http://blog.wanitaemall.com

Kemaskini Perancangan Hidup Anda

16

Assalamualaikum…

Kehidupan tanpa perancangan, orang cakap seolah-olah sebuah kehidupan yang tak berguna. Kehidupan macam tu seolah-olah hanya hidup semata-mata, hanya membiarkan apa yang masa tentukan, tanpa ada sebarang usaha untuk meningkatkan taraf kehidupan walaupun hidup individu tersebut ada naik turun. Bukan ingin menggalakkan seseorang untuk tidak bersyukur dengan apa yang ada, tetapi hidup perlu ada matlamat dan perancangan agar apa yang tidak baik menjadi lebih baik. Dan ia adalah semangat hijrah dalam hidup manusia. :)

Saya mendapat tag dari rakan blogger saya atau rakan dari krew Majalah IM, Waida, yang bertanyakan mengenai ‘Bagaimana dengan perancangan anda?’ Hurm, mengenai perancangan saya, saya sudah pun mengemaskini di blog personal saya. :P

Target 2009

+ Buat Personal Blog From Blogspot
+ Mula Wat Bisnes Card
+ Autodownline Team FP Network
+ Wanita eMall Transformation
+ Launch Ebook Percuma Perniagaan Networking
+ Apply PBDC
+ Teruskan Projek Untuk Produk Sendiri
+ Launch & Mulakan Jualan Produk Sendiri

+ Perkemaskan Segala Liabiliti Yang Perlu
+ Apply Overdraft
+ MyVi SE/Honda Jazz/Nissan Skyline On the Way!!!

Perancangan atau sasaran saya untuk tahun 2009 telah pun berjaya direalisasikan untuk 3 perkara yang telah dirancang. Alhamdulillah. Saya sempat buat blog personal berplatformkan Blogspot, saya sudah berjaya membuat business card saya sendiri dan saya juga berjaya menyediakan web promosi dan link affiliate untuk kemudahan promosi ahli-ahli Team FP Network, iaitu team network saya dalam Ads4bucks. :)

Seterusnya, saya bercadang untuk melakukan perubahan besar-besaran di Wanita eMall setelah Niagakit V2 dilancarkan. Saya ingin fokus kepada satu produk sahaja dan produk tersebut masih dalam pemilihan. Manakala, saya juga akan melancarkan ebook percuma saya mengenai perniagaan networking, 7 Penipuan Terhebat Dalam Perniagaan Networking setelah saya kurang sibuk dan sempat untuk setup autoresponder dan sebagainya.

Herm, banyak yang ingin diceritakan mengenai target saya untuk tahun ini. Saya berasa sangat teruja kalau bercakap mengenai perancangan ni sebab saya suka berkongsi dan dengan perkongsian ni saya akan mendapat semangat baru untuk terus berjaya menggapai impian saya. :D

Dengan ini, saya tag 5 orang rakan blogger saya dengan persoalan ini :

Apakah perancangan anda dalam masa 2 tahun akan datang?

Kak Nozi, Titan, Blinkky, Active Blogger, Fazreen

Kita dengar apa pulak perancangan mereka. :P

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (16)

Salam Fatin,

Tahniah kerana telah mencapai 3 target dalam tahun ini. Itu sudah memberangsangkan. Jika kita rajin berusaha,insyaAllah akan berjaya. Akak sokong usaha Fatin dari belakang. Buktikan yang kita boleh!.

Hidup tanpa matlamat memang cepat membosankan.Tapi matlamat di akhirat pun jangan ketinggalan. ;) Kena seimbang. Namun,kita juga pasti tau bahawa usaha yang baik itu amat digalakkan.Tidak salah pun.Asalkan menepati apa yang diajarkan agama kita. Buat bisnes memang bagus dan perlu ada.Tidak kiralah kecil atau besar.

Tahniah sekali lagi. Semoga sentiasa sukses! :)

Thanks, kak! Arap akak pun berjaya dalam sume bidang yang akak wat. Good Luck! ;)

Baguslah perancangan banyak berjaya..
Apply PBDC
+ Apply Overdraft
menatang apa nie??

Overdraft tu…cam mane nak terang ek? Ala…yang kepoh2 dekat pengurusankewangan.com tu. Huhu. Minimum nak apply sekurang2nya RM 11k.

wah…fatin pun tgk nak wat od gak….masih boleh apply lagi ek :-) hehe…lama tak dgr cite tentang od tu :-)

sy pun baru planning od…hehe dapat buat atau tak…hehe tgk rezeki dulu la kot. income blum maintain lagi la :-)

Assalamualaikum Fatin. Seronok singgah blog ini. Biar muda tapi matang matlamat.

Salam perkenalan dari saya.

Oh ya, jika ada kelapangan sudi berikan komen tentang satu idea baru di blog saya.

Selamat menyambut ramadhan

Singgah ye..

Salam kenal. Thanks sebab singgah.. Salam Ramadhan..

Assalamualaikum. Terima kasih kerana singgah dan beri komen konstruktif.

Kita perlukan 90 orang lagi untuk jadikannya kenyataan.

keep in touch ye..

InsyaAllah…:)

Salam Fathin. Baguslah awak ada perancangan. Sy men redah je. Patutpun idup berserabut :) Lepas ni sy pun nk buat plan baik macam ni jugak. Thanks

Mantra, saya Fatin bukan Fathin. Huhu. Bukan apa, kalau ada perancangan hidup ni, baru ada keje, ada matlamat yang jelas skit. Seronok pe. Huhu.

wah… kena tag dgn fatin… nnt sy balas eh…nasib baik tgh cuti mi sem…sempat la buat satu entri nnt ni :-)

Assalamualaikum fatin.
Moga ceria dan terus tegar mengejar impian

Salam ceria dan selamat berpuasa dari saya

W’slm. Selamat berpuasa 2 u 2.
Salah silap harap dimaafkan.

Perancangan nak kahwin bila pulak?

Nyatakan Pendapat Anda: