http://blog.wanitaemall.com

Kemusnahan blog dan azam tahun baru…

13

Salam saya ucapkan kepada anda semua…

Seperti sedia maklum, genap 1 Januari 2009, kedai dan blog saya sudah hilang dari domainnya. :( Ini disebabkan kecuaian saya sendiri yang tersilap memadam beberapa fail penting ketika sedang mengemaskini kedai dan blog saya. Mungkin ini di antara dugaan yang perlu saya hadapi dalam menuju sasaran yang telah saya tanam sejak menceburikan diri dalam bidang perniagaan internet. Kita tidak boleh cepat melatah dengan dugaan yang diberikan kerana hanya Dia yang mengetahui segala hikmah yang tersirat di sebalik semua kejadian yang telah Dia tetapkan.

Alhamdulillah, sejak saya cuba membina balik Wanita eMall dan Blog Rahsia Wanita, idea dan rezeki datang mencurah-curah dan ramai yang telah memberi sokongan kepada saya untuk sabar dalam menyelesaikan perkara ini. Bukan mudah nak berhadapan dengan benda yang perlu kita buat balik setelah ia bertapak kukuh. Huih…Penat jugak tu. Tapi, Allah Maha Mengetahui segalanya. Mungkin ada silap yang telah saya lakukan dan mungkin juga dugaan ini diberikan untuk menyedarkan saya. Astarghfirullahal’azim…

Walaupun sibuk untuk memulakan semester baru di universiti, saya dapat membahagikan masa yang baik di antara kerja-kerja fakulti dengan perniagaan saya. Dugaan lagi bila rumah sewa yang saya tinggal sekarang ni, kurang coverage 3G…So, faham-faham je la macam mana lembabnya saya kena upload semua gambar produk. :(

Mungkin saya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda semua. Seperti kebiasaannya, bila bercakap mengenai tahun baru, azam baru takkan ketinggalan dalam topik mereka. Jadi, apa azam tahun baru anda semua. Saya? Huhu… Saya ni, pelik sikit. :P Saya akan ’set’kan azam baru saya setelah saya menempuh umur baru. Senang cerita, azam tahun baru saya adalah setiap hari tarikh lahir saya. Jadi, kalau nak tahu azam baru saya, kena tunggu hari lahir saya nanti la, ye! Apa kata anda kongsikan azam baru anda di sini. Mungkin azam anda akan menjadi ilham kepada azam orang lain. Sape tau, kan? :D

Ikhlas,

signature

Sukakan artikel ini? Hantarkan email anda melalui ruang di bawah, sekarang!!

Delivered by FeedBurner

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (13)

Sabo…sabo…
buleh pahale…
tingkatkan usaha…

:D Ye tu…InsyaAllah..semangat gini la yang orang nok dengor ni…hehe. Mekasih…

salam , fatin , jgn risau , empayar pn x di bina dalam satu hari je kn. anyway , thanks 4 ur help.

salam , fatin , harap leh lawat blog sy di http://kursusgaharu.blogspot.com/, klu minat nak tambah pendapatan , leh join.

Huhu..betul tu, Fazrul..Bukan senang nak senang, kan?

Saya dan suami sedang menyiapkan projek untuk membina kedai online untuk diberikan secara percuma kepada peniaga-peniaga internet seperti awak. Designnya adalah sama dengan kedai di http://www.lingere-power.com . cuma ianya lebih canggih lagi. Siap dengan sistem pembayarannya sekali. Insyaallah target kami dalam masa sebulan ianya akan disiapkan. Saya akan jemput awak sebagai peserta nanti. Doakan ianya berjaya.

Love
mrslingerie
http://www.mrslingerieonline.com
http://www.lingerie-power.com
http://mslingerie.ning.com

Great project, mrs! I wish u all the best. :D Terima kasih sebab sudi jemput sy. Thanks a lot!

sabar fatin yerkk…tapi cara bekerja fatin memang besh…

Baiklah, Kak Elly.. Thanks!

[...] sudah umur saya masuk 21 tahun. Ala…baru 21 tahun ke? Huhu. Seperti yang saya katakan pada post pertama saya sempena tahun baru 2009, saya hanya akan menetapkan azam baru pada hari lahir saya, bukan pada 1 Januari pada setiap tahun. [...]

[...] tahu, mesti semua orang tengah pelik dengan tajuk post saya pada kali ini kan? Sebagaimana azam baru yang sepatutnya ditetapkan pada 1 Januari setiap tahun, sebaliknya saya menetapkannya pada hari [...]

selamat tahun baru.. hoho

Haha. ni post setahun yang lepas. ;)

Nyatakan Pendapat Anda: