http://blog.wanitaemall.com

Skop Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Berkahwin

33

Salam buat anda semua…

alam perkahwinan

Nak bercakap mengenai perkahwinan, saya mungkin tidak layak kerana saya sendiri masih belum berkahwin. Tetapi, tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya saya ingin mengekspresikan pendapat saya mengenai perkara ini. Kebanyakan pasangan hanya bercakap mengenai persiapan perkahwinan mereka berbanding kehidupan selepas mereka berkahwin. Adakah penting untuk anda berbincang mengenai perancangan anda selepas anda berkahwin? Sudah tentulah sangat penting. Dengan berbincang mengenai harapan, perancangan, ketakutan dan aspirasi anda bersama pasangan anda sebelum melangkah ke alam perkahwinan, anda berdua mampu untuk bekerjasama dalam mengekalkan perkahwinan tersebut. Bincangkan mengenai persoalan-persoalan berikut :

Kenapa anda berdua berkahwin?

Adakah anda berdua ingin melangsungkan perkahwinan ini kerana anda saling menyayangi atau anda hanya ingin membahagiakan keluarga anda? Bincangkan dengan pasangan anda mengenai perkara ini dan senaraikan 10 sebab mengapa anda berdua perlu berkahwin. Mungkin kerana anda saling sayang menyayangi dapat mengukuhkan lagi sebab mengapa anda berdua perlu berkahwin. Tetapi, sekiranya perkara yang anda senaraikan amat berlawanan dengan pasangan anda, ini menunjukkan petanda yang tidak baik. Mungkin perspektif anda berdua yang berlainan menunjukkan perbezaaan yang terdapat di dalam keperluan cinta dan kasih sayang anda berdua. Mungkin dengan menyenaraikan 10 perkara ini dapat memberikan anda berdua gambaran yang jelas perbezaan keperluan anda terhadap pasangan anda sebelum anda melangkah ke alam perkahwinan.

Apakah peranan anda sebagai seorang bakal suami atau isteri?

Perkara ini amat penting kerana kebanyakan daripada lelaki memikirkan mereka mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mengawal seorang isteri. Ia mungkin betul. Lagipun, syurga adalah di bawah telapak kaki suami yang seorang isteru perlu sanjungi dan hormati. Tetapi, lelaki patut mengetahui bahawa kerjasama di antara suami dan isteri adalah amat penting kerana isteri bukanlah seorang hamba, mesin seks atau ‘habuk di ibu jari kaki anda’. Pada zaman sekarang, anda tidak disarankan untuk memegang konsep atau peranan seorang suami ‘traditional’. Dan bagi skop peranan seorang isteri pula ialah untuk mencintai, menyayangi, menyokong seorang suami dalam apa jua keadaan pun. Jadi sekiranya anda berdua memahami peranan masing-masing, anda berdua mungkin layak untuk bersama. :)

alam perkahwinan

Adakah anda mempunyai perkara yang anda takuti mengenai perkahwinan?

Sekiranya anda mempunyai sesuatu perkara yang anda takutki mengenai perkahwinan, ia adalah suatu perkara yang normal. Kebiasaannya, perkara yang pasangan takuti ialah mengalami perkahwinan yang terputus di tengah jalan, tanpa hubungan seks, masing-masing tidak mahu bertegur sapa, tiada ucapan romantik, kesengsaraan dan sebagainya. Cara yang terbaik untuk mula berbincang mengenai persoalan ini ialah dengan berbincang mengenai perkahwinan ibu bapa anda sendiri. Bincang, apa yang anda berdua dapat belajar melalui pemerhatian anda terhadap perkahwinan mereka dan perkara yang anda tidak suka dan tidak akan mengulanginya di dalam perkahwinan anda.

Adakah anda berdua menginginkan anak?

Apabila menyentuh mengenai persoalan ini, mungkin ia kedengaran agak ‘poyo’. “Wah! Kawin pun belum, dah nak borak pasal anak.” Huhu. Bagi saya, tidak salah untuk membicarakan soal ini bersama pasangan anda sebelum anda berdua menuju ke alam perkahwinan. Bukan berapa orang anak yang kita mahu tahu tetapi dari sudut psikologi, melalui persoalan ini, kita akan dapat mengetahui bahawa adakah anda berdua mempunyai pendapat pendapat yang sama dalam aspek perancangan keluarga. Ini bukan perkara yang remeh-temeh kerana ia boleh menjadi punca pergaduhan suami isteri selepas mereka berkahwin.

Dalam memastikan sesebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat, anda mungkin perlu menggariskan beberapa perkara berikut :

  • Kami menginginkan perkara yang sama di dalam kehidupan kami
  • Kami mempunyai persamaan moral, matlamat dan sikap yang penting dalam kehidupan kami
  • Kami mempunyai pendapat yang sama mengenai anak dan bagaimana cara kami ingin membesarkan mereka
  • Jangan jangakan bahawa sesuatu perkahwinan itu akan merubah kami menjadi orang lain (tidak sama ketika kami bercinta)
  • Kami telah berbincang dan mempunyai perancangan yang jelas dalam menentukan masa depan keluarga kami

This is only a thought of a young girl who isn’t marry yet. Boleh pakai ke? :D

Tak Nak Terlepas Post Seterusnya? Sila masukkan email anda di sini:

Delivered by FeedBurner

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (33)

Walau apa pun, setiap orang pasti akan berubah sama ada dari segi sikap, status, mahupun fizikal. apa yang penting bagi saya adalah persefahaman dan saling mempercayai sesama pasangan anda : )

aiereast’s last blog post..Beri Laluan……

Erm, persefahaman tu la yang bleh dinilai dari sebuah perbincangan. tul tak, Aiereast? :)
Fatin Pauzi’s last blog post..Toner Mata Bagi Segala Jenis Penyakit Mata

yup.. betul tue. baru-baru saya pernah dengar dari kata2 orang lama (Fuyo, tapi memang umonya dalam 40-an jugak.heh…), sampai satu masa nanti, kita takkan pandang pada rupa paras atau kecantikan pasangan kita, sebaliknya budi pekerti tue yang menyebabkan kita tertawan dan sayang kepada pasangan kita : )

aiereast’s last blog post..Beri Laluan……

Tu aku setuju. Aku pun dapat tahu dari kwn2 aku gak. Kwn2 aku ramai gak laki orang. Siap ade sesetengah yang ckp, “Rugi aku pilih muka cun2. Perangai hudoh, menyusahkan hidup gak”. Terkezut aku. huhu

Fatin Pauzi’s last blog post..Teknik Promosi Online - Pemasaran Forum

Formula kahwin dulu baru bercinta adalah yg terbaik, dimana pasangan tersebut akan mengenali diri pasangan masing2 sesudah mereka melangsungkan perkahwinan. Untuk memilih pasangan, nabi s.aw. telah memberi tip kpd kita supaya memilih yg beragama (bererti yg berpegang kpd agama) dan bukan menolak kecantikkan, berharta dan keturunan tapi memberi keutamaan kpd yg beragama. Sebab yg berpegang kpd agama telah di bentuk akhlaqnya oleh agama.

Ye. Ni memang formula yang sangat baik. Tetapi, untuk zaman sekarang, orang Islam sendiri amat sukar mengaplikasikannya. :)
Fatin Pauzi’s last blog post..Toner Mata Bagi Segala Jenis Penyakit Mata

sebaik-baiknya, jikalau ada pilihan
keluarga itu lebih bek
tu sbbnya orang dulu
kalau kawin
kekal hingga akhir hayat
xmacam sekarang ini
orang tu chemistry laen n pengalaman diorang tu yg mahal

KampungBoy’s last blog post..Aku Bangga Dengan Raja Shamri

cinta tidak perlukan sebab..

noheartfilin’s last blog post..hari pertama engineer

Ye la kan. da jatuh cinta, nak wat cmne. lebih2 lagi, kalau da jatuh cinta kat laki org. I can’t help it. huhu.

Semua orang nak kahwin. Cuma masa je yang menentukan.

blinkky’s last blog post..Multiple Login In Yahoo Messenger

hehe…cerita pasal kahwin yek. No comment sbb tak pernah nikah, couple dll

Bila turn Fatin lak nak nikah?

Active Blogger’s last blog post..Melayu Boleh Online Dan Cabaran SEO 2009

Ntah nikah, ntah tidak. ekeke

Fatin Pauzi’s last blog post..Toner Mata Bagi Segala Jenis Penyakit Mata

solo lagi ke ni…ahaksss

Haha. Knape? ade yang berkenan ke? kekeke

Fatin Pauzi’s last blog post..Toner Mata Bagi Segala Jenis Penyakit Mata

promote jgn tak promote….:-) tp jgn wat mcm kwn aku…promote kwn baik dia kat aku…tah apa-apa…mcm dia tak tahu lak aku cam ne :-)
Active Blogger’s last blog post..Melayu Boleh Online Dan Cabaran SEO 2009

nk kawin dh esk..aku bt knduri kt blog aku..muahahaha

een’s last blog post..Make Money With Design

Maklum ler. BLogger la katakan. Kenduri kawin pn kat blog. huhhu.. Nasi minyak best2 skit neh. :D
Fatin Pauzi’s last blog post..Toner Mata Bagi Segala Jenis Penyakit Mata

Nice artikel. Memang kena tanya kenapa perlu berkahwin. Dan faham apakah tanggugjawab sebagai seorang suami dan isteri. Yang paling penting, kahwin bukan sesuatu yang mudah.

Shaffik’s last blog post..Adakah Mak Nyah Akan Insaf?

Tak de pengalaman yang lebih tepat untuk diikuti selain drpd orang yang da laluinye. Is it right, Shaffik? :)
Fatin Pauzi’s last blog post..Toner Mata Bagi Segala Jenis Penyakit Mata

hanya pendapat, takde yg salahnye la. ade yg leh time, ade yg takleh tu nak wat camne, tak dpt den nak nolong, akekeke

Kekeke.. betul gak tu. huhu.

Fatin,
Ko dah pun tulis post ni dan yang pasti ko pun dh paham isi kandungnya…
ape lg???kawen la cepat2…muahahahaa…
:)
yuzmir’s last blog post..Cara Dapatkan Trafik ke Blog Anda

Haha. Sape yang nak kawin ngan aku? Ko ke? ekekeke..

Saya suka 5 perkara yang Fatin gariskan tentang perkahwinan yang bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Kalau dapat memenuhi kesemua perkara tersebut saya percaya merekalah suami-isteri yang paling bahagia di dunia.

rbc’s last blog post..Buat Duit Dengan Komen Di MySpace

InsyaAllah..Dengar cm senangkan? Tapi, tak sume dpt lakukan sebab Ego. :)
Fatin Pauzi’s last blog post..Toner Mata Bagi Segala Jenis Penyakit Mata

hm.. buatkan aku berfikir panjang.. hohoho

semoga penulis artikel bahagia dan trimas 4 sharing =D

alone’s last blog post..Raise your PageRank

Hoho. Thanks 2 u 2. :)

lama mana pun kita bercinta, kononnya utk menyelami hati masing2, sebenarnya kita still gagal nak kenal pasangan kita. percentage kenal tu kurang. Nak tau yg betul , tgk lepas kawin. Dan kita kena ingat, manusia berubah2. kadang2 masa bercinta tak melambangkan diri pasangan yang sebenar. Kita dibayangi dan kdg2 duduk dalam dunia yang hipokrit. jadi, kawin adalah satu risiko!

katahill’s last blog post..Satu perisian lama alternatif terbaik utk printscreen

Yup! Tau takpe. Aku pun da tak pk sal kawin da. huhu.

setiap perkara pasti berisiko, cuma bezanya sama ada ianya tinggi atau rendah, besar ataupun kecil. pokok pangkalnya, tepuklah dada tanya selera.

aiereast’s last blog post..Beri Laluan……

erm, kene berani tanggung risiko. kalau tak, hidup ni tak berwarna warni. huhu

maken bace maken takot nak kawen. haih..

ikram.hakimi’s last blog post..Blog : Imajinasi Terlampau

Yakin dengan diri sendiri. Tak perlu takut. Nanti, bile kawin dlm keadaan ragu2, diri sndiri plak yg bermasalah nnti.

Nyatakan Pendapat Anda: