http://blog.wanitaemall.com

Fungsi Gelombang Minda Alpha Pada Otak Manusia

46

Assalamualaikum…

Pada post yang lepas, saya telah berjanji untuk membicarakan lebih lanjut mengenai kelebihan-kelebihan dan fakta mengenai kuasa otak dan minda manusia. Dan, saya juga telah menerangkan serba sedikit mengenai jenis-jenis gelombang yang terdapat dalam otak manusia. Jadi, pada kali ini saya akan menerangkan, bagaimanakah bentuk gelombang minda alpha yang terdapat di dalam otak manusia.

anangasquarespacecom

Gelombang minda alpha boleh dikatakan sebagai aktiviti gelombang minda yang rileks. Gelombang minda ini merupakan kitaran atau getaran pada kadar 8 hingga 12 Hz yang kebiasaannya berlaku pada bahagian kanan otak. Gelombang ini adalah merupakan corak gelombang normal yang dialami oleh kebanyakkan manusia. Ia berlaku apabila seseorang itu berada dalam keadaan rileks, kreatif dan mempunyai minda yang tenang. Ia sangat jelas hadir ketika seseorang itu sedang menutup mata. Jadi, tidak hairanlah kenapa kita akan berasa lebih tenang apabila kita menutup mata kita.

Gelombang minda alpha juga dikategorikan sebagai kadar gelombang minda yang paling sihat dan ia cenderung dimiliki oleh golongan kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai tahap gelombang minda alpha yang lebih tinggi berbanding orang dewasa. Tapi, jangan anggap gelombang alpha merupakan penyembuh kepada segala penyakit. Walaubagaimanpun, sekiranya anda cuba untuk meningkatkan tahap gelombang alpha, anda akan dapat merasakan suatu perasaan yang sangat mengkagumkan! Saya pernah mengalaminya dan saya berasa sangat tenang.

Kelebihan meningkatkan gelombang minda alpha :

  • Menenangkan tubuh badan dan minda
  • Meningkatkan kadar kreativiti
  • Meningkatkan kebolehan untuk menyelesaikan masalah
  • Menyeimbangkan emosi
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Meningkatkan tahap hormon serotonin - kekurangan hormon serotonin membawa kepada kemurungan
  • Kebolehan ’super learning’

Jadi, jangan anggap gelombang minda manusia boleh dibuat main-main. :D Kebolehannya membuatkan kita mampu bertindak dengan hasil yang luarbiasa. Sekarang, saya dedahkan Bagaimana untuk meningkatkan tahap gelombang minda alpha :

  • Meditasi - kebiasaannya, tujuan utama meditasi adalah untuk menukarkan gelombang minda alpha ke gelombang minda theta (bakal diterangkan pada post berikutnya). Anda perlu melakukan meditasi secara rutin dan sekiranya anda melakukannya, anda dapat mengawalnya dan gelombang minda anda lebih fleksible.
  • Hiburan Gelombang Minda - Sebarang rangsangan seperti muzik dapat meningkatkan tahap gelombang alpha. Tetapi, tidak semua muzik sesuai untuk digunakan dalam melakukannya. Saya sarankan untuk anda mendapatkan Ultra Meditation : 5-Level Transcendence System atau dapatkannya pada harga yang lebih menjimatkan di sini. :)
  • Menonton Televisyen - Selepas 30 minit anda menonton televisyen, gelombang minda alpha akan mula terhasil.
  • Tarik Nafas Sedalamnya - Cara ini bukan sahaja baik untuk meningkatkan paras oksigen di dalam tubuh tetapi ia juga bagus untuk mencapai keadaan tubuh berada dalam keadaan rileks.
  • Berimaginasi - Setiap kali anda menutup mata dan berimaginasi mengenai sesuatu, aktiviti gelombang minda alpha akan semakin meningkat. Berimaginasi lebih mudah dengan cara bermeditasi tetapi sekiranya anda tidak gemar bermeditasi, hanya dengan berimaginasi sudah cukup untuk mengaktifkan gelombang alpha di dalam otak anda!

Walaubagaimanapun, masih terdapat cara yang tidak sihat untuk meningkatkan gelombang minda alpha iaitu dengan merokok dan minum alkohol. Jadi, anda sendiri yang menjadi penentu, apa yang perlu anda lakukan untuk otak anda berfungsi dengan baik. Pada post akan datang, saya akan membicarakan pula mengenai Gelombang Minda Beta. InsyaAllah… :)

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (46)

wah, memang menarik ni! ini bermakna setiap dari kita memang ada kemampuan nak tingkatkan kemahiran otak kita.

berminat dengan “super learning” itu. oh (>_<)

alone’s last blog post..Fight The Fear

Tau takpe, Alone. Setiap dari kita sebenarnya mampu mengawal gelombang otak kita sendiri. Dan, sangatlah bertuah badan kalau kite dapat mengawalnya.

very interesting info.. salamms

Thanks. W’slm..

hehe…Fatin…nak kena berimaginasi tentang apa? apa-apa pun boleh ker :-)

Hehe…satu lagi alasan buat orang yg merokok mempertahankan diri mereka bila disuruh brhenti merokok…

Active Blogger’s last blog post..Ragam Manusia Ketika Marah

rupa2xnya ada aktiviti seharian kita nie boleh merangsang gelombang otak kita nie….bagus la camni….

kisahsensasi’s last blog post..Ratu pondan Thai

Ada banyak lagi. Boleh tunggu post seterusnya. :)
Fatin Pauzi’s last blog post..10 Cara Untuk Gagal Dalam Kehidupan. Terbukti Berkesan!

gua paling best pasal tutup mata tu..

Zzzzzzzzz….alpha

noheartfilin’s last blog post..Kontroversi Blogger

haha. tau sangat tu..

Saya tak pernah try lagi tentang cara-cara nak meningkatan gelombang alpha ni. Nanti nak try lah =)

blinkky’s last blog post..How To Subscribe with Blinkky.com

Hihi. Try je blinkky. Sonok. Best! :D

no 5 tu, imaginasi mmg aku suka. tp bukan imaginasi yg bukan2 .
gelombang minda alpha? oo itu maksudnya. 1st time aku dgr. sebelum ni yg aku tau , alpha lipid je :)
katahill’s last blog post..Komentar Mat Rempit Untuk Blogger

Ko mesti aktif gelombang alpha nih. Suke berimaginasi. :D

Komen aku skarang ini asik xde dalam blog ko nie
adakah komen aku telah direject???
Huhuhuh

KampungBoy’s last blog post..Sayonara Getresponse, Selamat Datang Aweber

Huish, ye ke, KB. Aku tak pernah reject komen sape2 tau. :( masalah teknikal kot. Nanti aku check.

Fatin Pauzi’s last blog post..10 Cara Untuk Gagal Dalam Kehidupan. Terbukti Berkesan!

tips yang menarik..lawa blog..hehehehe

Thanks! Huhu.

gelombang minda alpha? ehm…

abrablog’s last blog post..30 Top Blog’s Main Income: Make Money with Advertising Banners

Nak bermeditasi kena tempat yang betul. kalau belakang rumah ni alamat, bau tahi ayam je.. camne??

zool’s last blog post..Asam Jawa

Betul sangat tu. :P
Fatin Pauzi’s last blog post..Terbongkar! Teknik Manipulasi Kewangan Di Malaysia!

apekah kesan gelombang minda alpha pas baca Quran plak?? :)

Sunat untuk kite mngalunkan ayat Al-Quran dengan baik. Erm, mungkin alunan ayat Al-Quran terapi yang baik untuk menenangkan fikiran. Sebab masa bace Al-Quran, perasaan khusyuk tu timbul, kita fokus. Sama macam meditasi. Ni hanya pendapat saya. Well, saya bukan pakar dalam bidang ni. Saya hanya menyampaikan apa yang saya kaji dan dapat dari luar. :)

Salam,

Satu maklumat yang baik yang saling berkait rapat dgn kehidupan seharian kita. TQVM

Thanks! Stay untuk post2 seterusnya. :)

Tak sangka ya menonton televisyen pun boleh menyemarakkan alpha kita.Kalau camtu aku nak tengok tv kerap2 lah.

rbc’s last blog post..Bagaimana Membuka PDF Yang Di Kunci

Sebab tu la lama2, tv tgk kite.:P

yeah tak sia2 tgk tv huhuhu

huhu..rs nk ketenangan je, leh tgk tv.:P

kite boleh jadi manusia super pada masa tertentu dgn kuasa minda. malah aku sendiri pernah secara x sengaja. masa form 5 kuat ponteng prep. one day pengetua cari bilik ke bilik. punya la cuak gile sampai lompat dari tingkap blkg tingkat 3 asrama, phtu pecut gi kelas. x sedar ape aku wt. tp lepas kes tu, aku usha balik. boleh pecah kepala kalu lompat dari tngkat 3 bangunan asrama

ubey’s last blog post..Rebel

perh…berani mati betul…nasib aik aku tmasuk dalam golongan yg agak skema :-)
Active Blogger’s last blog post..Cara Mudah Untuk Menjadi Popular

Wah! Tu pecutan andrenaline tu. Memang la, sebenarnya, minda kita leh bertindak luar biasa tapi kita je yang tak tau.

Fatin Pauzi’s last blog post..Peringatan Terhormat Kepada Ahli Ads4bucks

hoho. tu la. teringat buku HM Tuah. Membina Imaginasi Cemerlang kot. if ak x slh. die ad cite ttg ni

ubey’s last blog post..Life as a first poster…

yeah
begitu hebatnya ciptaaan Allah

loq’s last blog post..Cuti Sekolah Tiba…Nak buat ape ye?

Terima kasih untuk info yang berguna nie. wow, tengok tv pon boley tingkatkan gelombang minda? menarik : )

aiereast’s last blog post..Aiereast Is Back!!! : )

thanks for info.. hppy sunday :)

Hepi sunday 2 u 2! :)

Betul tu, setiap orang mempunyai aura gelombang yang hebat iaitu kelebihan yang mungkin tidak ada pada orang lain. Boleh dikaji dan diolah serta sebaliknya.

Muhd Suhaily’s last blog post..Scammer masih berleluasa

Salam.

Saya pernah baca artikel yg menyatakan kekuatan otak dapat sembuhkan penyakit kenser dan tumor
(kisah benar)

hebat woo gelombang otak ni

Hidet’s last blog post..5 DON’TS when you are sleeping.

Owh, ye ke? This is one of a great information ni. Thanks for sharing. :)

kalau macamtu kita pakai otak untuk semua perkara.. ada tak buat benda tak pakai otak

Terima kasih,main minda main.
Selembut sutera kebenaran mencari ketenangan,kekuatan dan kedamaian.
KEEN TO ALPHA WAVE KNOWLEDGE - LET’S SHARED.

KURSUS SEHARI GELOMBANG MINDA SUPER SEDAR
PENCERAMAH: DR AZHAR, PAKAR TERAPI
TEMAPT: DEWAN SEEDS, SENAI
TARIKH : 31 OKT 2009
WAKTU : 9AM - 5 PM
YURAN : RM 250 (TERMASUK SARAPAN, MAKAN TENGAHARI & MINUM PTG)

TEMPAT TERHAD MAKSIMUM 50 PESERTA SAHAJA

DAPATKAN HARGA PROMOSI UNTUK 10 PESERTA TERAWAL!

HUBUNGI : CIK MARENE MOHAMMAD
0137475713/ 07-5513133

Artikel ni mcm sy pnah baca kt tempat lain tapi dlm English. Ni artikel ori atau translate?

saya tak tahu guna bagaimana ya

Nasha tak tahu apa tu ek?

salam..nk thu dari mana dpatnya info2 glmbg2 otak ni…tq

Nyatakan Pendapat Anda: