malam, sebelum tidur.

Saya harap tip-tip ini dapat membantu dan memberi gambaran sedikit sebanyak bagaimana untuk menggunakan alatan penjagaan wajah dengan betul dan bagaimana untuk menggunakannya dalam amalan harian. Selamat beramal! ;) Jangan lupa maklumkan saya hasilnya.

*Hasil bergantung kepada individu dan kesesuaian produk yang individu gunakan. ;)

Tidak Mahu Terlepas Post Seterusnya? Sila Masukkan Email Anda Di Sini :

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (29)

hahhaa..fatin pauzi kena letak muka fatin pauzi dlm ni…jd model cara2 utk mengecilkan liang pori pada wajah…hi hi hi..tp tips2 yg fatin pauzi bg ni mmg berguna utk org rmi..siapa yg tak nak muka cantik kan??hehehehe

Hehe. Betul la tu. Sape yang tak nak muka cantikkan? ;)

fatin tak mahu jadi model iklan liang pori ke.
mana nak tahu.boleh bertambah maju lagi perniagaan tu.

Lor, jadi model plak. haha. Kalau MestiCun jadi model, lagi bertambah2 maju bisnes tu. ;)

yess..i luv nivea for men..hehehe..

thanks fatin!

Produk Nivea best kan? Hampir kebanyakkan beauty product saya produk Nivea. :P Welcome.

produk nivea sy..deodoran sj..hi hi hi

Owh, deodarant die orang pun best. :)

untuk orang laki? takde tips? haha..

Boleh juga guna cara sama, macam yang Adrenal guna, biasanya lelaki guna Nivea for Men. :)

saya nk cuba tip yg sy bc ni…moga2 menjadi

cewah2..titan dah start nak menyemart suda..hehe

salah kah? haha..

tak de silap dan salahnya.. ;)

tak salah..saje repeat again..hahahaha..

eh..laki pun bleh wat ke??x kene pggil metro ke?hehe.

Kalau rambut nak dye, baju nak branded, rambut nak pacak, mestilah akan dikata. Tapi, penjagaan muka ni, orang kata penjagaan dalam rumah yang orang tak nampak. Mungkin tak salah.

Kalau metroseksual pun, ape salahnya. Golongan metroseksual kelihatan lebih kemas. :)

Macam tu rupanya….Kena try ni walaupun lelaki =)

Baguslah blog ni. Siapa yang nak jadi cantik kena datang blog ni. Sayangnya saya tak boleh pakai benda-benda ni. Kulit tak sesuai.

Owh ic. Jadi, mungkin awak perlu gunakan produk yang bersesuaian dengan kulit awak tapi memberikan fungsi yang sama. :)

[...] yang saya ingin tujukan kepada pembaca semua..Anda lebih rela gunakan bedak sejuk biasa ataupun Toner Fatin Pauzi?Sorry haaa Fatin Pauzi..Saja je saya nak superimpose-kan anda dalam post saya kali [...]

emmm… ni fatin guna pencuci ngn toner ape ekk???
setakat ni xjumpa lagi la pencuci ngn toner yang sesuai…

Setakat ni, yang sesuai dengan saya, toner Nivea Sparkling White sebab toner ni banyak fungsi. Toner ni kecilkan liang roma, kurangkan parut jerawat and boleh gune untuk cuci mekap. :)

ohh,cam tu,kirenye pagi kalau kite cuci gune scrub then pkai mask after tu perlu ke pakai toner?

lagi 1 kalau tak keberatan,buleh tak fatin bagitau jenis kulit muka yang sesuai gune produk diatas2 ni,acne skin or dry skin or combination skin ke?
tq.

Boleh pakai toner sebab toner pun leh apply before make up so that liang roma tak begitu kelihatan.

Pengalaman Fatin pakai produk kat atas tu, bagi Fatin, produk kat atas tak sesuai untuk kulit kering. Kalau kulit berjerawat biasa, boleh la pakai produk ni. Tapi, kalau berjewarat ekstrem, lebih baik produk yang ada kandungan Tea Tree Oil…

terima kasih utk tips2 di atas..saya akan cube gunekan dengan disiplin..

cume nak tnyer kenape lepas saya scrub muka n mencuci muka, muka saya jadi merenyam (gatal)..boleh tak cik wanitaemail bg pendapat..

Mungkin pencuci muka and scrub tu tak sesuai untuk awak.

saya ada masalah kulit sensitif…saya tak tahu nak guna produk apa…saya harap sesiapa saja dapat tolong saya…salam

Kalau kulit sensitif, saya sarankan awak pakai produk yang ada kandungan Aleo Vera. Awak boleh dapatkan kat The Body Shop. :)

Nyatakan Pendapat Anda: