http://blog.wanitaemall.com

Urutan Wajah Lambatkan Penuaan

21

Wanita sering dikaitkan dengan kecantikan, kehalusan, kesopanan dan keghairahan. Jika kesemua aspek ini tidak wujud dalam seseorang wanita, ia seolah-olah melambangkan wanita tersebut tidak sempurna. Lelaki sukakan wanita. Malahan, wanita sendiri ada yang mengagumi kecantikan wanita lain yang lebih cantik. Golongan yang cantik sangat bertuah dan amatlah rugi jika mereka mensia-siakan kecantikan mereka.

Tapi, bukan mengenai wanita cantik yang saya ingin tuliskan pada hari ini. Tetapi, apa yang kita lihat, bila umur seseorang wanita meningkat, segala yang dipuja, terutamanya secara fizikal, akan mula berkurangan.Contohnya, kecantikan akan semakin pudar bila kedut sudah mula timbul, keghairahan mula menurun bila hormon menopouse mula ‘menjelma’, perasaan malu mula menjengah bila tubuh badan mula menaik.

urutan wajah lambatkan penuaan

Walaubagaimanapun, semua itu kita dapat atasi jika kita pandai menjaga tubuh badan, kesihatan dan kecantikan kita. Kita boleh kurangkan lemak, turunkan berat badan yang meningkat dan mengekalkannya, tetapi tidak dalam bab penuaan. Walau banyak mana pun produk anti-penuaan yang kita pakai, hakikatnya kita tetap akan tua. Berita baiknya,walaupun kita juga akan tua suatu hari nanti tapi kita masih dapat melambatkan proses penuaan yang berlaku pada wajah kita.

Setiap penyakit pada asasnya berpunca daripada perjalanan darah yang tidak lancar. Secara ringkasnya, perkara yang sama berlaku pada wajah kita. Sekiranya perjalanan darah pada bahagian wajah kita tidak lancar, jerawat mudah timbul, tona kulit akan tidak sekata, liang pori yang sangat kelihatan dan pelbagai lagi masalah kulit yang lain kerana kulit muka adalah bahagian kulit yang sangat sensitif.

Oleh itu, bagi aspek penuaan pula, sekiranya perjalanan darah pada bahagian wajah berjalan dengan lancar, ia juga akan melambatkan proses penuaan yang berlaku pada kulit wajah. Ia boleh dilakukan dengan urutan pada wajah anda. Selain itu, ketika melakukan urutan pada wajah, anda boleh gunakan produk perawatan anti-penuaan atau pembaharuan sel-sel yang rosak sebagai pelembab utama ketika proses urutan dilakukan. Kesemua ini perlu dilakukan seawal umur 25 tahun kerana ia waktu yang terbaik untuk melambatkan proses penuaan yang berlaku.

Urutan Wajah Lambatkan Penuaan

Seperti kata Stephanie Chai mengenai tip kecantikan beliau, “Before foundation, apply primer and moisturiser, the result is very natural. Also, start on anti-ageing products early!” Walaubagaimanapun,sekiranya anda sudah berumur 30-an dan masih belum berbuat apa-apa untuk proses penuaan pada wajah anda, masih belum terlambat kerana kehidupan ceria dan sentiasa senyum juga, merupakan salah satu urutan wajah yang paling berkesan! Senyum… :)

Related Posts with Thumbnails

Pendapat Oldies (21)

Kalau ada betul2 cara nak urutkan wajah jadi muda, tentu tak de orang tua kat dunia ni =)

Blinkky, jangan salah faham. Urutan wajah ni hanya melambatkan penuaan, bukan tak tua sampai bile2. Ramai orang salah faham sal perkara ni. And ramai orang anggap mustahil sebab jarang kita jumpe umor 40 but still nampak muda. Tapi, ada kat luar sana kadang2, orang ingat kakak dengan adik, tapi rupanya, ibu dengan anak. :)

Salam Fatin,

Hmm,menarik2.Akak pun dah lama tak membelai muka ni.Pakai moisturiser dan bedak asas je.Hehe.Umur pun dah makin meningkat ni.
Selain dari urutan yang melambatkan proses penuaan,ada juga tips lain yang boleh membantu.

1. Selalu makan buah-buahan seperti oren yang mengandungi banyak vitamin C.
2. Senyum selalu. Jika kita sentiasa ceria dan senyum,wajah kita akan nampak berseri dan nampak muda.
3. Tidur jangan terlalu lewat. Jika terlalu lewat,wajah kita akan kelihatan kusam dan cepat nampak tua.

Itu saje kot setakat ini. Kang jadik isi blog plak.huhu.Itu sahaja lah yang akak tahu. :)

Hurm, no wonder you still look young akak. Thanks for the additional tips. ;)

fatin..tu gamba akak masa muda2 kot..hehe

guro jer..

Eh, nak kene marah kat Kak Nozi ke ni??? hehe

buleh applied untuk lelaki jugak kan, bukan pompuan aje yang x suka muka kedut, lelaki pun sama jugak hehe

Hehe. Boleh la jugak. Yang penting, konsep tubuh badan manusia ni sama. Beza skit je sebab jantina. :)

aku cuci muka pakai sabun mandi jea…tiada langsung urutan.huhuhu

Huish, pakai sabun mandi tu tak berapa elok, kak. Kandungan sabun yang tinggi boleh menyebabkan muka cepat kering. :)

boleh syorkan x jenama ape yg sesuai unttuk kulit berminyak cam saye nie :)

Mungkin boleh gunakan product Nivea for men. Nivea ada sediakan sekali dengan scrub. Kalau ade product trial yang kecik2 tu, cuma dulu untuk nak tahu sesuai ke tak or just apply kat kulit bahu skit. Kalau tak de pape masalah, InsyaAllah, it’s suitable for your skin. :)

tenkiu..tenkiu

hmm…nivea for men mmg bgos..slain,memutihkan kulit ianya dpat mengurangkan mnyak2 berlebihan..

wow best la.sy pun nak kena start mengurut.Takde ke cara2 urutnya..untuk awek muda kt indon diorang amalkan Jamu.kat Malaysia mungkin kurang.

Herm, ada cara ngurutnya tapi saya tak pandai grafik nak scratch cara urutannye. HUhu. Sorry. Nanti saya try cari source. :)

care paling cnang,anda bgn pagi2 bukak tingkap sedut udara pagi..biar muka kne,udara dlu sblom bsoh muka..biar air tu,kering di muka anda..jgn lap ngn tuala ke aper ker..jgn sesekali,pakai pencuci muka,pagi2..bleh rosakkan seri muka anda yg cun 2..hehehe…dan 1 ag,kalu ader jerawat jgn picit mase tengahari,petang atau mlam..seelok2nyer,anda picit jerawat 2,mase subuh..elok utk muka,dan xtinggalkan sebarang parut..bergantung jgak,pade jenis jerawat..urutan di muka,yg sy tahu hanye 1..iaitu,gunakan 2 jari anda tepuk perlahan2 kemuke anda..amalkan pada waktu pagi..dan,bnykkan snyum..insyallah..anda sntise 6pak berseri2 6ti..(xkurang org2 yg pndang anda..)

Wow, perkongsian yang sangat menarik dan sangat comel. ;) Thanks, PinguComel.

Good info Fatin. Ni kena apply untuk mengelakkan penuaan terlalu awal..patut la Fatin nampak muda jer..hehehehe..jgn marah yer..

Haha. Sebab memang masih muda. kekekeke

senyum sokmo!!!!hahahaha…nnt leh awet muda seyh..

Nyatakan Pendapat Anda: