http://blog.wanitaemall.com

Tepung Gandum Penyebabkan Kanser!!!

17

Salam ceria, salam rindu dan salam sejahtera….! :)

tepung-gandum-bahan-kimia

Eh..Eh..Anda tak silap masuk blog la. Ni memang blog Wanita eMall. Saya baru sahaja tukar theme blog. Nak amik mood baru, nak rasa fresh lagi untuk menulis blog. Huhu. Tak salahkan? Hurm… Before saya balik kampung esok, saya nak dedahkan satu perkara yang anda semua pasti, konfem and memang tidak tahu! Kalau ada yang dah tahu tu, Alhamdulillah. Boleh la berjaga-jaga lepas ni. Tapi, yang masih tidak mengetahui perkara ini, baik jangan berhenti dulu! Teruskan membaca. Kalau tak, doakan anda terselamat dari kanser! (Gurau je deh :D)

Saya yakin masih ramai rakyat Malaysia di luar sana tidak menyedari bahaya tepung gandum. Malahan, saya sendiri pun baru sahaja mengetahuinya! Nasib baik saya ni jenis kurang makan kuih, mee and roti canai yang kandungan utama makanan-makanan tersebut ialah tepung gandum. Apa yang saya makan, nasi, nasi dan nasi. Hehe… Tak kenyang la makan yang ringan-ringan. Kuih-muih, mee dan roti canai hanya ‘junk food’ saya je. Alik-alik, mesti kena makan nasi gak.

Eh, berbalik kepada topik asal. Untuk pengetahuan anda, warna asal tepung gandum ialah berwarna kuning. Bukan warna putih melepak seperti yang kita lih

at dalam bungkusan tepung gandum yang jual kat kedai tu. Kebanykkan atau hampir kesemua kilang di Malaysia telah menggunakan sejenis peluntur atau bahan kimia yang sangat berbahaya untuk melunturkan warna kuning tepung tersebut dan supaya tepung tersebut nampak lebih putih, cantik dan menyelerakan.

Apakah bahan kimia yang terdapat di dalam tepung gandum? BENZOYL PEROXIDE! Apakah kegunaan sebenar bahan kimia ini? Seingat saya, Benzoyl Peroxide ni terdapat dalam kandungan ubat jerawat saya :D merupakan salah satu bahan peluntur yang sangat kuat. Ia berkemampuan melunturkan warna baju, warna hitam rambut dan tidak hairan la warna kekuningan tepung gandum yang masih belum diproses dapat dilunturkan. DAN, bayangkan pula jika bahan kimia ini masuk ke dalam perut anda? Unimaginable effects!

Pesakit gout, diabetes dan arthritis tidak digalakkan meneruskan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan tepung gandum yang sangat tinggi. Ini akan menjadikan penyakit mereka lebih parah kerana kandungan asid borik yang terdapat di dalamnya dan nutrisi gandum yang telah hilang akibat penggunaan Benzoyl Peroxide. Kesan bahan kimia ini tidak dapat dilihat dalam masa yang singkat. Sebaliknya, ia mengambil masa 20 hingg 30 tahun untuk kesan buruknya kelihatan. Patutlah penyakit gout, diabetes dan arthritis dah menjadi lumrah dalam masyarakat kita.

roti-canai-mamak-belakang-umah-aku

Untuk pengetahuan anda, pada suatu ketika dahulu, terdapat sebuah lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapura telah ditegah masuk kerana gandum tersebut mengandungi bahan kimia. Malangnya, Malaysia terus menzalimi rakyatnya dengan membenarkan tepung gandum yang sangat merbahaya ini dijual berleluasa di kedai-kedai runcit. Apa nak jadi? Apa nak jadi? :( Nasib baik saya kurang gemar sangat makanan yang berasaskan gandum. Ha! Tak lupa juga. Roti…Erk!

Jadi, pada pendapat anda, bagaimana cara untuk kita mengatasi masalah ini? Perlukah kita boikot tepung gandum sedangkan sebahagian daripada ekonomi negara kita bergantung kepada tepung gandum? Atau, kita perlu bertindak sekarang untuk menyuruh kerajaan bertindak tegas mengenai perkara ini? Jom, let discuss it!

Sukakan artikel ini? Hantarkan email anda melalui ruang di bawah, sekarang!!

Delivered by FeedBurner

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (17)

kena buat kajian nie, kalau betul melebihi had kena ban la kilang yang buat 2. tapi roti canai and capati memang sedap.:)

Haha..dengar nak ban kilang, kdengaran da bagus da tu. Spirit nak jage kesihatan tu ada. Tapi, bile masuk bab kesedapan roti canai and capati, tak ingt da yang kisah nak ban kilang tu.hahaha…

rasanya dah bertahun makan roti… bape kilo dah makan roti yer? kalo makanan rujinya adalah roti camner yer dari mak ayah dan neneknya ?

kalau takde tepung susah gak…aku suka makan roti canai,kuih mak aku buat semua guna tepung..ada suggestion ganti tepung ni tak??

wah dah berwajah baru blog nie ek…teruskan ek

Baru tau yang tepung gandum ada penyebab kanser..
Kena kurangkan makanan berasaskan tepung gandum ni…

Aq ingatkan salah rumah tadi….baru pndah rumah baru. Baru kedai lagi.

wahh…rumah baru…maintain…
so, kurangkan makan gandum…
makan kueh ok…roti canai lg ok…
huhuuuu…

@PM : Thanks, PM. Baru lepas tukar make up. sebab tu berwajah baru..hehe..

@KampungBoy : Haha..tu la..rumah baru tukar kaler…

@Yuzmir : A’ah..ye la tu..Roti canai lagi ok! Haha.. Yuzmir kene makan banyok2 la eh.. :D

@abdfatah : Kesan untuk BP bertindak dengan tahap kesihatan manusia adalah dalam jangka masa yang sangat panjang. :)

@shamxo : Herm, tu yang payahnye, Sham. Sume kuih melibatkan tepung. Cuba cari kot2 ade source yang jual tepung tanpa B.

@zool : Yup, zool. nak elakkan, payah skit. sebab hanpir semuanya melibatkan tepung. Kene kurangkan la makan makanan yang berasaskan tepung gandum.

oh baru make up ek..( cam sailormoon pulak de make up2 nie)

out of topic–> xpasti jugak…mungkin dorang sendiri inginkan sesuatu yang mampu mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.. fikiran remaja memang sukar diduga

Erk, sailormoon gune make up ke, PM? :D

owh…kene lagi aware ngan tepung pasni…
aku da la ske makan cekodok ngan roti sardin…huahaha

Owh..bagus betul makan kegemaran awak, spatt..
tradisional! xde kfc ke, mc d ke..:D cekodok idaman hati mu.huhuhu.great!

tau kah cam na cari tepung roti kat Jakarta

Maaf, Cashs. Saya tak pasti.

salam fatin..

suatu info yang bermenafaat..sesuatu tindakan perlu di cadangkan kepada pihak pengimpot gandum supaya mengimpot juga gandum dalam bentuk “raw material” iaitu gandum asas yang belum di proses sepenuhnya dan di kilangkan di Msia,lagi murah kosnya dan kita terselamat dari “long term disease” ini, rakyat semakin sihat dan kos perubatan juga dapat di jimatkan…

“ceria dan sihat sepanjang hayat”
wassallam alqaswa.

Nyatakan Pendapat Anda: