Assalamualaikum…
Sesungguhnya sebuah pernikahan, perkahwinan dan kehidupan suami isteri itu sangat indah. Amatlah rugi sekiranya sesebuah rumah tangga itu tidak dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Masih ramai lagi di luar sana yang masih tercari-cari jodoh sendiri, tidak dapat berkahwin kerana masalah kewangan, masalah tidak mendapat restu ibubapa dan macam-macam lagi. Oleh itu, bagi yang sudah pun berumah tangga, manfaatkanlah alam ini dengan sebaik mungkin.
Keutuhan rumah tangga memerlukan kerjasama dua pihak, iaitu suami dan juga isteri. Hubungan yang penuh kasih sayang, InsyaAllah, akan kekal selama-lamanya kerana hubungan yang kaya dengan kasih sayang akan membetulkan segala keadaan, segala salah anggap, segala buruk sangka. Dengan kasih sayang, timbulnya kemesraan.

Jadi, di sini, saya akan menceritakan sedikit sebanyak tips kemesraan yang boleh dibangkitkan di antara suami isteri. Tips ini adalah merupakan amalan Nabi kita sendiri, Rasulullah S.A.W. Lebih-lebih lagi, segala perbuatan baginda adalah suatu sunnah. Ganjaran pahala diberikan sekiranya kita mengamalkannya. Betapa romantiknya Rasulullah S.A.W.
- Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Dari Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W dan ‘Aisyah r.a biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan ‘Aisyah r.a, tiba-tiba ‘Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, ‘Mengapa engkau bangkit?’ Jawabnya, ‘Kerana saya haid, wahai Rasulullah.’ Rasulullah berkata, ‘Kalau begitu, pergilah ambil kain dan dekatlah kembali kepadaku.’ Aku pun masuk lalu berselimut bersama beliau” (Hadith Riwayat Sa’id bin Manshur)
- Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra
Rasulullah S.A.W biasa memicit hidung ‘Aisyah jika beliau marah dan baginda berkata, “Wahai ‘Uwaisy, bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” ( Hadith Riwayat Ibnu Sunni)
- Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah S.A.W di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Bila darahku menitis ke atas tikar itu, beliau mencuci bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda solat di tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Bila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci di bahagian yang terkena darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun solat di atas tiakr itu.” (Hadith Riwayat Nasa’i)

- Segera menemui isteri jika tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi S.A.W pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lalu baginda tumpahkan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita, kalau mengadap, ia mengadap dalam rupa syaitan….Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)
- Tidur di pangkuan isteri
Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Nabi S.A.W biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)
- Memanggil isteri dengan kata-kata mesra
Rasulullah S.A.W biasa memanggil ‘Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti ‘Aisy dan Humaira (pipi merah delima).
- Meminta isteri meminyaki badan
Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah S.A.W pada Hari Raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jumrah ‘aqabah.” (Hadith Riwayat Ibnu ‘Asakir)
- Membelai isteri
“Adalah Rasulullah S.A.W tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Beliau menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu beliau bermalam di tempatnya.” (Hadith Riwayat Ahmad)
- Mencium isteri
Dari ‘Aisyah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W baisa mencium isterinya setelah wudhu’, kemudian beliau solat dan tidak mengulangi wudhu’nya.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)
Dari Hafsah, puteri ‘Umar r.a, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W biasa mencium isterinya sekalipun sedang puasa.” (Hadith Riwayat Ahmad)
Hurm, bila nak saya nak dikahwinkan ni? Biar romantik macam Rasulullah S.A.W.







camat pose
Selamat menjalankan ibadah pose.
tido satu selimut yg best tue..huhuhu
Hehe.betul tu.tapi,mandi sama lagi best.hehe.wink2!
assalamualaikum…..
indahnya perkahwinan…
romantiknya Rasulullah…sama mcam husband i…hehe
W’slm. Yup, sunnah Rasulullah tu banyak kebaikan jika diamalkan. Bertuah Alisya dapat husband mcm tu.
Indahnya perkahwinan!
Kawin la cepat2..
memang romantik
Kadangkala isteri fikir suami tak serius ketikamana cuba mendinginkan kemarahan mereka dengan mesra.. hehe.. tips yang bagus.. rasanya ada satu sahaja yang diatas belum dibuat dari tips diatas.
Untuk kerukunan rumahtangga suami isteri perlulah titik beratkan soal peranan masing-masing dan sebolehnya elaklah terlalu memikirkan tentang hak.
Herm, saya pun pikir camtu. Sebenarnya, that’s the case. Lepas ni tak pikir camtu lagi la… huhu.
segera2lah kawen fatin hehe.
kita selalunya nak cpt kawen..
tp kdg2 hasrat kita tak difahami org lain..
hatta org terdekat termasuk family.
Yup2! Tu setuju sangat. Ish, memang kena la, Amirez.
Sesungguhnya alam perkahwinan (yang sah) amat indah…perkara paling penting dalam perkahwinan adalah tolak ansur dan kerjasama
..errr salam sekali lagi….teman suka tgk comment style blog ni, guna plugin apa ek? atau dah built in dalam Maroonking theme?
Memang laready built in. Tapi, leh je download plugin ni kat sini : http://wordpress.org/extend/plugins/wordpress-thread-comment/
wah, rasa macam nak kahwin lah pulak. haha
lama tak masuk sini.. ekeke.. erm bestnya tgk kisah Rasullullah atas tu.. tak sabo nak tawen.. ekekekeke..
da.. da… g kawen nu fatin ooii.. hehe..
huhu,,fatin kasi ur name on twitter again..thanx..hu3..
syringa28.
hai Fatin Pauzi
semalam tak sempat berbual byk.Kill Vearn je conquer semua awek2 Negaraku
KV memang. Sume awek dia nak kebas. (hehe. Jgn marah, KV). Salam kenal, Cyberfly. Keep in touch neh.
hehe nasib aku sempat..duk sebelah dia jer..tak sempat nak wat road show pasal nokia tu semalam..hahaha..bateri kong…ok dah add twitter
Tu la. Tengah cekedaut ur blog nak tengok tutorial install sume yang best2 sal software enfon ko tu. huhu.
tido dlm selimut?..almak lenguh betul nak merangkak..
kene beli selimut besa2 ni..sy nak berdiri dlam selimut…
Erk, kamu tido sambil berdiri ke ek?
indahnya perkahwinan… coz u can hv sex with ur mate all the times halal way.. weee~
Weee~
As Salam Fatin,
Sekarang dah tahu nikmat alam perkahwinan.Kalau dah ada partner,jangan ditangguh2 lagi.
Bila ada pasangan,dialah teman suka duka,kekasih hati,tempat kita berkongsi segala-galanya.
Jika kita memahami erti perkahwinan dan bukan sekadar memuaskan nafsu sahaja,pasti hubungan kita makin erat. Kebanyakan orang masa bercinta kemain lagi,bila dah kahwin hilang nikmat. Itu kerana dia belum faham erti perkahwinan.
Selamat Berpuasa.
Well said, Kak Nozi. Tak de nasihat yang lebih berguna selain daripada orang yang berpengalaman.
hehe..bagus nih. Banyak menda dah tahu..
Fatin…
ko ni tulisan ko hebat…
tapi ko belum jugak kawen2…
tulisan macam dah lame kawen jek…
anyway, info yang cemerlang…
Hehe. Persediaan tu penting.
kalo laa pasangan artis bace nih, mesti dok cerai berai… dok gitu cik fatin…
Huhu. InsyaAllah…
Esok jugak aku kahwin…!
p/s: ehhh.. apa aku cakap nih? nak kahwin dengan siapa pulak?
Ijad, sape lagi kalau bukan Nora Danish. Jgn lupe tu….:D
Assalamualaikum fatin. Wah posting yang menarik dan tertarik untuk saya meninggalkan komen.
Dikisahkan, ada seorang yang selalu berimaginasi untuk memikat seseorang yang cantik rupawan, jadi igauan sang teruna kebanyakan…
Begitu lama dia terus mencari dan mencari sehingga akhirnya umur banyaklah sudah…Maka hampir berputus asalah dia untuk memburu impiannya memiliki puteri idaman…
Namun, suratan takdir adalah sebaliknya, benarlah apa yang dikhabarkan oleh peribahasa Melayu…
Asam di di darat , garam di laut, dalam kuali bertemu jua..
Akhirnya jodoh datang bertandang, walau bukan pilihan hati. Namun kebahagiaan kian mekar, bila mengikut sunnah nabi..
itulah cebisan cerita saya, ceria untuk dikongsi bersama, dari “diari seorang pemburu impian”
Tertarik saya dengan penutup posting di atas,
“Hurm, bila nak saya nak dikahwinkan ni? Biar romantik macam Rasulullah S.A.W”
Ehem!….tidakkan lari gunung dikejar, tunggulah saja tibanya nanti. Jodoh rezeki aturan Tuhan, tidak terlambat walau sesaat, tidak tercepat walau sedetik…
Fatin, jemput singgah blog dan mohon tuliskan pada ruangan “idea & impian”. Saya sedang mengumpulkan komuniti “pemburu impian”. Moga kita dapat saling bekerjasama dan memotivasi untuk menjadikan impian satu kenyataan.
Singgah ye fatin bila ada kelapangan..
Jemputan ini juga untuk semua peminat blog ini.
Salam ceria, salam inspirasi
Selamat menghidupkan Ramadhan.
Assalamualaikum
Thanks for sharing it.
Lamanya tak update..
Dah dpt kad raya tak???
Kalau rajin singgah blog ni..
http://bloggeruitm.blogspot.com
aku buat perubahan sikit sebanyak
Da dapat, Zool. Thanks!
Hmmm…bila la bleh kawin ni =)
ehm..aku rasa ko kene kahwin cepat nih..
Haha. Aku pun rasa camtu.
hahaha…stuju dgn titan!!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…
MAAF ZAHIR BATIN…
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir dan Batin..
Salam Lebaran dan Maaf Zahir & Batin.
Sebuah perkhawinan boleh dibina melalui pertemuan 2 pasang mata, persefahaman dibina melalui hati budi maka pertalian dibina melalui dua keluarga yang memahami, mengenali antara satu sama lain. Mudah dan susahnya pertalian dibina disebabkan hikmahnya yang tersendiri dan sesungguhnya ianya boleh dijadikan sebagai pengajaran dan pengalaman menuju kealam perkhawinan yang sejati.
Antara suami dan isteri, persefahaman disamping kesabaran kedua-dua pihak amat memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan satu keluarga yang harmoni. Tanggungjawab yang berat apabila lahirnya cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama ini, maka dengan itu ibubapa harus mendidik anak-anak kearah pembangunan rohani, jasmani dan ilmiah agar generasi ini akan mempunyai nilai murni yang tinggi. Tiba masanya ibubapa harus mendidik dan membina watak anak-anak agar menjadi manusia yang berguna dan cemerlang pada generasi yang akan datang.
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir dan Batin.
hmm..
bestnye kahwin, rasa macam nak tabah lagi
Nak tambah lagi? Huhu. Ni yang den tak berape gemor ni. haha
Huhu……. really make me want to marry right now….
X sabar da nih :p
Herm, da bau nasi minyak nih. huhu
Tips ni kalau diamalkan semuanya…akan kekal lah rumahtangga sampai akhir hayat.
perghhh..komen terpanjang dalam blog ni rasanya…cerita je bab ni, komen terus penuh masuk..hehe..biasalah cerita hot..semoga tuan tanah berjumpa lelaki yang baik..insyallah
Thanks. Semoga awak pun begitu juge..
Biasa la tu bro…….. hehe……. Perkahwinan itu antara syurga dunia yang digalakkan dalam Islam, kadang2 tu sampai satu tahap ianya di wajibkan terus
Islam memang Indah
salam fatin,
thnx utk info nie…
bgus utk yg dah kawen, n yg belum kawen mcm sya..
haha~
W’slm. Sme2.
9 tip yg bagus, siap support dgn dalil & hadis, sesuai sbg panduan utk sesiapa yg akan dan telah berkahwin
a’kum…hi faten..awk masih single lg ehh…bley sy berkenalan dgn awk…
W’slm. Haha. Boleh jadi ruang berkenalan kat sini lak ye. Sesama umat Islam, nak kenal tu, tak de masalah. Selalu la berkunjung ke blog saya ni ye.
hi faten…tq sudi kwn dgn sy..sy akan selalu mendekati blog awk ni..hihi..
haha. okeh. beres bos!
Alamakkk! ketika saya baca post ni memang baru lepas keluar dari tido dalam satu selimut td…. Memang best giler. Nak pegi sambung balik laaa…. Lalaalaalaa…..!
Sunah tu, En. Jimie. Sambung la balik.
haih..bila la nak boleh kawen nih?x sabar plak rasanya..hohohoho..
Tau takpe. hehe
bagus…idea yang agak bernas….