http://blog.wanitaemall.com

‘Hyperfocus’ Dengan Gelombang Minda Theta

25

Assalamualaikum…

Sebelum ini, saya sudah menerangkan kepada anda mengenai Gelombang Minda Alpha dan Beta. Jadi, pada kali ini, saya akan menerangkan mengenai gelombang minda yang seterusnya iaitu Gelombang Minda Theta.

Gelombang Minda Theta merupakan gelombang minda yang kedua perlahan daripada kelima-lima jenis gelombang minda yang terdapat di dalam otak seseorang manusia. Frekuensinya adalah di antara 4 Hz - 7 Hz. Ia merupakan peringkat awal bagi memulakan proses tidur ataupun mimpi. Jadi, gelombang ini mewujudkan minda separa sedar di dalam otak kita. Kita lebih mudah dikuasai oleh gelombang minda theta ketika kita tidak terlalu fokus.

Kelebihan mengalami gelombang minda theta :

  • Mengalami ketenangan yang mendalam - Gelombang minda theta tidak akan hadir ketika anda berada dalam keadaan sedar. Walaubagaimanpun, bagi kanak-kanak, mereka adalah dominan gelombang minda jenis ini yang menyebabkan mereka kurang stress dan merasa bebas.
  • Gerak hati - Ketika mengalami gelombang minda theta, gerak hati anda adalah lebih berkesan ketika membuat sebarang keputusan.
  • Mengurangkan kebimbangan, tekanan dan kegilaan - Peningkatan gelombang minda theta akan memperlahankan kelajuan pemikiran anda dan membuatkan anda berasa lebih tenang dan selesa.
  • Meningkatkan sistem imunisasi - Kehadiran gelombang minda theta dikatakan dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan kecergasan. Oleh kerana itu, ia sekaligus dapat meningkatkan tahap sistem imunisasi seseorang.
  • Kebolehan untuk ‘hyperfocus’ - Kebolehan ‘hyperfocus’ ialah kebolehan untuk mencapai tahap tumpuan yang amat tinggi dan bermotivasi dengan satu idea.

Masalah yang akan timbul sekiranya otak kita mengalami gelombang minda theta yang berlebihan :

  • Terlalu banyak berangan
  • Kemurungan
  • Sentiasa Mengantuk
  • Kurang keseronokan
  • Desakan yang keterlaluan
  • ‘Hyperactivity’

Cara terbaik untuk meningkatkan gelombang minda theta di dalam otak anda :

Cara kurang sihat dalam meningkatkan gelombang minda theta di dalam otak kita :

  • ‘Ponteng’ waktu tidur
  • Pengambilan ubat penenang
  • Meminum Alkohol

Dalam kelima-lima jenis gelombang minda yang terdapat di dalam otak kita, saya paling menyukai gelombang ini kerana gelombang ini juga merupakan jambatan di antara dunia nyata dan dunia roh. Dengan kelebihan ini, saya dapat berinteraksi dengan diri saya sendiri tetapi secara lebih mendalam dan saya gunakan sebagai salah satu cara untuk saya membuat keputusan yang sukar dalam hidup saya selain daripada solat sunat istikharah, berdoa kepada Allah dan sebagainya. Pada waktu ini, saya akan mencapai ketenangan yang maksimum, yang mungkin anda sendiri tidak dapat bayangkan. ;)

Jadi, adakah ini merupakan pertama kali dalam hidup anda mendengar mengenai Gelombang Minda Theta? Atau adakah anda pernah cuba untuk mencapai tahap gelombang ini? Ceritakan pengalaman anda bersama saya. :)

Tidak Mahu Terlepas Post Seterusnya? Sila Masukkan Email Anda Di Sini :

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (25)

Salam Fatin,

Akak tak pasti akak memiliki gelombang theta atau tidak. Tapi rasa tak mencapai lagi kot.

Biasanya, jika ingin membuat sesuatu keputusan, akak lebih suka memilih gerak hati yang pertama. Dan akak lebih suka berada dalam situasi yang tenang sebelum membuat keputusan. Perlu berfikir secara mendalam terlebih dahulu.
Tapi, gelombang minda theta ni ia perlu separuh sedar ke ek?

Satu tips akak dapat untuk menegur anak amat sesuai rasanya dikategorikan kepada gelombang minda theta la kot sbb tips tu menyarankan kita menasihatkan dan berkata-kata perkara yang baik2 utk anak ketika mereka di peringkat awal proses tidur dan mimpi. Dgn cara itu, mereka lebih fokus dan dapat menerima apa yang kita cakapkan. Lebih berkesan daripada ketika mereka betul2 sedar.

Setiap kali akak dalam proses awal nak tidur, akak akan mengalami gelombang minda theta.

Dan bile buat keputusan dalam keadaan tenang, ia juga lebih cenderung kepada gerak hati, jadi masa tu la wujud gelombang minda theta.

Satu lagi tips yang bagus dari Kak Nozi. Thanks kak. ;)

Assalamualaikum. Maknanya dalam keadaan tengah mamai tu termasuk dalam Gelombang Theta la yek? Kalau dengar muzik tu bagus jugak untuk tingkatkan gelombang. Tapi cuba terapi dengar zikir lebih baik dalam meningkatkan gelombang minda.

menarik sekali info ni….suka juga berangan sebelum tido, esp berangan nak jadi kaya raya

Hehe. You are the master of your fate, the captain of your soul because you have the power to control your thought. ;)

Kalau asyik tido lewat or kurang tidor…maknanya tak bagus la nie ek…

Erm, sangat tak bagus.

Salam Fatin..

Sebab tulah Allah S.W.T suruh kita sujud menyembahNya 5 kali sehari..Untuk dapat ketenangan dan untuk stabilkan gelombang minda manusia..

satu post yang menarik..

keep it up fatin!

W’slm. Erm, betul pe awk cakap tu. Sujud juga dikatakan salah satu senaman yang dapat mencapai ketenangan sebab dalam otak kita ni, ada satu saluran yang tidak dimasuki darah langsung, kecuali jika kita bersujud. So, jika saluran ni dipenuhi darah, kita akan mencapai satu titik ketenangan.

Well, a good feedback from you. All the best to you too. ;)

Menarik! Menarik theme blog ni. Saya baru nak set up blog dotcom and theme ni adalah dalam list. Adik dah rembat dulu eh:-)

Mungkin ramai dah tahu kot, waktu paling tenang seorang manusia (mengikut kajian UKM), ialah sewaktu sujud, berdiri lepas rukuk dan sewaktu tomakninah antara pergerakan solat.

Dengan menggunakan alat EEG, beberapa pensyarah UKM buat kajian atas orang solat. Seorang daripada pensyarah yang wat kajian tu adalah non muslim. EEG boleh ukur gelombang otak, macam yang Fatin cite ni la.

Erm, terlebih sudah bah’

Tak terlebih la, Ustaz. Maklumat baru ape tu. Thanks for sharing. ;)

Maaf ya. Sebenarnya kajian oleh Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Perubatan UM. Boleh baca lanjut dalam risalah yang pernah saya sediakan dan edarkan di surau2 tempat saya memberi kuliah mingguan.

(Boleh download risalah tersebut dari link di bawah)

http://www.ziddu.com/download/7025179/RisalahOrangBukanIslamMenemuiKeajaibanSolat.pdf.html

Ps: sebenarnya saya tidak selesa gunakan ziddu ni coz banyak iklan menjolok mata. Maaf ya.

Owh, ok. Thanks for the info, Ustaz. ;)

terima kasih… bukan kajian dr UM ke, tah la ada beli n bc gak buku tu, tp tlis dr um
~just kongsi pndapat~

Salam Fatin…

Satu kajian yang menarik…
Mungkin saya ni menghidapi gelombang minda theta yg berlebihan, harap dpt praktik tip yg awak beri utk mengatasi masalah ni..

terima kasih fatin

W’slm.. Erm, kalau berlebihan boleh hilang fokus tu. Cube kurangkan ye, En Anuar. ;) Thanks for visiting my blog.

salam….sya rsa d sume msalah ni yg berlebihan la….
sume tu kna ngan sya

W’slm K’un. Saya rasa awak perlu cuba mengubah gelombang minda awk kepada gelombang minda beta, iaitu gelombang normal.

http://blog.wanitaemall.com/bersikap-normal-dengan-gelombang-minda-beta

K’un leh dapatkan cara2 meningkatkan gelombang minda beta melalui link di atas.

selalu ponteng tidur ni apa cerita ni, sukar tidur bila terminum tongkat pak ali. Maknanya gelombang tongkat ali salah satu cara untuk meningkatkan gelombang minda theta la ya :-)

assalamualaikum..saudari ni doctor k?
artikel cmni sy dh penah baca and bnyk gk tahu pasal bende ni..cume nk tnya pasal “brain entrainment”, boleh k?

W’slm. Tak de la Abdul Muizz. Say bukan doktor tapi saya banyak baca dan study sal gelombang minda ni. InsyaAllah, boleh. Saya akan jawab setakat mana yang saya tahu. :)

maaf sbb xde rujukan, tp just nk tnya la..kt laptop sy n phone ade la software psl brain wave ni..cth klu sy nk focus, so sy pasang yg high freq, klu nk tido sy pasng yg low freq,..masalh skrg jd terbalik..bila high freq jd ngntok..nape eh agak nya? thx alot..

Boleh saya tahu, awak pasti high tu pada frekuensi? Bukan pada amplitud? Saya rasa high pada amplitud tu. kan?

erm bukan amplitude..comfirm frequency..sbb bile time gap die kecil antara 1 cycle, jd freq die high..

Abdul Muizz, maaf saya lambat reply. Busy skit. :P
Erm, kalau macam tu, saya tak berapa pasti.

Yang boleh saya simpulkan, gelombang minda yang paling tinggi frekuensi ialah gelombang minda Gamma. Gelombang ni merupakan gelombang optimum untuk otak kita berfungsi.

Manakala, gelombang minda paling rendah frekuensi ialah gelombang minda Delta. Bila kita mengalami gelombang ni, kita akan berada pada tahap yang orang panggil ‘deepest sleep’.

Jadi, saya tak faham kenapa high frekuensi boleh menyebabkan awak rasa ngantuk. Tak tahu la kalau alat tu perlu digunakan secara songsang. :)

Nyatakan Pendapat Anda: