http://blog.wanitaemall.com

Tip Mencantikkan & Mengekalkan Mutu Kerongsang Wanita

27

Assalamualaikum…

Saya tidak pasti samada sudah ramai mengetahui kaedah ini ataupun belum, tetapi tidak salah untuk saya berkongsi sedikit tip yang saya miliki ini. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan kerongsang yang dijual di merata tempat tidak banyak bezanya walaupun harga setiap kerongsang adalah berlainan. Apa yang saya maksudkan di sini ialah tahukah anda bahawa walaupun anda membeli kerongsang yang mahal kerana anda menganggap kerongsang begini lebih tahan lama, anda mungkin telah silap.

Setiap kerongsang mempunyai mutu ketahanan yang sama. Yang membezakan harga sesuatu kerongsang itu adalah terletak pada jenis permata/batu/manik yang digunakan dan juga reka bentuknya. Walaupunbagaimanapun, semahal mana pun harga kerongsang tersebut, mutu ketahanan kerongsang tersebut masih sama. Contohnya, bandingkan kerongsang yang berharga beberapa sa ringgit dan juga berharga puluhan ringgit. Saya yakin, setelah beberapa hari anda menggunakannya, pasti ada yang akan mengeluh dengan permata/batu/manik nya yang telah tercabut atau jatuh dari kerongsang. Ini sekaligus mencacatkan rupa kerongsang tersebut dan amatlah tidak berbaloi sekiranya anda telah menghabiskan puluhan ringgit hanya untuk mendapatkan kerongsang tersebut.

Cantikkan Kerongsang dengan Pengilat KUKU

Oleh itu, pada kali ini, saya ingin memberikan sedikit tip bagaimana untuk mengekalkan mutu kerongsang anda dan sekaligus mencantikkannya. Untuk memastikan permata/batu/manik pada kerongsang anda melekat dengan kukuh pada kerongsang, sapukan satu lapisan pengilat kuku pada permata/batu/manik kerongsang tersebut. Pengilat kuku boleh bertindak seperti gam untuk melekatkan permata/batu/manik pada kerongsang. Jadi, ia tidak mudah tercabut dari kerongsang dan lebih tahan lasak ketika digunakan.

Selain itu, pengilat kuku juga dapat mencantikkan rupa kerongsang anda. Bahan ini dapat mempunyai kandungan bahan kimia yang dapat mengilatkan batu permata pada kerongsang seperti mana ia dapat mengilatkan kuku. Tetapi, pastikan anda menggunakan pengilat kuku yang tidak mempunyai warna (colourless) supaya ia tidak menjejaskan warna asal batu permata tersebut.

Apa lagi? Cuba sekarang dan maklumkan pada saya hasilnya! :)

Tak Nak Terlepas Post Seterusnya? Sila Masukkan Email Anda Di Bawah:

Delivered by FeedBurner

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (27)

saya tak pernah terfikir pun yang pengilat kuku dapat mencantikkan batu kerongsang. Bagus tips ni

Owh ye ke? Huhu. Leh la apply tips ni nanti yerk. :)

Bolehla…aku simpan ilmu nie tuk
skolahkan bini aku nanti

Hoho. Aku ingatkan ko da kawin. wakaka.

hehe…aku tak pernah pakai pewarna kuku mahupun keronsang…apatah lagi menghadiahkan keronsang kat awek :-)

Fatin dah tuka theme baru la…nampak lain betul dati theme yg lama tu…:-)

Active Blogger’s last blog post..ABPBH Akhirnya Mencapai Klimaks

Huhu. Takpe. Lain kali leh bagi tips kat awek sal nde ni. Bangga awek dapat pakwe yg berilmu pengetahuan mcm ko tau. huhu..

*ko rasa ok tak theme baru aku ni ek? aku masih tak puas hati ler..:(

Theme nie dah OK dah..tp aku suka theme lama ko sbb nampak unik sikit…

Active Blogger’s last blog post..Melayu Boleh Online Dan Cabaran SEO 2009

Owh ye ke? Ni nak tukar balik ni. huuu

Fatin Pauzi’s last blog post..Toner Mata Bagi Segala Jenis Penyakit Mata

Kalau dah tukar tu biar je la dulu…mana la tahu orang lain suka :-)
Active Blogger’s last blog post..Melayu Boleh Online Dan Cabaran SEO 2009

sayang…aku tak pernah guna pengilat kuku…tambah2 lagi nak beli kerongsang…
tapi bley bagi tips ni kat mak aku…heheeee…
Inspirasi & Rahsia Kehebatan Wanita berwajah baru…
Tetap pinky…

yuzmir’s last blog post..Cara Dapatkan Trafik ke Blog Anda

Bagus orang2 kat sini ek?
Jangan lupe gitau kat mak ek?
Ok tak theme kali ni?
cam tak puas ati lagi ler..:(

Fatin Pauzi’s last blog post..Toner Mata Bagi Segala Jenis Penyakit Mata

huhu…..petua yang bagus. pasni ley applykan ilmu nie kat mak……… : )

:D Jangan lupe gitau mak ek? :)
Fatin Pauzi’s last blog post..Toner Mata Bagi Segala Jenis Penyakit Mata

dah ok dah tu fatin…
nape tak puas ati lg???
moleh doh tuuu…
comel lote doh…
meching dengang kaler dier…

yuzmir’s last blog post..Cara Dapatkan Trafik ke Blog Anda

Ye ke molek doh?
huhu..so, cun doh ke angelina jolie
duk congok situ? haha..

Fatin Pauzi’s last blog post..Toner Mata Bagi Segala Jenis Penyakit Mata

boleh jadi sifu
dalam rawatan kecntikan cmni fatin
pe kata ko bubuh model lain
lisa suriani ker
huhuhh
bagi peluang kat artis msia tunjuk muk diorang kat blog ko nie

Haha. Kenekan aku balik nampak.
Kalau aku nak letak artis malaysia kat sini,
baik aku letak gambar wardina ke, wahida ke,
itu lebih manis. hehe.
Lagipun, lisa suriani pun aku tak kenal sape.
Baru tadi kenal lepas roger pak cik google.
Tapi, idola aku tetap angelina jolie. kekeke.
Kalau artis Malaysia, aku minat bini Ijoe,
maya karin ngan sarimah je la.
Sebab mereka ni positif. Macam angelina jolie. huhu.

Fatin Pauzi’s last blog post..Toner Mata Bagi Segala Jenis Penyakit Mata

ooo ada gak artis yg jadi idola ko yek…aku tak perasan lak aku ada artis idola ataupun tak…tp macam tak de jek….;-)

Active Blogger’s last blog post..Melayu Boleh Online Dan Cabaran SEO 2009

Kalau ko tak de artis idola, takpe. Cukup la sekadar diri ko sndiri menjadi idola untuk ko. Itu pun suda bagus. huhu.

Fatin Pauzi’s last blog post..Toner Mata Bagi Segala Jenis Penyakit Mata

buat la tips mencantikkan rantai plak..hehe
aku ada satu rantai nih, dah buruk sangat2 dah.. :(
spatt’s last blog post..Blog Ni Kucar-Kacir!

Rantai? ko gi je kedai, cuci rantai tu. siyes. tak tipu. :P

bagus gak info ni, kalau bagitau bini tentu dia bangga.kebetulan pulak memang kaki beli kerosang

katahill’s last blog post..‘Sek Deber’ Turun Bkt Jalil

Huhu. Jangan Lupa gitau deh. ;)

Mudah! Bolehlah bagitau orang rumah daripada membeli banyak kali kerongsang baju, baik cuba apply tip ni. Butang baju Melayu boleh jugak ke?

Boleh apply gak. Tak de masalah.. :)

saya dah penah try tapi.. disebabkan pengilat kuku tu terlalu cepat kering, ada kesan sapuan (mcm bentuk bulu brush) pada coat pengilat kuku tu..

Erm, tu la. Nak sapu pun, kene pandai. Sekali sapu je, so that die tak tebal sangat. :)

Nyatakan Pendapat Anda: