http://blog.wanitaemall.com

Tip Pengguna : Tips Penjimatan Bahan Bakar Kenderaan

32

Salam kepada pembaca blog Wanita eMall…

Baru-baru ini, saya ada menghadiri seminat pengguna di Kuala Terengganu. Banyak yang saya dapat daripada seminar ini, lebih-lebih lagi kerana saya sendiri adalah seorang pengguna. Kadang-kala, kita tidak menyedari hak kita sebagai seorang pengguna dan membiarkan penjual memperkotak-katikkan hak kita sebagai pengguna. Jadi, kita perlu mengambil cakna mengenai hak kita sebagai pengguna.

Pada kali ini, saya ingin menambah satu lagi kategori dalam blog ini iaitu 1 Pengguna 1 Suara yang mengandungi tip-tip dan panduan bagi pengguna. Sebagai seorang pengguna, kita mestilah menjadi seorang pengguna yang bijak. Konsep pengguna bijak diwujudkan untuk melahirkan masyarakat pengguna bijak, bermaklumat, proaktif, progresif dan bertanggungjawab.

Untuk post pertama bagi 1 Pengguna 1 Suara, saya akan mendedahkan beberapa tips penting untuk penjimatan bahan bakar kenderaan. Antaranya ialah :

  • Elakkan mengisi minyak pada cuaca panas kerana ia mengandungi banyak wap. Sebaiknya, isi minyak pada awal pagi atau malam kerana pada waktu ini, minyak kurang meluwap.
  • Pastikan anda mengunakan gear yang sesuai dengan kelajuan kenderaan. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan tinggi akan mengakibatkan anda menggunakan lebih banyak minyak.
  • Bawa kereta dengan keljuan tetap dan kurangkan menukar gear jika tidak memerlukan.
  • Kurangkan perjalanan jarak dekat dengan berjalan kaki. Bahan bakar boleh dijimatkan di samping anda dapat bersenam.
  • Tutup tingkat kereta ketika memandu kerana ia boleh menjimatkan minyak anda sehingga 10%. Memandu dengan tingkap terbuka akan memperlahankan kereta.
  • Pastikan tekanan tayar anda berada pada ukuran yang betul. Pastikan kandungan udara dalam tayar tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit.
  • Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti kotak menyimpan barang di atas bumbung. Ini kerana ia menyumbang kepada berat kereta dan menghalang laluan angin.
  • Buat penalaan (tuning) enjin dari semasa ke semasa kerana enjin yang berkeadaan baik akan menggunakan minyak dengan efisyen.
  • Jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan mengakibatkan tenaga bahan api hilang melalu penggeseran tenaga.
  • Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual dan tukar penapis udara dan penapis minyak petrol setiap 40 ribu kilometer.

Saya yakin, beberapa daripada tips di atas sudah anda ketahui. Dengan tip-tip yang dibekalkan, saya yakin anda dapat menjadi pengguna yang bijak dengan meminimakan penggunaan bahan bakar bagi kenderaan anda. Ia amat diperlukan pada masa sekarang sebagaimana harga bahan bakar semakin meningkat dari hari ke hari. Selamat mencuba! ;)

Tidak Mahu Terlepas Post Seterusnya? Sila Masukkan Email Anda Di Sini :

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (32)

Bagus juga tips ni, tp kdg2 x beringat juga. Tips yg selalu sy buat adalah, banyakkan guna motosikal berbanding kereta.

Erm, salah satu tips terbaik gak tu. ;)

oit fatin..!! ingat aku dok..??

ingat mung menikah dah…hehe..pe kabar??

tadi jalan2 kat blog justkhai, jumpa mung…sekali nengok, macam kenal…rupanya mung…

Salam..
Ingat sangat. Bakpe ingat aku nikoh doh? Apo da…

hehehe…dok r…hani gtaw mung nak menikah masa kita last2 day kat matrix tuh…

aku ingat mung selamat daaahhh…

hahaaa…

Ish, cite dongeng… Mane ade lor… Aku ada gak blog personal. Kekgi aku tinggal link kat blog mu neh.

okeyh boh…bereh…

haha.. org ghanu jumpe org ghanu jd gapo?? nih

Jadi riuh habih. huhu

Kadang-kadang tu susah jugak nak ikut tips-tips tu =)

Agak la. Tapi, yang lain saya boleh ikut je. Bab tukar gear tu, susah skit. Haha. Sebab saya suka memotong. :P

Hey this is Shafar from tipsblogger.com

Your domain 101-internet-marketing.com looks expired. Hope it will be back soon with great articles!

I don’t know what language is in this website, but i guess it’s Portuguese ;) I translated it via Google!

Happy Blogging
Regards

Hye, Safar…
Yeah, the domain already expired. But, I will renew it to sell the domain.

Maybe I’ve left wrong blog url at your blog. You can’t understand this language for sure. This is not Portuguese. This is Malay language. :)

Tip yang bagus :-)
Fatin betulkan point no 5 tu…. tingkap sepatutnyakan? xpun mmg panggil tingkat :-)

Jangan marah eh :-) senyum selalu :-)

Haha. Typing error. okeh2. Tenkiu. ;)

Orang kata lari lagi laju lagi jimat minyak kenderaan…… ermmmmm… betul jugak tu…
fikir-fikirkanlah… muahahaha

Betul juga kot. Bawa laju, cepat sampai jd sekejap je enjin kereta hidup. Jimat lah minyak, muahaha..

hehe..bagus tips ni..

klo lori balak nk jimatkn mnyak cmne pula..he he

Nama pun lori minyak Pakrab. Mentenen tinggi skit la… hehe

Bab isi angin tayar memang tak reti.sebab meletup.kena suruh laki juga.

Bagus tip.terima kasih.

Meletup? huhu. Dasyat tu kak. :)

Fatin, saya tambah lagi satu. Gunalah minyak RON97. Ianya jauh lebih berkuasa dan menjimatkan. Harga memang sedikit mahal tetapi minyak ini lebih bagus dari sudut ketumpatan dan pembakarannya. Enjin kereta pun tak tersedut-sedut.

Owh ic. Sekarang banyak produk macam tu kan? Ia mungkin leh jadi salah satu medium untuk jimat minyak. :)

ooo demo oghe ganung ruponyo..haha kepok lekor so

Erm, orang ganu. Asal ganu je, mitok kepok lekor. haha. Lainkali mitok ar kain batik. kekeke

waahhh..info yg sgt berguna..trimas fatin!

You are most welcome. ;)

salam singgah,
terimakasih dengan tips ni, aku ader satu lagi tips nak jimat minyak… sentiasa kekal kan rpm 3000 keatas ketika menukar gear. Rasalah perbezaanya. Untuk kereta auto… jgn rajin tekan break erk… aku dapat tips ni dari karamjit singh.

Salam.

Kereta yang saya pakai gune enjin turbo. Tapi, mira je. Agak susah nak berjimat. huhu.

tip menarik..hoho…..thnks kongsi fatin..

hoho. welcome. ;)

Nyatakan Pendapat Anda: