http://blog.wanitaemall.com

Rawat Insomnia Dengan…..

31

Salam sejahtera…

Herm, saya tidak pasti samada ramai di antara yang mengalami masalah ini ataupun tidak. Tetapi, saya yakin. Sekiranya anda seorang blogger, ebayer atau internet markerter, saya yakin anda akan menghadapi insomnia. Disebabkan kerja rutin anda ialah menghadap laptop atau komputer, masa tidur anda mestilah tidak menentu dan ini menyebabkan insomnia. Begitu juga para ibu yang baru sahaja melahirkan bayi, orang yang mempunyai masalah yang sentiasa memikirkan masalahnya sehingga sukar untuk tidur dan sebagainya. Golongan ini cenderung untuk menghidapi insomnia.

Kepada yang masih tidak mengetahui apa itu insomnia, apa yang boleh saya terangkan secara ringkas ialah insomnia ialah suatu sindrom yang menyebabkan anda sukar untuk melelapkan mata atau tidur. Ramai yang mengambil inisiatif yang tidak baik ketika menghadapi insomnia dengan menelan pil tidur, ubat batuk dan apa jua ubat-ubatan yang mereka tahu ubat-ubat ini akan menyebabkan penggunanya mengantuk. Ia merupakan suatu tindakan yang tidak elok dan berbahaya untuk kesihatan.

Rawatilah penyakit insomnia anda dengan

  • Berada di dalam bilik yang gelap
  • Meminum susu suam sebelum tido
  • Menghidu aroma terapi lavender

Okeh, mari kita bercakap mengenai hormon melatonin terlebih dahulu. Untuk pengetahuan anda, semasa kita menguap, ia merupakan petanda bahawa hormon melatonin telah bertindak ke atas tubuh badan kita. Apa yang aku faham, hormon melatonin merupakan hormon yang merangsang tubuh kita supaya kita berasa mengantuk. Hormon melatonin kebiasaannya mudah dan akan ‘keluar’ apabila kita berada dalam keadaan gelap. Sebab itulah kenapa kita mudah berasa mengantuk ketika berada di dalam gelap dan juga ketika gelap nak hujan. :D

ubati insomnia dengan susu

Mengenai susu pula, ada kajian yang mengatakan bahawa penyakit insomnia boleh diubati dengan meminum susu suam sebelum anda masuk tidur. Alasannya ialah susu dapat merangsang hormon melatonin untuk keluar dan bertindak ke atas tubuh badan kita. Patutlah Mat Salleh & Mek Saleha minum susu sebelum mereka tidur. Herm…

rawati insomnia dengan lavender

Dan mengenai terapi aroma lavender pula, aroma lavender dipercayai dapat memberikan ketenangan kepada suasana dan minda kita. Saya ada meletakkan aroma terapi lavender di meja tempat saya belajar dan juga ‘berkomputer’. Niat saya meletakkan aroma terapi tersebut supaya saya tidak terlalu tertekan dengan bebanan kerja yang banyak dan merasa tenang dengan keharuman aroma tersebut. Tetapi, sebaliknya, saya berasa sangat tenang dan aroma lavender ini telah mendodoikan saya sehingga kerja saya tidak siap! Huhu. Jadi, saya menutup botol aroma ini ketika membuat kerja dan hanya menggunakannya ketika tidur. Tersangatlah lena tidur sampai matahari terpacak atas kepala pun, dah tak peduli lagi. Kekeke.. :D

Mungkin anda boleh mencubanya? Kongsikan dengan saya hasilnya!

Tak Nak Terlepas Post Seterusnya? Sila masukkan email anda di sini:

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (31)

mnum susu bnda pling best..aku minum 2 kali sehari..pg dn mlm..rasa fresh je

fazreen’s last blog post..Make Money With Design

Aku pun suke minum susu. Tapi, tak leh kalahkan lagi addict aku kat kopi kacip fatimah. arr..best giler..

hm.. susu suam. xpenah cuba pula.

kadand2 memang susah nak tidur. around 3-4 am baru boleh tidur. uhu.

alone’s last blog post..Above The Line

Erm, biasa la tu. Kalau da suke mengadap tenet, ko mmg ssh nak tido. huhu.

Fatin Pauzi’s last blog post..Memahami Istilah-Istilah Plan Pemasaran

1) lampu , satu umah da tutp
2) susu pun da mium ( 2 cawan lagi)
3) bilik aku memang wangi semerbak

tapi aku x boleh tido jugak. ada cadangan lain?

katahill’s last blog post..Babi Tak Bersalah?

1) Lampu laptop tak tutup :D
2) Minum la 2 gelas. Takkan 2 cawan je.
3) Semerbak wangi bau bunga cina buat ape? Letak la lavender. kekeke

Fatin Pauzi’s last blog post..Memahami Istilah-Istilah Plan Pemasaran

kecik-kecik dulu aku minum susu mak aku
patut lah aku selalu lena
besar-besar pulak aku minum susu pekat dengan Kopi Larat.
Hmmmm..tak tau lah apa nak jadi kat aku..

rbc’s last blog post..Buat Duit Dengan Komen Di MySpace

opss..huhu..apa nak jadi la kan? huhu

Kalau sume tu tak berkesan dptkanlah nasihat doktor..masa aku study dulu aku selalu kena insomnia, ada sampai 3 minggu tak boleh tido. Gilos, terus kawan aku “heret” aku pergi jumpa doktor..hehehe

catzer’s last blog post..Boroi Itu Bahagia?

Huhu. Aku pon kene heret gi klinik. tp, lepas aku da pengsan depan pintu bilik. Last2, nak cucuk aku. Ntah pape doktor tu. maklum la, klinik swasta, nak perabihkan duit aku. huhu

Fatin Pauzi’s last blog post..Memahami Istilah-Istilah Plan Pemasaran

Susah kalau kena insomnia ni. Malam tak bleh tidur, pagi mengantuk plak

Blinkky’s last blog post..How To Install Software In Thumb Drive?

Tu la pasalkan? Sekarang ni pon lom tido lagi. Konfem tido kul 7 pagi then bgun kul 2 ptg. ZZZzz…tak suke la jgk.

Fatin Pauzi’s last blog post..Teknik Promosi Online - Pemasaran Forum

alhamdulillahlah, aku jenis yang senang tidur
xpayah nak disorongkan bntal pun
dah ley lelap
skang nie pun hati manyak senang
haha

HOho. itu sudah bagus. huhu..

aku kalau nak tido perlukan 2-3 berguling2 atas katil..mmg susah nak tido..harap2 info ni membantu..

Mohd Hafifi’s last blog post..Fast Update!!

Owh, ye ke? Aku gitu gak dulu. Ko try la wat nde alah ni. InsyaAllah, secara psychology nye berkesan. And, actually, ade mne satu alah lagi yang membantu aku tido, ULtra meditation sound. Huhu. Nanti aku dedahkan sal hal ni kat blog. Stay Tuned!. huhu

dedahkan secepat mungkin ya..

Mohd Hafifi’s last blog post..Aku, Twitter Dan Contest

bagi aku simple. ubat insomnia ni, tidur aje. hari-hari tidur. so, takdelah kurang tidur da..

Haha. Ubat tu susah nak dapat tu, Titan. kekeke…

pernah gak try minum susu suam sebelom tido, tapi skali dua jer. tue pon kawan pelawa. huhuhu…….

aiereast’s last blog post..Beri Laluan……

HUhu. Skrg, aku lak nak pelawa. Minum susu, aiereast? hehe

Fatin Pauzi’s last blog post..Teknik Promosi Online - Pemasaran Forum

esok juga cari lavender

susah nak tidur malam

tapi siang lena jer…

BAGAk’s last blog post..30 Perkara yang Blogger Mesti Buat - Bab 2

Tu ler pasal kan? Jangan lupa, susu skali! hehe…

Fatin Pauzi’s last blog post..Teknik Promosi Online - Pemasaran Forum

makan ubat tidur. Tak tidur juga, gi suruh cari perempuan. ajak nikah. dah kahwin nanti, hari-hari nak tidur punya..

ohmelayu | melayuboleh’s last blog post..Petai dan Sambal Petai: Ulam Kegemaran Orang Melayu Boleh

Hoho. cadangan yang baik! :P

insomnia dgn sleeping disorder same ke x ek?
aku rasa aku ade sleeping disorder la kot.susah benor nak tido awal…

skang ni time tido aku pkul 6.00am +…
bangun, ofkosla petang…

sume kat atas tu aku da buat, siap amik pil tidur lagi…
xjalan pun… :(

Spatt. Ni mungkin depends on mentality gak spatt. Yang atas tu, cume bantuan sampingan je. Jangan ler amik pil tidur. Buruk kesannya nanti. Aku penah jadi cam ko, tp jangan amik pil tidur. Bahaya.

Fatin Pauzi’s last blog post..Bijak Memanipulasi Kelebihan Diri Sendiri

saya kurang gemar membaca,jika saya membaca saya akan tidur.mengkala saya nak tidur saya akan membaca.lagi elok kalau berzikir pasti akan terus lena.

Zikir pun salah satu terapi yang bagus juga tu, Arakian. :)

errk
aku slalu nak tidur waktu asar sampai magrib
then malam
dah susah nak tidur
tu pun isomneniakejadah gak ke

Jawapannya dah terang sangat En Boboy. Bukan insomnia tu. Da cukup tido. haha.

Nyatakan Pendapat Anda: