http://blog.wanitaemall.com

Tip Pengguna : Tip Membeli Kereta Terpakai

26

Salam semua…

Bagi kategori 1 Pengguna 1 Suara, saya ingin menambah tip berikutnya bagi menjadikan kita, sebagai rakyat Malaysia, untuk menjadi pengguna yang lebih bijak. Pada kali ini, saya akan membicarakan mengenai cara untuk membeli kereta terpakai. Berikut adalah tip-tip yang mungkin ada boleh jadikan panduan ketika membeli kereta terpakai :

1) Pemeriksaan Luaran

  • Pastikan keadaan luaran tidak berkarat dan ton warna badan kereta adalah sama di semua permukaan. Ton warna yang berbeza bermakna mungkin bahagian tersebut telah dicat semula dan ini mungkin memberi petanda bahawa kereta tersebut pernah terlibat dalam kemalangan

2) Pemeriksaan Ruang Enjin

  • Enjin tidak diubahsuai, bersih dan tiada kebocoran minyak hitam
  • Periksa sudut-sudut tersembunyi pada enjin untuk memastikan tiada lekuk atau kemik yang menandakan kereta tersebut pernah mengalami kemalangan dan tidak disedari oleh mekanik

3) Pemeriksaan Ruang Dalaman

  • Keadaan dalaman kereta dalam keadaan baik dan tiada yang berkarat atau retak
  • Pastikan kesemua peralatan seperti radio,alat hawa dingin, suis lampu dan tingkap masih boleh digunakan
  • Pastikan kesemua aksesori yang terdapat di dalam kereta tersebut adalah yang asal dan tidak digantikan dengan aksesori yang berbeza

4) Pandu Uji Kereta

  • Hidupkan suis kereta - Pastikan semua meter dan indikator berfungsi dan menyala untuk menandakan kereta tersebut dalam keadaan baik
  • Hidupkan enjin - Pastikan tidak berlaku gegaran pada enjin, tiada masalah dengan sistem kotak gear, suhu kereta stabil dan tidak cepat meningkat
  • Pandu uji kereta - Pastikan tiada bunyi yang luar biasa kedengaran dan tiada berlalu sebarang gegaran ketika kereta bergerak

5) Pemeriksaan Terakhir

  • Pastikan nombor casis dan nombor enjin sama dengan dokumen pendaftaran kereta
  • Semak dengan pihak berkuasa seperti JPJ dan Polis untuk memastikan kereta tersebut tidak mempunyai rekod kesalahan lepas serta segala butir kereta adalah betul dan tidak dipinda

Saya yakin panduan ini amat berguna bagi mereka yang gemar tukar-tukar kereta dan membeli kereta terpakai. ;) Sekiranya anda mempunyai sebarang panduan yang boleh ditambah, jangan segan-segan mengemukakannya di ruangan komen di bawah.

Tidak Mahu Terlepas Post Seterusnya? Sila Masukkan Email Anda Di Sini :

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (26)

mana awk tau info2 ni? btw, thanks.

Saya pergi seminar 1 Pengguna 1 Suara dekat Kuala Terengganu hari tu. :) Welcome.

aku rasa kereta terpakai kat malaysia memang agak payah menepati ciri2 yang kat atas tu… kena banyak lokasi kena belek…berpeluh tu lain kat UK mesti tak der hal punya… anyway good tips… thanks

Erm, I thought so. Tinggal kereta yang memang bermasalah je. Nak dapat road tax pun susah bila beli kerete second hand.

betul tu..semuanya mcm dah hancur je..klu yg elok pun yg keta br pakai stahun 2..tu pun payah nk cr..huhuhuh

kalau sy la kan, akan amik kete yg dh dimodifiedkan..hehe

Tu betul gak tu. Sebab dah agak mantap. :)

Bagus tips dari blog wanita emall ni…first time komen kat blog ni..

Terima kasih. Singgah la sini selalu ye. :)

Semasa pandu uji tu lah dapat tahu kelemahan kereta tu…Mesti dapat kesan punya =)

A’ah. Betul tu. Blinkky pernah beli kereta terpakai?

not bad.
teringin gak nak carik kereta.
tapi kalau kereta yang berantu tuh camne plak?huhu

Kereta berhantu? Kalau kereta berhantu, simbah je dengan air bacaan Yasin atau solat hajat. ;)

Bagus betul info ni. Berguna kepada sesiapa yang nak beli kereta terpakai. Thanks fatin good info.

fatin,awak cari info pasal jual beli umah??saya nak standby awl la..nanti nak bli umah sebijik.wu…

Owh ok. Saya cuba dapatkan maklumat tu. InsyaAllah…

ada member aman nak beli kereta second hand. pasnie leh suruh dia rujuk sinie., nice~~

Owh ye ke? Bagus la tu. Boleh refer sini je. :)

Kalau saya …. time nak tengok kete bawak sekali member yang jadi mekanik atau xpert pasal kete untuk tengok skali…

bgs la fatin..join seminar cmni..lps tu share same kite.hehehe…duit stakat nk da ckp kot nk pakai kete terpakai..hehe

Time tak mampu, pakai la kereta terpakai dulu wat sementara waktu. InsyaAllah, lama2 nanti dah boleh pakai kete baru. ;)

Payah ni nak cari kereta di Malaysia.

Dapat kereta tak kira baru ke lama.bawa saja pakai hentam.bila rosak tak tahu nak buat apa.

Haha. Tu la, kene amik tau sikit sal kete ni. huhu

salam dari alqaswa,

Goog info…tambahan tip supaya jangan terbeli kereta
yang telah di sambung…
cuba pandu kenderaan tersebut dalam kadar kelajuan melebihi 100km/j sebaiknya di atas jalanraya yang tidak sibuk,seandainya kenderaan tersebut semakin meningkat gegarannya berkadar dengan kelajuan yang dipandu…AWAS! kenderaan tersebut mybe telah
di sambung dua selepas major accident….check betul2
sambungan dibawah badan kenderaan tersebut…bawa check puspakom sendiri…jgn bagi ‘broker’ check…pasti LULUS…hehehe
(expe.. penulis sendiri)
Salam dari alqaswa..

Salam…

Great! Thanks sebab sudi berkongsi tips tambahan yang boleh diambil kire untuk beli kereta terpakai.

Salam Fatin. Wah sekarang bab-bab kereta pun Fatin dah expert. Bagus sekali tip ni. Sebab saya pun pakai kereta terpakai je.

Nyatakan Pendapat Anda: