Salam saya ucapkan kepada anda semua…
Seperti sedia maklum, genap 1 Januari 2009, kedai dan blog saya sudah hilang dari domainnya.
Ini disebabkan kecuaian saya sendiri yang tersilap memadam beberapa fail penting ketika sedang mengemaskini kedai dan blog saya. Mungkin ini di antara dugaan yang perlu saya hadapi dalam menuju sasaran yang telah saya tanam sejak menceburikan diri dalam bidang perniagaan internet. Kita tidak boleh cepat melatah dengan dugaan yang diberikan kerana hanya Dia yang mengetahui segala hikmah yang tersirat di sebalik semua kejadian yang telah Dia tetapkan.






