Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Saya yakin maklumat ini bukan sahaja penting untuk kaum perempuan tetapi kaum lelaki juga patut ambil tahu mengenai perkara ini. Saya juga yakin bahawa tidak ramai wanita yang tahu mengenai perkara ini. Ini adalah kerana kurang pendedahan yang diberikan oleh pakar dan faktor lainnya adalah kerana wanita itu sendiri jarang mengambil berat hal remeh temeh seperti ni. Bagi saya, ia bukan sesuatu perkara yang boleh diambil secara ringan kerana akibat daripada wanita yang mengamalkan jalan terkangkang atau mencapah adalah sangat teruk. Apa akibatnya?
Wanita mempunyai satu organ yang boleh dikatakan agak sensitif. Perasaan, ketulenan dan juga kehebatan seseorang mereka banyak bergantung kepada rahim mereka. Rahim mengawal perasaan atau mood seseorang wanita dengan kehadiran haid pada setiap bulan. Ia juga menentukan tahap kesuburan mereka. Dari aspek lain pula, rahim juga adalah aset yang sangat berharga untuk seorang isteri dalam menjamin kelangsungan sesebuah rumah tangga.
Masih ramai individu di luar sana tidak mengetahui bahawa sekiranya seseorang wanita mengamalkan berjalan secara mencapah atau terkangkang, rahim mereka akan mudah ‘jatuh’. Rahim ‘jatuh’ bermakna rahim tersebut telah beralih tempat dari kedudukan sebenar. Saya tahu ada yang masih terpinga-pinga apabila mendengar tentang perkara ini. Sekiranya rahim tersebut telah ‘jatuh’, kemungkinan organ tersebut akan terkeluar dari vagina mereka adalah tinggi.
Kes ini boleh disamakan dengan kes buasir. Cuma, organ yang terkeluar dan tempat keluarnya sahaja yang berlainan. Sekiranya perkara ini terjadi, saluran vagina akan menjadi sempit dek kerana rahim tersebut. Kecenderungan rahim tersebut untuk buruk dan busuk adalah tinggi. Oleh itu, rahim anda akan rosak dan mungkin akan dibuang atau tidak dapat berfungsi secara optimum lagi. Oleh itu, jangan sekali-kali menganggap hal ini adalah suatu perkara yang boleh diambil ringan dan remeh temeh sahaja.
Sekiranya anda mengetahui dari pakar bahawa rahim anda telah ‘jatuh’, cara yang terbaik untuk memperbetulkannya semula adalah dengan mengurangkan aktiviti yang terlalu berat dan aktif seperti berlari, melompat dan sebagainya sehingga rahim anda berada di tempat yang sepatutnya. Ini adalah kerana rahim tidak disokong oleh apa jua jenis tulang yang terdapat pada bahagian pinggang. Selain itu, mak saudara saya juga menyarankan untuk memanjangkan tempoh ketika anda sedang sujud di dalam solat. Kaedah ini juga dapat memperbetulkan rahim wanita ke kedudukan sebenar. Selain itu, dengan sujud juga anda dapat memperolehi bentuk pinggul yang menarik dan dada yang mantap sekiranya anda sujud dengan betul!
Mungkin ia belum mendapat pengesahan dari mana-mana pakar tetapi hanya yang mengamalkannya sahaja mengetahui ‘khasiat’ di sebalik sujud di dalam solat.








kalau laki jalan terkangkang?
memang pun dari segi fizikal perampuan nampak tak lawa bila jgn terkangkang. lelaki tgk pun lelaki akan lari. tpi setakat ni memang jrg nampak perempuan jln terkangkang-kangkang. melainkan ahli sukan yg terpaksa buat mcm tu. so, kat sini bagaimana tahap bahaya ahli sukan tersebut? tkkn kita nk halang anak perempuan/adik/saudara mara kita dari melakukan aktiviti lasak?
Ngee. Kaum lelaki yang mengetahui, sila jawab soalan tu.
Kalau laki jalan terkangkang… itu masalah masa kecil tak di bedung dng betul hehehe… atau saluran dua biji dia tu dah di masuk angin..
muhahhaha..seram jerk dengar rahim jatuh..kalau pakcik rahim boleh tolong angkat..kalau rahim dalam badan..huhuhu..ngeri wei
haha. tul la tu. Kalau pak cik rahim, leh la nk tlg angkatkan. Seram dowh ngan rahim jatuh ni. huhuh.
bab2 dalam badan ni memang seram la kalau baca hehe..
i sokong tajuk ni..
artikel yang menarik..
ermmm… bru ku tahu apa sebabnya.. so cik kak n cik adik tu.. rapat2 kn ler kaki tu kalu berjalan… jalan ala catwalk tuh… hik3
bagus gak info nih… hah cik abg sme… suh awek2 mu jln kepit k…
Haha. xler smpai kene catwalk.
saya selalu dengar klu pak rahim jatoh tapi klu rahim jatoh barulah hari ni ingin tau sedikit dia jatoh ketanah kah
kalau di buat survey berapa ramai makwe kat Malaysia ni jalan terkangkang boleh lah kita adakan kursus jalan betul atau wat ebook .
Pertama kali baca tentang benda nie. Tapi memang tak elok tengok perempuan jalan mencapah nie…buruk nampaknya. Bila ditegur marah pula tuan punya badan…
Kalau nak kontrol jalan….cuba pakai kimono…sure ok punyeee
@rbc : sile la. Sure laku. Ramai je makwe2 skrg yang jalan terkangkang.
@unactive : Tak pe la die marah. Sekejap je tu. Tapi, aku yakin die org akan ubah slow2.
@Hazman aka species1980 : Wah, tips menarik tu. Hazman ni minat awek jepun je la ek?hehe
Bagus ilmu ko nie…..betl2, orang laki pun kena amik tau gak nie. Tak dapat ujan lebat, dapat tempias pun jadikla……
Huhuhh….kalau yang gurl kuat bersukan pun da potensi gak kan???
Walaupun rahim tu satu jenis organ yang sama, tetapi setiap orang mempunyai jenis rahim yang berlainan. So,bergantung kepada individu.
… Info yang bagus..
tak tau plak kalau terkangkang byk sangat boleh sebab rahim jatuh…
kadang2 kalu aweks jalan terkangkang ni menarik juge…
asalkan jgn jalan mengiring cukup…
Erk, menarik? tu statement yang menarik tu. Kenape yerk?
kadang2 dia tak sedar kot…
erm, mungkin da terbiasa.
pompuan yg jalan terkangkang skit,mencapah,or biasanya terbuka sikit jalannya..kadang2 maybe sebab dah terbiasa,aktif sport..tapi..biasanya yng dah kawin jalannya terbuka sikit tu…ada yg leh control jalan rapat…walau dah kawin…tu sopan namanya..tapi kalau x kawin pun dah jalan terbuka..hati2 lah..maybe dah xde gadis…orang dulu2 dari cara jalan kita boleh tahu….tapi x boleh main tuduh dan agak..wallahualam..jadi kepada gadis2 semua,wanita bangsa seagama ku..jaga diri baik2..jga badan luar dalam bek2..dan kepada kaum adam juga jaga diri anda sebelum anda nak jaga anak dara orang..
x tahu pulak jalan terkangkang boleh jatuh dari tempat sebenar oh rupe boleh