Salam buat semua…
Apa yang saya perhatikan semenjak dua menjak ini, ramai pelajar tidak kira dari peringkat sekolah menengah ataupun ipta/ipts mula berminat untuk menceburkan diri dalam dunia pemasaran internet. Ada yang mula membeli pakej-pakej tertentu seperti pakej yang menjanjikan jaminan penjanaan wang dari internet, ada yang mula belajar membina blog sendiri walaupun hanya bermula dengan perkhidmatan blog percuma seperti blogspot, ada yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk belajar secara ‘live’ melalui seminar dan bengkel yang disediakan oleh para usahawan internet tempatan dan sebagainya. Tetapi, terdapat suatu perkara yang kebanyakkan para pelajar ini lupa bahawa terdapat satu lagi cara yang mereka boleh lakukan untuk menjana wang melalui internet.
Cara yang saya maksudkan ialah menjana wang melalui servis. Kenapa saya menyarankan para pelajar untuk mula menjana wang melalui servis? Seperti yang kita sedia maklum, para pelajar adalah terdiri daripada individu yang mempunyai kemahiran yang tersendiri. Senang cerita, jangan sekali-kali pandang rendah dengan mereka kerana walaupun mereka mungkin sedikit nakal dan sosial tetapi mereka mempunyai bakat yang tersendiri dan jika bakat tersebut dicungkil, negara kita mungkin mampu untuk menghasilkan ‘produk’ atau individu yang dapat memberi nama besar untuk negara di mata dunia. Kedengaran agak patroitik kan? Haha. Tetapi, itulah kebenarannya!
Terdapat pelbagai perkhidmatan atau servis boleh diberikan. Sekiranya pelajar yang mengambil bidang Art & Design, anda boleh memberikan perkhidmatan mereka bentuk laman web atau mungkin juga membuat banner, header dan sebagainya yang menjurus kepada aplikasi bakat dan kreativiti anda. Selain itu, sekiranya anda datangnya dari bidang engineering atau computer science, mungkin anda boleh menyediakan perkhidmatan programming untuk menghasilkan sesuatu software, coding php atau html dan sebagainya.
Untuk pengetahuan anda, terdapat ramai pengguna internet di luar sana yang mempunyai perniagaan yang terkemuka memerlukan khidmat kepakaran seperti ini. Sekiranya anda pandai memanfaatkan peluang, saya yakin ini boleh dijadikan salah satu punca pendapatan tetap anda walaupun ketika masih belajar. Mungkin sesetengah daripada menginginkan khidmat anda secara untuk jangka masa yang panjang, siapa tahu? kan? Selain itu, ia dapat memantapkan pengetahuan anda dalam bidang yang anda pelajari dan sekali gus memberikan anda sedikit pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Sekiranya anda ingin mengetahui bermacam-macam lagi perkhidmatan yang anda boleh tawarkan di internet, bagaimana cara untuk memasarkan atau mengiklankan perkhidmatan anda di internet dan beberapa tip memasarkan servis anda dengan cara yang lebih berkesan, anda boleh mendapatkan ilmu-ilmu dan tip-tip percuma tersebut dari Majalah IM ke-11 yang boleh dimuat turun secara percuma di portal Majalah IM.








salam, saya pun tgh cari budak2 u, untuk projek2 saya.jadi penulis, berminat e-mail saya ye.
Salam Fazrul.
Ade projek baru nampak? Good luck!
kalau pandai manage masa apa bisnes pun boleh run beb..aku masa study sanggap pi kelas pun selalu lambat..heheheh…kena pandai manage masa la..mcm aku masa study mmg fail bab time.
Huhu. Same la tu ngn aku sekarng nih.
Tapi, lambat gi kelas sebab jalan kaki jauh.kihkihkih
dulu masa aku jadi student kat uitm jengka..aku kayuh naik beskal..masa degree naik motor hinggalah skang..beselah pi kelas lambat tu..aku letih kena ulang alik bilik dekan sbb selalu dtg lambat kenalah mengadap dekan
Alamak! Mesti tak lame lagi aku pn kene mengadap dekan la ni.
amat patro-itik..haha
patriotik la..
Haha. Term baru leh masuk kamus nih.
Patro-itik. kihkihkih.
Ya…bebudak sakng nie makin untung. Slap2 pasni kita kelas n kuliah bawak PDF ebook aja……buku dah xramai orang guna…
Care gak tu. tak ya bwk buku tebal2 da.huhu
budak2 sekarang ni genius2 belaka…
lebih genius dr apa yg disangka…
tak salah cari duit lebih…
sambil2 bley bantu keluarga depa…
insyaallah murah rezeki…
Tau xpe. Tapi tu la. Kekadang, sesetengah orang tak menghargai ke’genius’an seseorang remaja tu. Tak pandai nak manfaatkan peluang yang leh memajukan negara. *patro-itik
Memang patut pun student carik duit….lagi pun bila dah grade nanti,boleh bayar balik sementara nak tunggu lamaran kerja….baik masuk Adsense dengan Clickbank…..
Erm, cube la cari duit thru situ. Mane tau, ade rezeki.
Salam,
Bagus tu. Memang akak ‘respek’ tul korang2 yang masih belajar dan buat sambilan service mcm ni. Tkde la buat perkara yang tk elok kan. Bermanfaat lagi.
ermm..berminat sgt nak wat bisnes camni, tapi x der sapa yang sudi nak bagi tunjuk ajar jalan permulaan
Salam, Mujahid. Awak perlu kenalpasti terlebih dahulu apa yang awak nak buat sebab bisnes ni banyak cabang. So, bila dah tahu nak buat ape, cuba cari rujukan mengenai bisnes tersebut.