Salammualaik kepada pengunjung blog saya…
Bermula jam 12 tengah malam pada 28 Mac 2009, genaplah sudah umur saya masuk 21 tahun. Ala…baru 21 tahun ke? Huhu. Seperti yang saya katakan pada post pertama saya sempena tahun baru 2009, saya hanya akan menetapkan azam baru pada hari lahir saya, bukan pada 1 Januari pada setiap tahun. Bagi saya, pada hari lahir sayalah bermulanya kehidupan yang baru, semangat yang lebih baru dan mind set yang sangat baru! Kuasa minda itu penting! Itulah yang sentiasa ditekankan oleh Majalah IM.
Azam baru yang saya tetapkan pada kali ini lebih kepada perniagaan yang saya miliki. Ia termasuk untuk jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Semua perkara tersebut adalah penting kerana saya ingin memastikan saya benar-benar mempunyai target yang jelas dan target tersebut mestilah apa yang saya mampu capai dan saya akan pastikannya tercapai!
Dan buat masa ini, bagi jangka masa pendek tersebut, ia hampir tercapai dalam masa beberapa hari lagi. InsyaAllah, jangka masa sederhana dan panjang pula bakal menyusul… Mungkin ia sedikit sebanyak dapat memberikan anda gambaran bagi yang masih kabur dalam menentukan target kehidupan anda sendiri.
Manakala, bagi kedai online saya, saya memberi nafas baru supaya semangat pelanggan saya juga semakin ‘meriah’ dan bersemangat untuk membeli di kedai saya. Haha. Wanita eMall sudah berwajah baru. Dan saya, sebagai pemilik Wanita eMall, ingin memberikan diskaun ‘besar-besaran’ di kedai saya. Diskaun ini hanya sah sehingga 5 April 2009 sahaja. Walaubagaimanapun, setiap produk mempunyai nilai diskaun yang berlainan. Jadi, anda boleh rujuk maklumat jumlah diskaun yang saya berikan mengikut jenis produk melalui senarai di bawah:
- Koleksi Gelang Wanita : Diskaun 5%
- Koleksi Kerongsang Wanita : Diskaun 5%
- Koleksi Sutera Wanita : Diskaun 5%
- Koleksi Lingerie : Diskaun 5%
- Koleksi Rantai & Loket Wanita : Diskaun 5%
- Koleksi Ebook : Diskaun 20%
Mungkin diskaun yang diberikan tidak terlalu banyak dan hadiah tersebut masih tidak seberapa walaupun saya tidak mendapat sebarang keuntungan pada kali ini, tetapi saya amat berpuas hati kerana dapat memberikan sesuatu yang saya sendiri susah nak lepaskan. Huhu. Oleh itu, nikmatilah diskaun yang diberikan dengan sebaiknya. Grab this chance now!
p/s: Kepada sepupu saya, teman tapi mesra yang saya sayangi, housemate (Kak Aziah, Kak Azimah sahaja :P), rakan-rakan chatting, terima kasih kerana menggembirakan saya di hari lahir saya. Saya sangat menghargainya.







salam, fatin, sorry ye lambat wish. tapi nak wish jugak ‘happy birthday’. koleksi e-book tu , klu beli semua ada diskaun lg x?
muda lagi upenye… dasat kedai ni. macam2 jual utk wanita ye…
nk free bleh x?
Selamat Hari Lahir….
Semoga panjang umur murah rezeki.
Ucapan standard jer. hadiah takde kih3
@mohd fazrul : Tak pe, fazrul. It’s ok. Mesti la ade diskaun lagi. huhu. Sila la order yerk!
@j_hafiz : Dasat ek? hehe
@Een : Ko nak free Een? Ko kene anta aku gi klang esok! haha.
@Xplor : Huhu. Standet pun da ok per. Thanks!
Sorry lambat ucap selamat hari lahir.Bagaimanapun saya nak juga menyanyi utk Fatin..”Happy berthday to you…happy birthday to you…happy birthday to Fatin…happy birthday to youuuuu…..SEMOGA BERJAYA DENGAN WANITA EMAIL FATIN
Wah..terharunya. Ade orang nyanyikan lagu utk fatin. huhu. Thanks rbc! Really appreciate it. Ni nak bagi banyak diskaun lagi ni. huhu.
Aku pun nak wish jugak…wa akhirnya dah cukup umur jugak Fatin Tahniah…
Gud luck. Selamat Hari Lahir
Hehe…Fatin dah tua lagi setahun…Tak apa hati lahir aku lambat lagi __hb 10 2009 nanti…genap 22 tahun
@KampungBoy : Thanks KampungBoy!
@Unactive : Huish, lambat lagi tu. sabor ye. kejap agi tua la tu. huhu
[...] baru yang sepatutnya ditetapkan pada 1 Januari setiap tahun, sebaliknya saya menetapkannya pada hari lahir saya, begitu juga dengan Hari Ibu. Hari Ibu yang sepatutnya disambut pada 11 Mei tetapi saya akan [...]