Salam sejahtera…
Setelah lama meneliti dan mengkaji mengenai kelebihan yang terdapat pada otak manusia, saya bercadang untuk mencipta satu lagi kategori dalam blog saya ini iaitu Kuasa Minda Manusia. Bagi saya, perkara sangat menarik untuk dikongsikan bersama anda lebih-lebih lagi anda adalah manusia seperti saya yang juga mempunyai otak. Amatlah bertuah diri saya jika terdapat haiwan-haiwan lain yang melanggan post di blog saya ini. Hehe… Jadi, mari saya kongsikan bersama dengan anda satu persatu fakta yang jarang diketahui mengenai otak kita.
Opsss…saya tidak akan membicarakan dari aspek biologi yang saya tahu, ia akan memeningkan ramai pihak yang kebanyakkannya tidak menyukai sains. Tapi, saya suka. Hehe.. Sebaliknya, saya akan membicarakan mengenai kuasa yang otak atau minda kita mampu lakukan dalam meningkatkan kehidupan seharian kita. Saya akan membincangkan bagaimana kuasa gelombang-gelombang minda yang dapat meningkatkan kesihatan kita, memberikan ketenangan, mengurangkan stress dan sebagainya.
Sepertimana yang kita semua tahu, kita adalah apa yang kita fikirkan. Kita sendiri yang menentukan apa yang kita ingin otak kita tetapkan. Maksud saya, sekiranya anda bangun pagi pada hari ini dan membisikkan pada diri sendiri, “Hari ini, aku ingin lalui kehidupan dengan pemikiran yang positif”, dan perkara itulah yang akan berlaku pada diri anda pada hari itu. Sebaliknya, katakanlah, jika anda bangun tidur dengan perasaan marah dan dendam semalam yang masih berbaki dalam diri anda, saya yakin, pada hari itu anda akan lalui hari anda dengan kening yang berkerut, muka ketat, nak senyum pun tak ada mood dan sebagainya.
Ya, saya tahu, anda sedang mengekspresikan perasaan anda. Tetapi, ia sangat tidak elok untuk otak dan juga minda kita. “Ala, tak elok untuk otak je kot!”. Mungkin, itu perkara yang anda ingin katakan. Tahukah anda, sekiranya anda tidak mencapai pada tahap gelombang-gelombang otak yang tertentu, ia akan menjejaskan kesihatan anda dan juga mutu kehidupan anda! Dan, inilah yang saya ingin bongkarkan kepada anda mengenai kuasa otak atau minda yang anda tidak dapat bayangkan betapa penting untuk kita menjaganya.
Otak kita mempunyai tahap gelombang yang berbeza iaitu :
- Gelombang Minda Alpha
- Gelombang Minda Beta
- Gelombang Minda Gamma
- Gelombang Minda Delta
- Gelombang Minda Theta
Kesemua gelombang-gelombang ini memberikan hasil dan tindakan yang berlainan kepada otak dan juga diri kita. Apa yang menariknya, anda mampu untuk mengawal tingkah laku anda dan mutu kehidupan anda! Jadi, sekiranya anda tahu setiap fungsi gelombang di atas dan bagaimana untuk mengawalnya, anda cukup bertuah kerana anda yang mengawal minda anda, bukan emosi anda. Huraian lebih lanjut mengenai setiap gelombang di atas, saya akan dedahkan pada post yang seterusnya. Stay tuned!







erk. gelombang? yang aku tau gelombang kame hame ha aje..
Haha.. Kame hame ha tu, gelombang saje nak cari penyakit.
Nantikan kemunculannya dipawagam…
Fatin sihat? dah lama aku tak blog walking sejak blog problem…tension betul…
Sekarang aku set otak aku untuk fikirkan cara buat duit online, tapi masih tersangkut
Active Blogger’s last blog post..Kisah Aku Yang Terpaksa
Alhamdulillah. Sihat. Ko sihat? Lor, bermasalah lagi ke blog ko? huhu. Xpe, dugaan je tu. Jangan patah semangat deh.
sebab itu ada yang mengatakan :
“mereka yang berjaya menguasai minda berupaya menentukan halatuju hidup dalam 10 tahun akan datang”
kat mana aku baca. dah xingat.
jagalah minda anda =)
alone’s last blog post..Between Money & Dignity
HA..tau takpe. so, betul aku cakap kan? Penguasaan terhadap minda kita sendiri tu amat penting tau.
Baguslah Fatin kerana nak wujudkan kategori Kuasa Minda Manusia. Ramai yang tak tahu lagi apa kaitan gelombang terhadap otak manusia ni.Aku tabik kat hang lah !!!Selamat menulis.
rbc’s last blog post..Cari Keyword Dengan Twin Searching
Hehe..Kalau camtu, stay tuned ngan post2 akan datang ye RBC..domo arigator gozaimas! (Thanks!)
adakah setiap dari kita ade kelima-lima gelombang tersebut? atau hnya sebhagian?
Mohd Hafifi’s last blog post..Mana Butang Submit Komen
Bergantung pada keadaan ko la. Kalau ko sedang berada dalam separa sedar, otak ko berada pada gelombang Theta. Kalau keadaan yang biasa2 tu, ms tu gelombang beta. Sume tu aku akan terangkan pada post seterusnye.
Info yg menarik.
Hebat artikel satu fakta yang mengajar minda untuk berjaya
Kuasa minda merupakan satu tujahan untuk melakukan sesuatu sama ada perkara baik atau buruk. Aja2!
Fatin Pauzi’s last blog post..Teknik Promosi Online - Pemasaran Forum
[...] post yang lepas, saya telah berjanji untuk membicarakan lebih lanjut mengenai kelebihan-kelebihan dan fakta [...]
Salam,
Satu ilmu yang bagus. Betul ek, bila direnung kembali memang betul. Apa yang kita fikir positif akan menjadi positif dan bila fikir negatif, ada la unsur negatif yang akan timbul.
assalamualaikum fatin.. salam perkenalan… akak berminat la dgn blog ni.. 1st akak mmg tgh cari info2 ttg gelombang otak ni.. sebab nya akak cikgu, so nak cari mcm2 pendekatan tuk memahmi otak students akak..2 nd, akak tgh cari mentor tuk guide akak soal perniagaan internet…harap2 fatin sudi jawab soalan2 akak ye…salam
azreen’s last blog post..MAIN DOKTOR-DOKTOR…
W’slm kak. InsyaAllah, kalau ada pape yang saya mampu tolong, saya akan tolong. Thanks singgah, kak.
askum,,boleh tak terangkan maksud gelombang dari aspek kehidupan seseorang…
Maksud gelombang dari aspek kehidupan seseorang? Boleh jelaskan maksud soalan ni?
Ilmu minda yg bagus utk diamalkan, sentiasa berfikiran positif & optimis dlm sesuatu perkara. Namun berfikiran negatif juga perlu dlm menghasilkan penyelesaian terhadap masalah.
Yea, mungkin ada betulnya apa yang dicakapkan tapi itu merangkumi perkara yang kurang spesifik. Jika ia dihuraikan dengan lebih spesifik, maka kajian mengenai gelombang minda ni boleh dihuraikan.
Salam,
Sesuatu yg amat mengujakan……
1. Perwakilan Dalaman (Internal representations) - Apa dan bagaimana kita gambarkan di dalam minda, apa dan bagaimana kita cakap dan dengar di dalam minda.
2. Perlakuan (behaviours) - Lisan (Cakap), Fizikal (Buat), Perubahan warna kulit & Penafasan
3. Fisiologi (Physiology) - Postur, Bio-Kimia, Penafasan dan ketegangan otot-otot.
Cara nya……
Rehat yg tenang….
buang fikiran negatif sebelum tidur….
maafkan diri sendiri…
maafkan semua orang…
yg paling penting…suasana bilik tidur yg hebat….akan buat anda tenang …
jika tempat kerja hendak yg selesa…maka tempat tidur pun mesti selesa…..
setiap kata-kata merupakan doa…..jika positif….positif lah yg dapat….jika negatif…negatif lah yg dapat……
I am getting better all the time……lafazkan ia setiap hari……buatlah selama 21 hari ….
Wah, great. Jarang nak jumpa orang mengamalkan cara hidup dan pemikiran positif. Kebiasaannya, ada yang tidak mengamalkan langsung dan sukar nak amalkan pemikiran macam ni. Congratulation!
hey,.sy nk taw,
cmner kitr ley wt otk kite berfugsi sepenuhnye?
kadag kala
sy ase rajin sgt nk blaja malah kadang kala,
trase mls sugguh
tmbhn pule sy ad seorg kekasih,
hmmm,
bagaimana ye?
Hye, Dyra.
Pasal ni :
“kadag kala
sy ase rajin sgt nk blaja malah kadang kala,
trase mls sugguh”
Ni perkara biasa. Bukan belajar je, bila kita buat semua benda, perkara ni akan berlaku.
Yang penting, hanya disiplin yang dapat membentuk diri kita menjadi lebih baik dan mengelakkan daripada tabiat2 buruk semua tu.
Pasal kekasih, hurm…
Perkara sama. DISIPLIN.
Dyra perlu mendisiplinkan diri DYra terlebih dahulu
sebelum mempunyai kekasih.
Sebab disiplin juga mengajar kita untuk menyayangi
diri kita terlebih dahulu sebelum menyayangi orang
lain.
pening pale otak aku skang nih wt assgment..
leh tolong kaji x…
Cuba wujudkan gelombang minda theta. Masa tu baru leh hyperfocus.
http://blog.wanitaemall.com/hyperfocus-dengan-gelombang-minda-theta
Inform me the result ok?
Terigt satu pepatah mengenai pemikiran”
“…Fikirkan permusuhan, kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih, maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan…”
Yup, kita menjadi, seperti apa yang kita fikirkan!
Yes, you are the master of your fate, the captain of your soul.
info yang sangt berkesan..Sebenarnya,apabila kite perasan kite sperti berada dalam satu balang kaca .dan Dengan akal kiter kawal pergerakan balan tersebot..Otak sebagai pusat pergerakan manusia dan juga sebagai segala pusat(????)Yer,..