http://blog.wanitaemall.com

Pemasaran Viral? Apa dia pemasaran viral?

0

Apabila anda melakukan pembelian terhadap sesuatu barang atau servis dan anda berpuas hati dengan apa yang anda perolehi, adakah anda akan menyebarkan dan menyarankannya kepada rakan-rakan anda? Setelah anda rekemenkan produk atau servis tersebut, bukankah rakan-rakan anda akan membelinya dan memanfaatkannya juga?

Kebiasaannya, kita akan menyatakan kepuasan kita mengenai sesuatu produk atau servis dengan menyebarkannya kepada rakan-rakan dan saudara kita mengenai pengalaman menggunakan produk atau servis tersebut. Sebenarnya, sesetengah daripada mereka akan mencuba produk atau servis yang sama seperti yang anda rekemenkan. Pada dasarnya, kita telah berjaya mengiklan produk melalui penyebaran dari mulut ke mulut tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos untuk mengiklankannya.

Ini hanya pendapat saya mengenai pemasaran viral. Pemasaran viral ialah satu strategi yang menarik orang ramai untuk menyebarkan mesej pemasaran kepada sahabat handai dan saudara mara mereka. Ia dipanggil sedemikian kerana persamaannya dengan sejenis wabak yang sangat mudah tersebar dengan pertumbuhan yang yang rawak dan pantas setiap kali seseorang individu dijangkiti wabak tersebut.

Konsep pemasaran viral yang disebarkan melalui buah mulut orang ramai telah bermula sejak dahulu lagi. Tiada nama spesifik untuk jenis pemasaran ini sehingga pada tahun 1997, Steve Jurvetson telah membahasakan jenis pemasaran ini dengan istilah “pemasaran viral” untuk menerangkan mengenai amalan yang dilakukan di dalam pemasaran Hotmail. Hotmail telah menambah sebuah iklan di dalam setiap mesej yang dihantar dengan menggunakan servis mereka. Apabila penerima email berminat dan klik pada iklan tersebut, ia akan membawa mereka ke laman web Hotmail untuk mereka mendaftarkan diri mereka. Perkara ini akan berlaku secara berterusan di antara penerima email yang lain.

Terdapat beberapa keadah yang boleh diaplikasikan di dalam pemasaran viral. Antaranya ialah :

- Penyebaran Dari Mulut ke Mulut

Cara ini ialah cara yang paling biasa digunakan di dalam pemasaran viral. Laman web yang menggalakkan pengguna mereka untuk menyebarkan kepada orang lain mengenai produk dan servis mereka merupakan salah satu contoh penyebaran dari mulut ke mulut. Walaubagaimanapun, terdapat risiko di sebalik kaedah ini kerana mesej ini boleh dikategorikan sebagai ’spam’. Akibatnya, penting sekali untuk anda tidak meletakkan sebarang perkataan yang melambangkan anda seorang ’spammer’ di bahagian ‘from’ dan ’subject’ di email anda.

- Penggalak Viral

Ini merupakan sebuah teknik pemasaran yang digunakan oleh kebanyakkan syarikat yang mana pengguna penggunanya ditawarkan ganjaran apabila merujuk dan mempromosikan seseorang individu mengenai syarikat mereka. Ia akan menjadi lebih efektif apabila orang yang mempromosikan syarikat tersebut perlu bertindak sesuatu yang drastik untuk mendapatkan ganjaran yang diberi.

- Penyamaran

Viral yang paling sukar untuk dikesan iaitu menyamar untuk menghantar sebuah mesej viral yang diubah seolah-olah sebuah laman yang luar biasa atau berita tanpa menyedari link yang diselit di dalamnya.

- Gosip liar dan desas-desus

Pemasaran ini ialah jenis pemasaran yang biasa digunakan oleh dunia hiburan. Contoh yang terbaik ialah dengan menyebarkan kontroversi yang berbeza seperti gosip perkahwinan, penceraian, yang melibatkan artis dan bintang filem yang masih belum dirungkaikan. Ia seperti pengiklanan dari mulut ke mulut untuk sesebuah movie.

Penyebaran mesej viral boleh diaplikasikan dalam pelbagai cara. Antaranya ialah :

- Email

Email adalah cara yang paling biasa digunakan. Ia berlaku apabila seseorang menghantar mesej seperti mesej yang memberi inspirasi, lawak jenaka, gambabr- gambar pelik dan kelakar yang mengiklankan produk tertentu atau servis.

- Instant Messaging

Orang yang menerima link daripada rakan-rakan mereka melalui khidmat instant messaging seperti Yahoo atau MSN, kebiasaannya mereka lebih mudah untuk mengambil tahu mengenai link tersebut kerana mereka menganggap itu adalah maklumat yang perlu diambil tahu secepat mungkin.

- Laman Web

Kebanyakkan artikel pada masa kini yang disiarkan secara online mempunyai link yang mengatakan “Send to a friend.” Ini merupakan salah satu cara untukmenjadikan artikel tersebut mendapat tatapan dari jumlah pembaca yang ramai dengan hanya menyiarkannya pada sebuah laman web atau blog.

- Buah Mulut.

Sudah tentu cara ini kelihatan sangat tradisional dan ortodoks untuk menyebarkan sesebuah mesej dari seorang individu ke seorang individu yang lain dan kebiasaannya, cara ini juga sangat berkesan dan boleh dipercayai.

Walaupun terdapat beberapa cara bagaimana untuk melakukan pengiklanan secara percuma, disebaliknya akan wujud halangan dan risikonya tersendiri. Salah satunya telah saya sebutkan di atas, iaitu risiko untuk sesuatu mesej dilabel sebagai spam. Memandangkan kebanyakkan syarikat pada masa kini menggunakan kaedah ini dan mempromosikan produk mereka melalui email, dan semestinya penerima email akan menghasikan beberapa penggubahan pada sistem mereka untuk mengasingkan di antara email spam dan email yang boleh dipercayai.

Halangan berikutnya ialah saiz dan format mesej viral. Sekiranya kandungan mesej tersebut ialah sebuah klip video, kebarangkalian email tersebut tidak diterima oleh penerima email kerana servis email yang mengehadkan saiz sesebuah file. Format media juga merupakan salah satu perkara yang perlu diambil kira kerana tidak semua penerima mesej tersebut mempunyai software yang tepat untuk membuka fail tersebut.

Tetapi, disebalik semua halangan-halangan ini, banyak perniagaan sudah mula menggunakan kaedah pemasaran viral. Lebih -lebih lagi, teknik ini banyak menolong meningkatkan hasil pendapatan dengan mendapatkan jumlah sasaran pasaran yang tinggi tanpa perlu menghabiskan sejumlah wang anda untuk melakukan pengiklanan. Pemasaran viral akan terus kekal di dunia pemasaran internet. Adakah anda pernah menggunakan kaedah pemasaran viral? Bagamanakah prestasi dan perubahan yang berlaku? Kongsikan bersama saya. :)

Related Posts with Thumbnails

Nyatakan Pendapat Anda: