http://blog.wanitaemall.com

Sumber Pendapatan Ribuan Ringgit Yang Jarang Diterokai

14

Salam sejahtera…

Bagaimana dengan kehidupan anda sekarang? Adakah semakin bertambah baik, masih pada tahap yang sama atau keadaan semakin buruk? Gosh! Sekiranya kehidupan anda menjadi semakin buruk, satu tips mudah untuk anda. You are what you think! Kuasa minda anda berupaya, mampu dan berkebolehan mengubah segalanya. Majalah IM sentiasa menekankan kuasa minda untuk memotivasikan diri setiap usahawan internet. Gunakan minda yang anda miliki untuk berusaha ke arah yang lebih baik! Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri. Yakinlah dengan ayat ni!

Bercakap mengenai Majalah IM, saya pernah berjanji dengan anda pada post yang lepas bahawa saya akan ‘review’ lagi 5 edisi Majalah IM yang saya belum ‘review’kan? Baiklah. Saya akan teruskan memberi ulasan mengenai Majalah IM TETAPI pada kali ini, saya akan memberi ulasan Majalah IM Edisi ke-9. Kenapa? Sebab saya tak nak anda ketinggalan untuk ‘download’ Majalah IM keluaran bulan ni. Sebab ada topik menarik yang mungkin bakal merubah hidup anda! Erk, apa tu?

im-9

Apa istimewanya Majalah IM Edisi Ke-9 ni ek?

Sempena menjelangnya tahun baru 2009, Majalah IM memuatkan tip kepada mereka yang bermasalah dalam menentukan azam baru mereka dan juga sesuai untuk mereka yang tiap-tiap tahun menanam azam tetapi tidak pernah terlaksana. Bak kata orang, target yang tersasar dari landasan. :D Dari apa yang saya baca mengenai topik AZAM TAHUN BARU yang diulas oleh MZ, saya yakin, anda akan tetap pada landasan target atau azam anda dan ambillah peluang ini untuk mengubah hidup anda.

Kemuncak keistimewaan Majalah IM kali ini ialah pendedahan mengenai kaedah yang jarang diketahui ramai untuk menjana wang ribuan ringgit secara online iaitu HARTANAH ONLINE. Amende tu? Jual tanah secara online ke? Hehe. Asalnya, saya pun tak pernah tahu mengenai hartanah online ni. Sebenarnya, perkara ini melibatkan urusan jual beli laman web! Terdapat banyak persepsi mengenai urusan jual beli laman web. Samada, anda membina sebuah laman web, mengoptimasikannya dengan niat untuk menjualnya. Selain itu, ada juga persepsi lain. Anda membeli laman web yang mempunyai potensi, seperti laman web yang mempunyai ‘keyword’ yang popular, dan anda ubah suai laman web tersebut, kemudian menjualnya pada harga yang sangat tinggi. Kebiasaannya, urusan jual beli laman web melibatkan puluhan ribu ringgit! Pada pendapat saya, jikalau saya mengetahui mengenai hartanah online lebih awal, saya akan gunakan cara ni je sebagai sumber pendapatan saya. Di dalam topik ini, ia akan menunjukkan  anda beberapa tip bagaimana caranya untuk menjual laman web dan bagaimana untuk menentukan harganya. Setahu saya, kesemua tip-tip ni hanya terdapat dalam ebook yang perlu dibeli. Tapi, Majalah IM percuma je! “Lu pikirla sendiri…”, kata Nabil. :D

Dan untuk topik seterusnya, saya rasa topik ni merupakan dilemma sebenar kepada individu yang hampir putus asa dengan Internet Marketing dan sesetengah daripada mereka mengalami ‘information overload’. Jika anda mengalami keadaan seperti terlalu banyak bahan bacaan atau ebook yang di’download’ dan tidak tahu yang mana satu perlu dilakukan, sudah banyak formula rahsia yang sudah dibeli, pelaburan ribuan ringgit tidak mendatangkan satu hasil pun, jadi, topik yang diulas oleh SmartZul merupakan medium yang sangat sesuai untuk memotivasikan diri anda mengenai satu perkara yang anda tidak pernah tahu untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Kalau nak tahu apa dia, download la Majalah IM ke-9 ni. :D

Salah satu cara menjana pendapatan secara online yang sangat popular pada masa kini ialah menyertai program affiliate. Dengan menjadi seorang affiliate, anda akan dibayar komisyen untuk setiap produk yang anda jual. Malangnya, ramai kecewa dengan program affiliate kerana mereka tetap tidak dapat menjual sebarang produk tersebut dan menganggap mereka tidak mahir dan terkenal seperti kebanyakkan internet marketer lain yang dapat menjual berpuluh-puluh produk dengan jayanya. Jelas sekali, kita tidak menggunakan cara yang tepat untuk memastikan prospek membeli produk yang kita promosikan. Untuk mengetahui cara dan kemahiran yang betul  untuk mendapat jualan yang banyak dari program affiliate, anda perlu membeli eBook yang banyak dijual di pasaran. TETAPI, anda akan mengetahui TIP MENJADI SUPER AFFILIATE oleh Zamri Nanyan yang terdapat di dalam majalah ini secara percuma sahaja. Dan sekali lagi saya tegaskan, dapatkannya secara PERCUMA!!! “Lu pikir la sendiri…”, kata Nabil lagi. :D

Dan seperti kebiasaannya, Majalah IM tidak akan lengkap tanpa adanya sesi temubual bersama para usahawan internet yang telah berjaya untuk dijadikan sumber inspirasi dan panduan kita dengan rahsia dan tip-tip yang mereka dedahkan di dalam temuramah ini. Pada kali ini, Majalah IM menemubual Bob, sesuai sekali dengan tajuk utama edisi kali ini, Hartanah Online. Bob merupakan seorang usahawan internet yang sangat berpengalaman dalam urusan jual beli laman web dan sentiasa menjana pendapatan 5 angka sebulan! Banyak rahsia dan tip yang didedahkan oleh Bob pada temubual kali ini. Majalah IM Edisi ke-9 seolah-seolah menyediakan satu pakej yang lengkap untuk mengetahui hampir segal-galanya mengenai hartanah online tanpa melaburkan satu sesen pun wang anda!

Akhir kata, banyak lagi topik-topik hangat yang dibincangkan di dalam Majalah IM pada kali ini seperti Viral List Building Series, Soal Jawab IM mengenai domain, How to Motivate Yourself as IM, Kaya Harta Kaya Pahala dan seperti kebiasaannya, penekanan kepada kemampuan kuasa minda anda, Tip Mengubah Minda Anda. Jangan tunggu esok, lusa ataupun tulat. Baik ‘download’ sekarang Majalah IM Edisi ke-9 ni sementara masih PERCUMA!!! :D

Sukakan artikel ini? Hantarkan email anda melalui ruang di bawah, sekarang!!

Delivered by FeedBurner

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (14)

wow, pnjgnya review..hoho xlarat nk bc smpai abis..huhu

I adore your writing, it keeps me going :)

nice review tho!~

I’m glad for keeping you going. Thnks and I appreciate it.
Doomo arigator. :)

Sekurang2nya isu dan tahuk unutk majalah IM kali nieboleh mmebuka mata bahawa lebih banyak lagi cabang bisnes yg boleh diterokai unutk create income termasuk Flipping site nie…

.. nice review.. lom baca lagi :P

da nak kuar edisi ke 10 da samdaddycool..abihkan cepat! hehe…

Latest issue masih belum baca lagi..

[...] Tempat pertama ialah: Fatin Pauzi [...]

Salam saudari..

Awak mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Review majalh IM..
Saya sebagai wakil daripada Majalah IM ingin mengucapkan tahniah. Hadiah tempat pertama adalah seperti berikut :

Hadiah tempat pertama:

* Iklan Full Page percuma di Majalah IM Februari yang bernilai RM87.
* Topup Bernilai RM30.

Jadi di sini saya memerlukan details iklan saudari serta no telefon saudari untuk hadiah topup. Sila email saya ataupun terus SMS saya di 0132222529 dengan kadar segera.

Terima kasih
wassalam

Thnks! :D

eh eh eh menang laa pulak reviewnya

wah…. nice review
tpi kalau org yg x suka baca pjg2x
hehe
jadi bosan..
tpi khalifah x bosan de..
byk dpt ILMU…

salam perkenalan

dr.khalifah
BAKAL MENDAHULUI ANDA

Tahniah… wahhhh.. menang la…. caiyok.. caiyok….

@khalifah : Salam perkenalan. Thnks!

@samdaddycool: Yeah, gambari masho! :D

Nyatakan Pendapat Anda: