Salam semua…
Herm, menghirup udara petang, nyaman sangat rasanya. Tapi, udara di bandar takkan sama dengan udara di kampung saya yang sangat bersih, segar dan menenangkan. Lebih-lebih lagi, kalau petang-petang macam ni, saya ajak sepupu ataupun mak saya pergi lepak di tepi pantai dan pekena keropok lekor dengan air jagung asikrim, ummm…rindunya dekat kampung saya.
Tapi, orang cakap, jangan syok sangat hirup udara ni. Nanti perut cepat kembung. Erkk! Betul ke?
Siapa yang suka kalau perut dia kembung? Konfem takkan ada orang suka. Lain la ikan buntal? Lagi kembung perut mereka, lagi cantik kot. Huhu… Perut kembung tentu merimaskan dan membuatkan anda kurang yakin dengan penampilan anda. Tidak kira lelaki ataupun perempuan. Ia bukan sahaja membuatkan perut anda sakit malah membuatkan perut anda kelihatan lebih buncit dari biasa. Masalah ini membelenggu anda? Jangan risau. Saya ada tips macam mana nak keluarkan angin yang bersarang dalam perut anda. Apa dia? Kentut. Haha…:D
Nak kentut pun, bukannya akan keluar dengan sendirinya, kan? Apa yang akan saya dedahkan ni ialah senaman yang boleh diamalkan untuk membuang angin di dalam perut dan menjadikan perut anda kempis dan ramping gitu.
Pertama sekali dengan cara Berdiri. Melalui posisi ini, apa yang perlu anda buat ialah berdiri tegak dengan keadaan jari kaki terbuka lebar ke arah kiri dan kanan. Kemudian, bengkokan lutut sambil tangan bercekak pinggang. Berjengketlah sehingga membentuk sudut 90 darjah. Tahan perut anda beberapa saat dan kemudian berdiri seperti biasa. Ulangi semula sehingga anda berasa lega.
Selain dengan cara berdiri, anda juga boleh mengamalkan dengan cara Duduk. Duduk sambil memeluk lutut. Rebahkan sedikit badan ke belakang (sikit je tau, bukannya berbaring terus), tahan badan mengikut kekuatan lengan anda. Kemudian, pegang bahagian peha sehingga terasa otot perut mulai menegang dan lakukan senaman ini selama 30 saat. Kalau 30 saat tak dengar lagi bunyi “Err…” atau ” Tuuutt..”
boleh la lakukannya selamat 1 minit.
Kemudian, melalui posisi Berbaring. Herm, mesti ramai suka posisi ni, kan? Dengan berbaring, anda perlu berbaring sambil membengkokkan lutut. Pastikan tapak kaki, tangan dan lengan berada di atas lantai. Letak pergelangan kaki kanan di pangkal paha kiri lalu tarik bahagian belakang paha kiri dengan kedua-dua tangan anda. Kemudian, tarik lagi ke arah dada sekuat yang boleh. Tapi, jangan semangat sangat. Patah riuk lak tulang paha nanti. Lakukan selama 30 saat.
Anda boleh amalkan salah satu daripada posisi di atas. Tapi, saya sarankan amalkan kesemua posisi yang saya ceritakan tadi. So, perut kita akan kemas dan angin pun kurang, InsyaAllah… Ceritakan pengalaman anda setelah mengamalkan senaman ini atau anda ada cara lain untuk menghilangkan angin dalam perut? Kongsikan bersama saya!







Good tips..nnt insyaallah akak boleh cuba buat..angin pon bersarang dalam perut ni ha..ngee
very funny but useful tips, sakit perut pasti hilang ;P top
gn je pati halia, senang n cepat .heeheh!
@nurulwani : Huhu… Amalkan, kak. Jangan tak amal. Tak elok di peram angin tu, lama2 nanti, leh timbul penyakit lain lak.
@fazrul : Yup. Betul tu, Fazrul. Guna pati halia. Kaedah tradisional pun, ok pe, kan?
minum lah air gripewater….. uhuh
A’ah..leh jugak tu, huru-hara.
Kalau perut buncit apa pulak cara nak ubatinya. He..he.. Just gurau. Jangan marah haaa
love
mrslingerie
http://www.mrslingerieonline.com
http://www.lingerie-power.com
http://mrslingerie.ning.com
Huhu.. Takde marahnya, mrs.
Kalau perut buncit sebab angin, slow2 la wat exercise tu tiap2 ari.
Kalau perut buncit sebab air, jangan minum air sambil berdiri.
Kalau perut buncit sebab daging, alamak, kene keluarkan dulu la daging (baby) tu dari perut. Tunggu masanya la.hehe..
Nanti sya nak try..jalan perut ke depan ni….huhuh…angin tak ada..kembung gak ni….iss isss
Huhu. Mesti sebab angin gak tu. Cuma tak keluar agi.
Hye,I Sera Aman..cre nk atsi prut buncit yela pas mkn,jgn mndy,tdo n wt kje brat.
Hye, Sera Aman. Yes, tu pun salah satu yang bagus jugak tu. Thanks for the tips.
UR wlcom.Niey Admin kew or Fatin Pauzi?
Admin & Fatin Pauzi, orang yang sama. Kenapa ek?
Xderk r..I just ty jerk..c0z nmpk plik sket r.. ye r,nme adew due..owh,myb nme sngkatan kowt.
Owh, ic. Masalah teknikal skit. Sorry kerana mengelirukan.
Never mind..Its the small matter fwenz..
Ops..soe.sala taep daa..my mean is it’s small the matter beb.
aku lagi dahsyat..aku da kwen..perut buncit..igtkan pregnent..huhu..bile test..x pregnent..sguh mnyedihkan..mengelirukan sguh prut bncet ni kan..
Tak gi check kat doktor ke kak or perubatan alternatif? Ada sakit2 tak?
Smmgnye prut buncit niy ssah sket,nmpk smcm jerk. by the way,doa la byk2..agr dpt baby nty.k.