Salam sejahtera…
Post kali ini mungkin kedengaran berbaur ketidakpuasan hati. Huhu. Betul la tu. Pada kali ini, saya ingin berkongsi sedikit kisah dan pengalaman yang saya alami sendiri. Kisahnya berkenaan dengan tahap promosi seorang ahli perniagaan Multi-Level Marketing (MLM) yang sangat melampau. Kejadian itu berlaku ketika saya dan sepupu saya on the way pulang ke rumah kami dari Jaya Jusco Klang dan perkara itu berlaku di tempat letak kereta Jaya Jusco Klang.
Setelah masuk ke dalam kereta, ketika sepupu saya ingin mengundurkan kereta untuk mengeluarkannya daripada tempat ‘parking’, sepupu saya terlihat ’stick note’ berwarna kuning dilekatkan pada ’side mirror’ pada sebelah pemandu. Disebabkan stick note itu menghalang pemandangan sepupu saya untuk reverse dan keluar dari tempat parking, dia membuka cermin dan mengambil stick note tersebut. Tetapi, dalam masa yang sama kami agak cuak jugaklah. Lihat apa yang tertulis pada stick note tersebut:
URGENT!!! Sila kol nombor ini, 019 -XXXXXXX dan dengar voicemail!
Kami berdua lagi la cuak. Macam-macam duk teka, muslihat apakah itu? Pada mulanya, sepupu saya keluar untuk melihat kereta. Dia bimbang sekiranya penghantar nota tersebut telah melanggar atau ‘mencederakan’ keretanya. Setelah memastikan semuanya ok je, sepupu saya bercadang untuk menelefon nombor tersebut sahaja. Tetapi, saya mencadangkan untuk keluar dulu dari tempat letak kereta tu. Mana tahu, kalau-kalau selepas kami menelefon nombor tersebut, datang la malaun-malaun mana menyerang kami. Haha. Bila diingatkan balik, lawak betul! Kami pun beredar dari tempat letak kereta tersebut dan keluar dari kawasan Jaya Jusco.
Kemudian, setelah berada agak jauh dari kawasan Jaya Jusco Klang, sepupu saya pun menelefon nombor tersebut. Kami sama-sama dengar as sepupu saya buat ‘loud speaker’. Kami pun berdebar-debar menunggu bunyi ‘calling’ tu berakhir semata-mata untuk mendengar ‘voicemail’. Lastly, apa yang kami dengar dari voicemail?
“Assalamualaikum… Saya Mohamad (nama samaran) ingin memperkenalkan anda, satu bisnes yang dapat menolong anda untuk mengubah kehidupan anda. Memandangkan ekonomi sekarang yang semakin merundum……..”
Begitulah lebih kurang bunyi voicemail tersebut. Reaksi kami berdua setelah mendengar voicemail tersebut, nak marah pun ada, nak gelak pun ada. Pada mulanya, memanglah agak bengang dengan tindakan manusia tersebut. Kami bukan main cuak disebabkan stick note misteri yang tetiba tertulis perkataan urgent dan menyuruh kami menelefon nombor yang kami tak kenal. Stick note tersebut bukan main banyak tanda serunya (!!!!) menunjukkan betul-betul urgent!
Reaksi kedua kami, puas hati gelak. Lawak betul. Konon-kononnya, untuk keselamatan dan takut diserang di tempat letak kereta, kami beredar terlebih dahulu sebelum menelefon nombor tersebut. Ye la. Orang tengah cuak. Safety first! Haha. Macam-macam yang bermain di fikiran kami ketika itu. Sepupu saya masih menyimpan stick note tersebut. Suatu hari nanti, dia pun ingin mengenakan pemilik nombor tersebut. Haha.
Kesimpulannya, kebanyakkan ahli perniagaan yang terlibat dengan MLM sentiasa melakukan promosi yang melampau sehingga sanggup menganggu ketenteraman awam. Kaedah promosi ini dipanggil ‘hard sell’ dan kebiasaannya cara ini lebih mendapatkan banyak rejection daripada orang ramai. Dan, promosi secara ’soft sell’ mungkin lebih beradap dan menjaga peribadi pelanggan seperti membuka booth di mana-mana pasar raya, pemasaran email, sales letter, membina blog dan sebagainya. Sekarang, kongsikan pendapat anda mengenai perkara yang berlaku pada saya yang telah saya ceritakan di atas. Adakah anda pernah melalui pengalaman yang ‘pahit’ ini?







hahaha.. bijak betul mamat tu..
melampau btul org yg buat cm2. btul2 terdesak tu. Xgentle~~
ahaks3~~~~~
ak la tuh kazen ny!
mamat tu bkny bijak..
tp desperate thp gaban…
Haha. tau takpe. sgt bijak.
hahaha..leh masuk ratu lawak ni..
Haa.. itulah sikap insan yg bernama manusia. Mereka akan lakukan apa saja demi untuk mengejar dunia (pulus)Betul kata Fatin… cara yg agak kesar nie org akan secara automatik akan tolak… cubalah cara yg lebih mesra alam….
@Een : Tau tak. Tak gentlekan, Een?
@sepupuaku : Tau takpe. Desperate tahab gaban.
@Nabieel : Ade pertandingan ratu lawak ke sekarang?
@Wek62 : Tau takpe. Memang konfem kene reject.
hahaha…nak kate mamat tu kreatif,kreatif la juge…tp tula..cara tu org lebih malas nak layan …ape2 keselamatan mesti diutamakan…hehe
Mmg skang ni mcm2 jenis marketing depa tibai jerk.teruk tul
Yes. tau takpe. ko mesti tak puas ati sal spamming. Kan, Catz?
Not bad.. So creative..
Walaupun cara tu mengjengkelkan….tapi agak kreatif…
Diakui sangat kreatif, even rasa cam nak apply jugak, tp bile kene atas kepala sendiri, baru rasa cam zzzzz je.
Melampau, terlampau dan “tersangat” lampau
kesian…. agaknye mesti tak dapat ramai pelanggan, tue pasal die buat kaedah cenggitu. Buat orang bengang : )
aiereast’s last blog post..Raihana @ Rihannaidzmi
Huhu. Mungkin salah pilih cara kot.
Nak tengok stick post tu boleh.Nanti boleh lah kita orang spam dia pulak.Heh…heh..heh..
rbc’s last blog post..Rahsia Mudah Membina Squeeze Page
InsyaAllah, nanti saya emailkan kat RBC.
Stick note tu masih ada kat cermin kete sepupu saya. huhu.
Fatin Pauzi’s last blog post..Toner Mata Bagi Segala Jenis Penyakit Mata
Marketing melampau tu..
aq pn pnah tekene..
tym tu aq ngn mbr2 kt cheras..
skli,ttbe sorg mbr ni ckp kwn dye ajak lpak ampang..
kwn dye nak blanje makan..
mbr aq ni ckp r dye kt uma kwn ngn kwn2 yg laen..
yg kwn kpd mbr aq ni ckp..
xp..blh je dye blnje sume..
nk djdkn cte..
ktowg 5 owg naek kete na g ampang…
2 owg g naek moto..
smpai sesat2…cz mmule dye ckp kt ampang indah..then ttbe ckp kt bdr bru ampg…
then,smpi2 je kt sne..
kwn mbr aq ni ckp..
naek r dlu..
jpg mkn..(mse tu da kul 12 am)
aq ngn 2 ag kwn aq da ase ta sdp aty..
ktowg ag myb ni ad kaitan ngn bsnes MLM ni..
diowg pkse gk ktowg naek..
ble naek…
naa ko..
btl2 dtipu..
kmi kne dgr ceramah jam 12-1.30 am..
ui naaa..
sakitnya ht kami..
suda la kmi d atct..
asyik dtnya sja..
habis ja ceramah tu dgan skt htinya kmi balik trus..
pngajarannya..
jganla prcy dgn org yg mau blnja mkn tba2..
suda la rmai lg tuu
Bab yang tu, saya sangat tak suka.
Ajak belanja makan tapi promote business.
Orang yang suka bisnes pun tak rasa nak berbisnes
sekali kalau dah kene macam tu.