http://blog.wanitaemall.com

Penting Untuk Lancarkan Pengaliran Haid Anda

22

Assalamualaikum…

Perempuan. Semestinya tidak asing lagi dengan perihal ‘datang bulan’. Sebaik sahaja golongan perempuan akil baligh, golongan perempuan dikatakan memasuki alam baru iaitu alam kematangan. Kehadiran akil baligh seolah-olah membawa mereka ke dunia baru. Dunia selepas dunia kanak-kanak riang. :)

Pada ketika inilah, amat penting untuk seseorang perempuan menjaga kebersihan bahagian sulitnya kerana ia melibatkan ‘darah kotor’ dan juga bahagian yang paling sensitif serta mudah terkena jangkitan kuman. Selain itu, terdapat pelbagai ‘pantang larang’ yang perlu dipatuhi untuk memastikan kesihatan, kebersihan dan kecantikan bahagian tersebut sentiasa terjaga.

Tahukah anda bahawa amatlah penting untuk anda memastikan pengaliran haid anda berjalan dengan lancar? Sekiranya darah kotor ketika haid tidak keluar sehingga habis atau tidak lawas atau juga masih tertinggal saki baki darah kotor di dalam rahim, anda mungkin berisiko menghidapi fibroid. Selain itu, gangguan perjalanan darah haid dan kemandulan juga m, Secara ringkasnya, fibroid merupakan sejenis ketumbuhan atau tumor yang berada di dalam rahim perempuan. Banyak fakta yang boleh anda ketahui mengenai fibroid di internet. Namun, apa yang saya ingin tekankan di sini ialah bagaimana cara untuk memastikan perjalanan darah haid lancar dan sekaligus dapat mengelakkan simptom fibroid.

buah anti oksida

Oleh itu, saya menggalakkan para wanita untuk mengamalkan pengambilan buah-buahan yang kaya dengan anti-0ksida ketika sedang mengalami haid. Seperti rutin saya ketika ‘datang bulan’, saya akan mengamalkan pengambilan buah tomato kerana tomato adalah salah satu buah-buahan yang mengandungi anti-oksida dan saya juga sangat menggemari tomato. :D Kenapa anda perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida? Berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita :

  • Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menghalang pembengkakan dan keradangan
  • Bertindak sebagai bahan anti bakteria,anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
  • Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah

…dan banyak lagi. Tapi, kelebihan yang saya tekankan di sini ialah kelebihan untuk kesihatan rahim anda, lebih-lebih lagi, ketika proses menstruasi/’datang bulan’ anda. Selain itu, pastikan anda tidak menjadikan minuman berais sebagai rutin harian anda. Ia bukan sahaja tidak sihat untuk rahim tetapi ia juga tidak sihat untuk tenaga batin. Saya tahu anda faham. :)

Tidak Mahu Terlepas Post Seterusnya? Sila Masukkan Email Anda Di Sini :

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (22)

Ya, benar. Pemakanan memang penting ketika datang bulan.

Terima kasih atas perkongsian!

Cart4Family’s last blog post..Encourage Your Kids to Read

Sama2. :)

TQ for the artikel…

Kebanyakan wanita tidak tahu tentang kepentingan ini. Walaupun saya lelaki, saya pun banyak membaca tentang perkara ini. Keep it =)

blinkky’s last blog post..Contest: Win $25/$50 with Asswass.com and Hiburrito.com

Blinkky leh pesan kat isteri nanti. :P

Salam Fatin,
Haah.Betul tu.Kena jaga makan.Jgn amalkan minum ais. Memang tak bagus sekali untuk kesihatan. Sekarang ni musim panas.Pasti ais menjadi pilihan.So,sesamalah kaum wanita beringat-ingat.Tak boleh ikut sedap aje.
Tomato ek.Akak suka makan tomato yang kecik-kecik tu.
Kalo tomato puri aci tak?Yang dalam tin tu..takut khasiat dah hilang tak pasti la pula. Biasa pakai untuk buat spegeti.hehe..

Nozi’s last blog post..Perkara di Tahun 2009

Saya pun suke tomato kecik2 tu, kak.
Leh wat snek petang je. huhu.
Tomato puri aci? Tak pernah dengar la kak.

Fatin Pauzi’s last blog post..7 Penipuan Terhebat Dalam Perniagaan Networking

hehe..bukan nama dia ‘tomato puri aci’. Maksud akak,tomato puri,aci ke dok? hehe..maksuknya,boleh ke tak?

Haha. Ye ke kak? Lagi sekali saya tanya, tomato puri tu ape kak ek? baby tomato ke? yang kecik2 tu ek?

laaa..tomato puri pun tak tahu..berat doh anak daro skrg ni. Tomato puri tu pati tomato yang dalam tin tu..biasa digunakan untuk wat masak2.

oh..cam gitu. baru faham..

Huhu. Bagusla TiTan. Pe lagi, kabo2 la ke awek jerantut nanti. :D
Fatin Pauzi’s last blog post..7 Penipuan Terhebat Dalam Perniagaan Networking

@Wanmus : Saya kat Terengganu, or kat kampung saya tak panggil tomato dalam tin tu tomato puri. Lagipun, sy tak masak guna makanan dalam tin. Kureng skit.. :P

ok. guys, lets eat more fruits..

info yg sangat berguna..thanks ya..salam perkenalan..

Welcome. Salam kenal.

yes betul fatin.. akak pun suke tomato especially ‘baby tomato’ tu… wat salad..so, yummy!!

Tau takpe. Huhu. Kalau saya gi pasaraya, baby tomato dengan baby carrot, wajib ade kalau dah abih stok.hehe

fatin pauzi..
ape lagi buah2an yang ada anti-oksida?

btw…tomato memang enak dimakan begitu saje

Banyak jugak. Contoh, prunes, kismis, anggur, strawberi, oren and memane buah yang kaler gelap dan kemerah-merahan. By the way, sayur pun ada jugak. Boleh dapatkan maklumat tu kat sini : http://www.antioxidantchart.com/ :)

Buah tomato bagus,tapi apa yang saya tahu orang pompuan kalau makan tomato kena buang lendir kat dalam buah tu,tak berapa bagus untuk wanita.tak tahulah betul ke tidak

tak de la. tu mitos je. Orang cakap timun pun tak elok makan sebab ade lendir, tapi tu semua mitos je. :)

Nyatakan Pendapat Anda: