http://blog.wanitaemall.com

Saya Telah Menghadiri ‘Seminar’ Ringkas & FREE. Berbaloi!!!

9

Salam semua…

Haha. Seminar ke? Seolah-olah sebuah seminar yang cukup informatif tetapi hakikatnya, ia hanyalah suatu acara yang dipanggil Mini Makan-Makan IEMĀ  yang dianjurkan oleh komuniti IEM yang diasaskan oleh Catzer. Mini Makan-Makan ini diadakan pada 14 Febuari 2009 di Food Court KL Sentral dari jam 11 pagi hingga 4 petang. Dan ia telah dihadiri oleh Catzer, Saya, Kodin, Amirul Faisal, Sham dan Zamri Mohamad.

Banyak yang telah saya dapat daripada acara ini. Walaupun, ia tidak semeriah seminar-seminar yang berbayar, tetapi input yang didedahkan oleh rakan-rakan IM di sini sangat membantu saya dalam menunjukkan gambaran yang lebih jelas mengenai dunia pemasaran internet dan apa jua yang berkaitan dengannya. Kalau ikutkan, sayalah yang paling noob dan newbie kat situ. Huhu.

Apa yang ditekankan dalam Mini Makan-Makan kali ni ialah lebih kepada matlamat seseorang usahawan internet tidak kira yang masih baru dalam bidang ini ataupun yang lama. Para newbie pula perlu berpandangan jauh dalam menerokai dunia pemasaran internet di Malaysia supaya mereka dapat membezakan sumber mana yang tepat dan beretika dalam menjana pendapatan secara online.

Jangan kata sudut ini tidak penting untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya. Ia teramatlah penting kerana sekiranya setelah anda berjaya dengan cara yang betul, matlamat yang jelas dan menghormati hak orang lain, saya yakin kedudukan anda dalam bidang ini akan bertapak dengan lebih lama tanpa mendapat sebarang rungutan dan keluhan daripada orang yang pernah menggunakan produk ataupun perkhidmatan anda.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai komuniti ini dan turut sama turun padang dalam menjayakan komuniti ini, dan yang paling penting, tanpa sebarang kos! bolehlah mendaftar sebagai salah seorang ahli komuniti di http://iemalaysia.ning.com dan mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa. Banyak lagi perancangan masa hadapan yang telah dibincangkan dan akan dilaksanakan tidak lama lagi. Saya yakin, kehadiran komuniti ini banyak membantu para newbie yang masih kurang faham dan jelas dengan dunia sebenar pemasaran internet. :)

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (9)

seminar free = makan free???

Seminar free = makan bayar sendiri ler…

Salam Fatin,
Best ari tu. Lain kali boleh makan2 lagi :)
Kencang gak ye bines cik fatin ;)

Salam, Sham.
Hehe. betul3. Wat cam saya, makan sampai dua kali.
Catz pun terkejut. hehe.
Bisnes tak de la kencang mne.
Setakat kencang macam La Nino je. :D

sampai hati fatin….
buat “semikan” tak ajak kite pun… :(

hehe…jemput je sesape pn.
No discrimination, Milsum.

best ni. siap ada kumpul sesama im. santai je. baru lagi tau pasal iem ni. tak sampai 1 minggu reg. syg terlepas 14hb tuh. next time musti mau join. hehe

Ahli IEM jerk boleh pergi..kakakakak..erm yg penting tambang pergi balik dan mkn2 byr sendiri

@SyntaxERROR : Tak pe. InsyaAllah akan ada lagi. Lepas ni leh pergi.
@Catzer : Haha. Ahli IEM je ke, Catzer. kikiki….

Nyatakan Pendapat Anda: