http://blog.wanitaemall.com

Pro & Contra Pembedahan Sedut Lemak (Liposuction)

40

Salam…

Pembedahan sedut lemak atau Liposuction bermaksud Membuang lemak daripada badan melalui kaedah sedutan. Kaedah ini sangat femes dikalangan para wanita yang ingin memiliki tubuh badan yang ramping dan ideal. Kaedah liposuction amat berbahaya untuk sekiranya ia tidak dilakukan oleh pakar. Sekiranya anda ingin melakukan pembedahan sedut lemak, pastikan anda mempunyai tahap kesihatan yang memuaskan, mempunyai lemak degil yang masih tidak hilang walaupun mengamalkan diet yang sempurna dan bersenam dan mempunyai berat badan yang berlebihan sedikit dan kulit yang kenyal dan tegang.

sedut lemak

Bagaimana proses ini berlaku?

Sebelum proses ini dilakukan, kawasan bawah kulit akan disuntik dengan ubat pelali terlebih dahulu. Kemudian, pembedahan kecil akan dilakukan unyuk memudahkan proses penyedutan lemak yang bakal dilakukan. Dan, sebuah tiub kecil yang berfungsi sebagai penyedut dimasukkan ke dalam lapisan kulit melalu laluan yang telah dibuat semasa pembedahan kecil tadi. Lemak akan disedut menggunakan pam atau picagari melalui tiub tersebut.

Proses penyembuhan pembedahan liposuction.

Jika pembedahan yang dilakukan adalah sedikit sahaja, proses penyembuhan akan berlaku dengan cepat. Jika sebaliknya, ia memerlukan masa beberapa minggu untuk anda berehat dari melakukan aktiviti berat. Mereka memerlukan antibiotik yang berterusan semasa proses penyembuhan untuk mengelakkan jangkitan kuman pada tempat sedutan lemak tersebut.

Proses sedut lemak

Kesan-kesan sampingan liposuction

Seperti yang kita ketahui, pembedahan ini agak berisiko. Mungkin ia kurang berisiko bagi mereka yang melakukan pada kadar yang sedikit. Mereka hanya akan mengalami kebengkakan dan kebas pada bahagian lemak yang disedut. Selain itu, parut akan timbul pada bahagian pembedahan dan juga kulit pada bahagian lemak yang dibuang akan menjadi longgar selamanya. Tambahan pula, berlaku pertukaran warna kulit pada bahagian tersebut, saraf pada bahagian tersebut juga akan rosak dan kulit menjadi tidak sekata.

Manakala, bagi mereka yang melakukan penyedutan dalam kuantiti yang banyak, kemungkinan besar akan berlaku kejutan kerana kehihlangan darah dan bendalir badan yang banyak semasa pembedahan, lemak atau darah beku pula akan bergerak ke bahagian paru-paru yang mengakibatkan salur darah ke paru-paru akan tersumbat dan boleh mengundang kematian secara mengejut. Selain itu, berlaku pengumpulan air di dalam paru-paru akibat jumlah cecair yang dimasukkan ke dalam badan secara berlebihan dan juga kesan toksik dari ubat pelali yang digunakan.

Walau secanggih mana pun kaedah perubatan, ia tetap akan membawa padah kepada orang yang cuba untuk menggunakannya. Oleh itu, saya menyarankan anda mengamalkan pemakanan dan diet yang sihat selain sentiasa melakukan senama. Mungkin kedengaran agak perkara yang selalu kita dengar tetapi hakikatnya, hanya dengan cara ini sahajalah, anda dapat memiliki tubuh badan yang ramping dan ideal. Selain itu, yakin dengan apa jua cara dan usaha yang anda lakukan, saya pasti, ia akan membuahkan hasil. Betul, kan? :D

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (40)

takde faedah nya sedut lemak nie…. banyak risiko….dah la kena kuar modal banyak…. better bersenam dan amalkan diet yang betul…..

kisahsensasi’s last blog post..Arak, PELACURAN berleluasa di Iraq

Pergh, agak ngeri jugak. apapun, masih banyak lagi cara2 lain untuk menurunkan berat badan yang rasanya lebih berkesan walaupun agak makan masa. apapun, bersyukurlah apa yang kita ada sekarang : )

aiereast’s last blog post..Wallpaper Percuma Untuk Anda

Tau takpe. Aku lagi ngeri. eee..

rasernyer cuba lar cara tradisional…kalau pahit bukanlah obat namanya. heheh…

aiereast’s last blog post..GENTLE: Wallpaper Percuma Untuk Anda

semuanya nak senang dan cepat. side effect x pikir. elok rasanya guna je cara tradisional. kalau gemuk mcm mana pun nak kurus boleh. usaha jaya. hehe, cakap memang murah. nak buat memang susah

katahill’s last blog post..CC kena rush?

Huhu. betul tu. tapi, tu la. orang sanggup buat ape sje utk cantik.

Fatin Pauzi’s last blog post..10 Cara Untuk Gagal Dalam Kehidupan. Terbukti Berkesan!

wah. berisikonya.

aku memilih untuk amik makanan seimbang dan senaman berkala =)

alone’s last blog post..mohdismail.net : A Review

Pilihan yang bijak! :D
Fatin Pauzi’s last blog post..10 Cara Untuk Gagal Dalam Kehidupan. Terbukti Berkesan!

islam mengharamkan…
sebab mana boleh ubah2 bentuk asal kejadian Allah
kalau pembedahan untuk kesihatan/perubatan tak pela…hehe

mmm.. minum herbalife je. pahtu amalkan gaya hidup sihat. hehe.

sedut lemak ni kje org malas dan nk kurus ngn cepat. bazir duit je. dhla risiko tinggu

Kerja orang mampu je nak wat sedut lemak ni. huhu. yang tak mampu, bersenam je ler.. so, bernasib baik la orang2 yang tidak mampu. InsyaAllah. heheh

Fatin Pauzi’s last blog post..10 Cara Untuk Gagal Dalam Kehidupan. Terbukti Berkesan!

hehe. bernasib baik. kot2 cepat ajal

ubey’s last blog post..Mengimbau Kisah: Cinta Untuk Ain (1)

Hish… baik tak payah buat Liposuction ni…. kalau nak kurus bersenam lebih kerap dan kurangkan makan

Adry’s last blog post..I’m back… very tired…

Bahaya2…
Bila baca ni terpandang plak perut yang masih tak turun-turun lagi kadar lemaknya…

zool’s last blog post..Blackendku sakit

HUhu…lemak degil la tu..so, nak wat pembedahan sedut lemak gak ke ek? Amalkan diet yang sihat pn da ok. huhu

Fatin Pauzi’s last blog post..10 Cara Untuk Gagal Dalam Kehidupan. Terbukti Berkesan!

lemak tue baik buat sup je leh semua rasa hahahah

hehe orang malas je rajin sedut-sedut lemak nie…lepas tu pulak orang rajin je malas bersenam untuk kesihatan…

lepas tu bila lemak dah tebal baru nak beringat…haha…sama macam aku jugak la nampaknya :-)
Active Blogger’s last blog post..Nombor Pin Google Adsense Aku Dah Sampai

Lebih baik guna cara biasa je. Walaupun lambat, tapi tak de kesan sampingan. Mengikut pengalaman saya, apa-apa pun yang kita buat, sama ada nak turunkan berat badan atau nak menambahkan berat, biasanya kesan tu akan nampak dalam masa dua bulan. Jadi jangan berputus asa kalau tak de apa-apa perubahan lepas seminggu bersenam. =)

blinkky’s last blog post..How To Install Software In Thumb Drive?

hehe…kawan aku masa u dulu…badan dia agak berisi…tapi bila masa graduation tgk dia kurus gila…semua orang pun tertanya-tanya kenapa dia tiba2 kurus…

tapi tak tahulah cara dia kurus macam mana :-)
Active Blogger’s last blog post..Active Blogger Kini Do Follow

hohoh sekrang dah jadi trend ek lipo ni.. bagi yang ada duit la.. hohoho

btw.. salam ziarah… apsal slow sangat blog ni loading?

IsteriCun’s last blog post..Menjaga Alat Sulit: 12 Cara

Sejak semalam slow sebab ade masalah hosting. adeh..ni sangat melemahkan. huhu. Tapi, ari ni da ok.

Sedut lemak ke Fatin..? Kan ke dah ade kes org mati sebab obses sgt asyik nak sedut lemak jer…huhu… Seram tu…

kakeru’s last blog post..Pernah Dengar Tentang Social Bookmarking tak?

banyak lagi cara nak buang lemak tu…jogging jer hari2..insyallh hilang laa lemak tu

Shaffik’s last blog post..Duit Internet : Tak Semudah Yang Disangka

kak jie tak sangguplah…eee…ngeri
derita utk cantik
kepuasan diri sendiri ke untuk penampilan ( puaskan org lain )

Kujie’s last blog post..Bayi terbaru saya

Saya pun tak sanggup Kak Jie…Huhu…

Fatin Pauzi’s last blog post..10 Cara Untuk Gagal Dalam Kehidupan. Terbukti Berkesan!

Satu info utk lelaki dah kawin yg berperut buncit. Perut yg buncit menunjuk mereka sedang bahagia dalam perkahwinan mereka..Kalau si isteri berperut buncit? itu maknanya mereka dah terlebih makan…
Thankz Fatin pasal jemput saya

Zool NetBisnes’s last blog post..Tinggalkan Jemputan ke Blog anda

Sama2. :)

huh…bahye tuuu…kan dah ade kes wanita melayu kita yg mati akibat sedut lemak 2-3 bln lepas…
lemak banyak ok ape…leh wat tilam…ahaks… :)
yuzmir’s last blog post..Twitter segala-galanya

HUrm, suke pmpuan berisi la ni ek? kekeke

perghhh, bahaya.. baik jogging dan jaga pemakanan je. jimat dan menyihatkan.. makan USANA pon lagi bagus.. hehehe~ tapi orang cam saya ni makan banyak mana pon, kontrol ke x, maintain je. saya penah try naikkan berat. paling berat saya capai 60kg pastu tahan la 2 hari. then turun balik.. skang 55kg je..

Niijiusan’s last blog post..I’m Yours versi Melayu! PANASSS!!!

Usana xde ubat gemuk ke ek? kalau ade, nak try gak.hehe

bahaya gak rupanya… baru cadang ni sedut lemak perut… aduyai…

Huish, sangat bahaya. Bersenam kaw2 je. Burn the cholestrol.huhu

hmm.. xpe lar. ak dah kurus daa. xperlu ler nk bwat liposctn neh…eh hehe..

Mu memang slim sokmo yus. huhu

wOw..mEnarikk..cm nk wat jew..
tp,stdnt lg..
tadE dwet!!=(

Raja Sara, mungkin awak masih muda lagi dan masih sempat lagi untuk pilih cara lain. ;)

td search hrge…
ok gax..pling murah 1000rm..
igt puluh2 ribu..
hik3..
tp cm tkot gax..
tp ktE nk kurus la Miss Fatin..

:) Cik Sara dah pernah cube kaedah lain? Jaga pemakanan, bersenam, and so on. Dah pernah cube?

Adalah penting untuk wanita mengamalkan diet yang sihat agar memiliki bentuk tubuh yang anggun dan menarik tanpa perlu sedut lemak yang hanya akan mendatang kesan sampingan pada masa akan datang.

Kalau berminat nak tahu macam mana cara diet yang betul, anda boleh lawati laman web di bawah ni. Di harap info tersebut boleh membantu anda memahami cara diet yang selamat…

http://tinyurl.com/RahsiaDietsWanita

Nyatakan Pendapat Anda: