http://blog.wanitaemall.com

Tikus lebih glamor dari Siti Nurhaliza…

16

Salam untuk anda semua…

Saya pasti dan yakin, ramai peminat Siti Nurhaliza diluar sana yang marah dan bengang dengan statement ni. Rilek, jangan cepat melatah. Anda perlu akuinya! Kenapa saya cakap camtu? Kalau nak tahu, teruskan membaca sehingga ke bahagian akhir post ini.

Jangan terkejut, jangan ternganga, jangan terperanjat! Hehe. Kalau anda nak tahu, sejak dari sebelum Siti Nurhaliza glamor lagi, tikus terlebih dahulu glamor! Kenapa? Herm, hampir semua orang tidak suka dengan kehadiran tikus. Saya akaui, sesetengah orang masih ada yang suka tikus tapi tu lain cerita la abang, adik dan kakakku sekalian. Cerita tikus kali ini melibatkan tikus tanah dan tikus rumah yang menjijikkan tu! Yang menghuni rumah kita tanpa kebenaran. Datang tak berjemput, masuk tak bersalam!

Kalau anda menggunakan ‘keyword’, ‘Halau Tikus’ pada enjin pencarian Google, anda akan menyedari bahawa jutaan orang di luar sana bercerita mengenai tikus. (macam mana la kawan tu tak terbelahak?) Kalau anda baca penyelesaian yang dibincangkan cara untuk menghalau tikus, anda akan rasa seperti sedang menonton cerita Senario ataupun Raja Lawak. Pelbagai cara penyelesaian diutarakan untuk menghalau tikus. Di sini saya quote beberapa dialog dari Forum Mesra.net Antaranya ialah :

Syarol
Caranya…. Cuba bagi salam, pastu cakap baik dengan penuh sopan, “wahai cik tikus.. ooh cik tikus.. Saya minta tolong jangan ganggu harta benda saya yer.. Saya tak ganggu awak, so awak jangan le ganggu saya okey.” Begitulah lebih kurang skripnya… Saya rasa anda juga lebih berbakat untuk guna kata-kata yang lebih manis dan menambat hati tikus-tikus tersebut. Semoga berjaya.

Ada pula yan cadangkan macam ni :

mcnaz
Sng je petua ni…tangkap sekor idup2, gunakn prangkap brumpankan ikan masin ker…apa2 la. pas2 bila dah dpt tangkap kurung dia 2-3 ari…dlm bilik air ker…bagi dia minum…je…pas2 ari ke4 bwk dia kuar n ckp kat dia jgn dtg umah aku lg…kalo tak pas ni aku kurung/bunuh ko lagi…pas2 baca bismillah n lepaskn dia…insyaAllah dia takkn dtg lg skali ngan geng2 dia…dah ramai org mpraktikkan petua ni…dan dijamin brkhasiat… wink.gif insya Allah

Haha..Macam-macam. Dari skrip di atas, ada pula yang tanya soalan ini :

nurr
erk..tak ke dia dendam lak nanti

Nanti dulu! Ada satu lagi jalan penyelesaian yang memegang konsep “Budi Bahasa Budaya Kita” :

ayasofya
Ada juga petua org dulu2 yg ckp jgn sebut perkataan ‘tikus’ tp guna perkataan cik siti ke atau nama2 lain ada yg ckp letak buah keras tp bermaharaja lela jugak tikus skrg educated..cerdik bangat

Jadi, tak salah saya cakap yang tikus lebih glamor dari Siti Nurhaliza kan? Haha… Tikus wujud sejak sebelum kelahiran Siti Nurhaliza lagi. Gurau je neh. Jangan la marah sangat, peminat-peminat Siti. :D

Mungkin anda boleh menggunakan kaedah lain seperti menggunakan getah tikus, ubat serangga dan sebagainya yang melibatkan bahan kimia yang sangat berbahaya bukan sahaja untuk kehidupan tikus tetapi kehidupan anda juga. Oleh itu, saya sangat menyarankan penggunaan yang lebih berorganik seperti Spray Serai Wangi

Spray Serai Wangi sangat berkesan untuk menghalau tikus, semut, lipan, anai-anai,lipas dan apa jua jenis serangga yang menghuni rumah anda. Ia tidak merbahaya kerana ia dibuat daripada serai dan secara tradisional, serai sangat berkesan untuk menghalau serangga dan ‘unggas-unggas’ yang menumpang di rumah anda. Selain itu, penggunaannya sangat mudah seperti makan kacang cap ibu jari. Hanya semburkan tempat yang menjadi laluan tikus. Sekiranya anda menjadikannya sebagai pencuci lantai, anda hanya perlu mop dan tidak perlu membilasnya. InsyaAllah, ia tidak merbahaya bagi baby yang merayap di lantai.

Jadi, betulkan yang tikus lebih glamor dari Siti Nurhaliza?

Sukakan artikel ini? Hantarkan email anda melalui ruang di bawah, sekarang!!

Delivered by FeedBurner

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (16)

yea betul dan benar sekali, itu belum lagi cara nak halau pijat. halau anai-anai… halau tikus pun popular kat dalam internet nih… keyword mahal jugak nih..

haha..so, apa lagi fatah? Manfaatkanlah keyword yang mahal ni.

kesimpulannyer..
bela la tikus byk2 klu nk jd glamer..

tikus pun leh dijadikan post ek?
kot ye pun cari la tentang naga ke?
kan power…huhuuuu…

pasni kalau, aq nak halau tikus kat umah aq, boleh panggil ko jela…nampak ada gaya kepakaran nie…

@yuzmir : Yuzmir, kalau cite sal benda hebat, nde tu da tak hebat lagi. Tapi, kalau cite nde tak hebat, perkara tu leh jadi hebat tau.Tikus yang tak hebat, baru sedar yang die glamor rupenya. Hihi.

@KampungBoy : Haha. Aku tak la sehebat ko, KampungBoy. Ko dapat tarik peminat sampai datang umah. Cik tikus ler..hehe

Memang betul sekali..tikus lebih glamour dari Siti Norhaliza..nasib baik aku bukan peminatnya…

Haha. So, awk lebih minat tikus berbanding Siti Nurhaliza la, ek? :D

saya xminat siti nurhaliza, siti saerah, mahupun tikus…
saya paling xminat dgn lipas!muahahaha

Spatt, saya tau awk tak minat semua tu..
Awk suke cekodok ngan roti sardin kan?hehe

menarik citer ni..hehe..
ade juga sy dgr org nk hlang n hlau tikus ngn cara2 mcm tu..bila kte dgr mcm mengarut..tp bila praktikkan menjadi la plak kn cara mcm tu..semua tu kebetulan..ape2 pn yang penting kite ni insan kerdil..Yang Maha Esa yang menentukan menjadi tau tidak sst keadaan..jdi kte ni perlu pikir dgn baik dlm setiap perkara..betul tak? yang baik dtg dari Allah S.W.T yang kurang baik dtg dari dri kte sendiri..
renungkanlah..

Huhu. Yup, betul tu Khairul. Bagusnye la. Anak sapo ni ek? :D

meh kita reramai halau cik siti yang glamer itu..

cara terbaek..ternaklah kucing dengan banyaknya di rumah anda..jangan biarkan rumah anda diselubungi….tahi tikus..

eh fatin..sy link kan kamu ye..

Owh, ok. Thnks! :)

Nyatakan Pendapat Anda: