http://blog.wanitaemall.com

Tentang Saya

masjid kristal

Salam…

Di dunia online, saya mungkin lebih dikenali sebagai Fatin Pauzi. Manakala, di forum-forum tempatan pula, nick name yang paling femes, Pontianak Degil. Sudah berumur 21 tahun. Dengan skemanya, nama penuh saya, Fatin Adawiyah Binti Mohamad Pauzi. Beragama Islam dan berasal dari Paka, Dungun, Terengganu. Saya hanyalah seorang usahawan internet sepenuh masa dan menetap di Seksyen 7, Shah Alam. Selangor.

Saya mula mengenali dunia perniagaan online sejak Jun 2008. Dari seorang usahawan internet terkenal iaitu Adly a.k.a Labanon, saya belajar langkah demi langkah dan mula maju setapak demi setapak dalam dunia perniagaan online.

Pada bulan Disember 2008, laman web pertama yang saya miliki ialah Wanita eMall.Com. Objektif laman web ini ialah saya ingin menjadikannya sebagai sebuah kedai online di mana mereka dapat membeli barang secara online pada harga berpatutan. Walaupun kategori produk di kedai online saya ini masih tidak banyak, InsyaAllah, produk-produk terbaru akan diupdate dari semasa ke semasa. Cukuplah sebagai sumber pendapatan sampingan saya.

Pada Januari 2009, saya mula membina blog pertama saya iaitu Blog Inspirasi & Rahsia Kehebatan Wanita. Kenapa niche wanita? Kerana saya ingin membuktikan, walaupun saya seorang wanita, tetapi saya masih mampu berdiri sama tinggi dengan blogger lelaki di luar sana yang mana blog mereka lagi canggih dari saya. :D Jadi, jangan salah faham sekiranya blog ini tidak membicarakan mengenai wanita sepenuhnya. Malahan, 90% pengunjung blog ini adalah lelaki!

Lebih kurang dalam bulan Januari 2009 juga, saya membina sebuah blog english, 101 Internet Marketing,  yang bertujuan untuk menjana pendapatan melalui blog tersebut. Walaupun proses perkembangan blog ini agak perlahan kerana terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan, saya sudah mula menjana pendapatan sedikit demi sedikit dari blog tersebut. InsyaAllah, saya yakin blog tersebut ada potensinya untuk maju. Aamin…

Pada Mac 2009, saya membina sebuah blog lagi yang bernichekan perniagaan networking, Aku & Ads4bucks. Sebagai seorang networker yang mula aktif sejak awal Februari 2009, saya menjadikan blog sebagai platform untuk saya mendapatkan prospek dan berhubung dengan downline saya dari seluruh pelusuk negara. Dan Alhamdulillah, 90% daripada downline saya adalah datangnya dari online sahaja. Terima kasih kerana yakin dengan kepimpinan saya. :)

Pada bulan Mac 2009 juga, saya mencuba nasib dalam bidang freelancing dengan menawarkan diri sebagai penterjemah artikel BI ke BM. Khidmat saya pernah digunakan oleh usahawan-usahawan internet terkenal seperti Zamri Nanyan dan Asharudin Mohd Sabri. Alhamdulillah, mereka berpuas hati dengan kerja saya dan saya sentiasa menjadi rujukan mereka untuk sebarang projek terbaru mereka. Alhamdulillah. Besar nikmat Allah S.W.T.

Seingat saya, dalam bulan Mac 2009 juga, saya telah dilantik sebagai salah seorang krew Majalah IM, iaitu majalah online yang sangat terkenal di kalangan usahawan internet. Saya ditugaskan pada bahagian review produk. Dan, alhamdulillah, mereka berpuas hati dengan cara kerja saya dan kami bekerja sebagai sebuah keluarga. Lagipun, saya yakin majalah ini berpotensi untuk pergi lebih jauh dan mendapat tumpuan seluruh rakyat Malaysia apabila pemasaran internet menjadi topik utama di negara ini.

Memandangkan blog 101 Internet Marketing saya mungkin kurang mendatangkan hasil, saya bina sebuah lagi blog bagi menggantikan kegagalan saya dengan blog 101 Internet Marketing, iaitu RojakBlog. Kenapa rojak? Anda boleh baca kenapa saya namakan blog ini sebagai ‘rojak’ di sini. :) Alhamdulillah, blog ini ada perkembangan dan InsyaAllah, boleh pergi jauh.

Apabila kita sudah berjaya, pasti ada yang dengki dengan kejayaan kita dan sesuka hati duplicate apa yang kita telah usahakan sendiri. Oleh itu, saya terpaksa menghentikan perjuangan saya dalam Ads4bucks dan mendapatkan perniagaan networking lain yang saya yakin, hanya perniagaan ini dapat menjadi salah satu stream income saya yang terbaik. Dan, saya menemui GDI. Dan, dengan rasminya saya menyertai GDI dan menukarkan blog Aku & Ads4bucks kepada Aku & GDI . :P

Kelahiran Niagakit V2 memberikan harapan baru buat saya. Jika ketika kelahiran Niagakit V1 dahulu tidak dapat saya miliki kerana masalah kewangan, (maklum la, masa tu masih baru bermula menjana pendapatan tak seberapa dari internet), kini, saya sudah mampu memiliki Sistem Niagakit untuk kedai online saya di Wanita eMall.com. Wanita eMall amat penting bagi diri saya dan ia ibarat nyawa saya kerana ia merupakan permulaan tapak saya di dunia perniagaan online. Saya memberikannya nafas baru sebagai nilai sentimental Wanita eMall kepada diri saya sendiri.  Dan sudah tentu, hasrat untuk pergi jauh menggunakan sistem ecommerce merupakan salah satu perancangan masa depan saya. :)

Akhir kata, salam persahabatan dan salam blogger dari saya kepada pengunjung blog  ini. Kunjungan dan persahabatan dari anda amatlah dihargai dengan doa rahmat Allah sentiasa bersama dengan anda semua.

Salam Ikhlas,

signature